Selamat Datang!

Tuisyen Matematik dan Matematik Tambahan ini terbuka untuk para pelajar darjah 1-6, tingkatan 1-3, tingkatan 4-5, yang sedang mengambil subjek UPSR, PMR dan SPM di sekitar Taman Molek, Johor Bahru, Pasir Gudang, Johor. Pelajar-pelajar yang mengulang subjek Matematik SPM, untuk kertas Matematik SPM ulangan Julai 2012 (paper July). Sekiranya anda bermasalah untuk mendapatkan individu yang boleh mengajar anda, anda boleh mendapatkan tutor home tution (tuisyen di rumah anda). Tutor mempunyai pengalaman lebih 11 tahun dalam bidang tuisyen di rumah dan di sekolah. Tutor memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Matematik, Sains dan Komputer. Sila hubungi kami di Home Tuiton Johor Bahru (HP): NO. TELEFON

Wednesday, March 25, 2009

CATATAN KELIMA Menjadi Tutor Kelab Komputer Sekolah - Adobe Photoshop


Hari ini saya mendapat tawaran mengajar komputer di sebuah sekolah di Kota Bharu pada waktu petang untuk Kelab Komputer Sekolah. Saya pernah mencipta modul pengajaran komputer untuk subjek grafik peringkat universiti, bagi pelajar-pelajar kategori dewasa, jadi saya tidak ada masalah untuk mengajar murid sekolah.

Bagi saya mengajar murid sekolah lebih mudah kerana kaedah pedagogi (pembelajaran kanak-kanak) lebih terkawal berbanding kaedah androgogi (pembelajaran dewasa) yang lebih fleksibel. Mulai hari ini saya mencipta modul khusus untuk mengajar subjek perisian grafik di sekolah-sekolah.

Semasa masih belajar di universiti dahulu, ramai pelajar tersalah anggap saya sebagai pensyarah universiti. Ini kerana saya banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang menjurus ke arah bidang pendidikan. Hakikatnya saya banyak memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar universiti (junior-junior saya) dalam subjek komputer dan psikologi. Saya mungkin tutor untuk subjek Matematik, Matematik Tambahan dan Bahasa Melayu untuk pelajar sekolah, tetapi pada masa yang sama ramai pelajar universiti yang datang berjumpa saya untuk mendapatkan tunjuk ajar daripada saya untuk subjek komputer, multimedia, teknologi informasi, kaunseling dan psikologi. Tambahan pula saya juga merupakan graduan dalam bidang Sains dan Komputer serta Pendidikan Matematik. Dalam bidang pengajian ijazah kepujian saya, saya ada mempelajari subjek-subjek khusus untuk mengajar subjek komputer dan multimedia seperti Multimedia Technology, Instructional Design and Software Development, Multimedia Development, Computer Literacy, Teaching Methods in Computer Science, Authoring Language and Programming yang turut memberikan saya kelayakan yang diiktiraf untuk bergelar tutor/guru komputer atau tutor/guru multimedia.

Pencapaian saya dalam bidang multimedia ialah menjadi animator, pereka montaj dan Pengarah Seni untuk persembahan animasi dan montaj multimedia tiga dimensi peringkat negeri pada setengah sedekad yang lalu, dan pernah mendapat pujian dan hadiah daripada Dekan fakulti semasa masih bergelar mahasiswa universiti.

Oleh kerana saya meminati bidang psikologi dan pendidikan, maka saya juga amat berminat untuk mengkaji perbezaan antara cara pembelajaran kanak-kanak dan remaja dengan cara pembelajaran orang dewasa.

Apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah merekabentuk modul pengajaran untuk pelajar sekolah yang berada dalam kelompok usia 12 hingga 17 tahun. Masa pengajaran adalah satu jam. Kelas akan bermula setiap hari Rabu, jam 4.30 petang.

Saya perlu menyusun bilangan objektif pembelajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sepadan dengan masa yang diberikan.

Maka jadual pengajaran saya yang terkini ialah:

Kelas Tutorial Komputer Perisian Grafik: Setiap Hari Rabu: 4.30pm-5.30pm
(dengan margin masa: 4:00pm-6.00pm)

Tuisyen Matematik Tingkatan 2: Setiap Hari Jumaat: 9.30am-11.30am
(dengan margin masa: 8:00am-12.00pm)

Tuisyen Matematik SPM: Setiap Hari Sabtu: 10.00am-12.00pm
(dengan margin masa: 8.30am-1.00pm)

Maka kini, dalam masa 19 hari atau hampir 3 minggu, objektif tutor dan tuisyen saya telah pun lengkap. Saya kini mengajar tuisyen dan pada yang sama merupakan seorang tutor yang mengajar kelas untuk subjek komputer. Alhamdulillah.

Seorang pendidik bukan sahaja mengajar anak didiknya tentang cara memimpin dan membimbing diri untuk mencapai satu-satu matlamat, tetapi juga harus menjadi contoh dan teladan dengan membuktikan apa yang diajarnya itu adalah benar. Saya telah berjaya menunaikan objektif saya. Ini adalah detik permulaan, tutor dan tuisyen.

Monday, March 23, 2009

CATATAN KEEMPAT - seorang lagi pelajar tuisyen (Tingkatan 5 - SPM)

Hari ini saya mendapat seorang lagi pelajar tuisyen. Kali ini ialah seorang pelajar Tingkatan 5 yang bakal menghadapi SPM pada tahun ini. Selepas perundingan dengan ibunya, saya akan mengajar dua subjek iaitu Matematik Tambahan (Additional Mathematics) dan Matematik (Mathematics). Kelas akan bermula pada Jumaat ini pada pukul 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Pelajar ini merupakan pelajar perempuan dan ibunya pula seorang suri rumah sepenuh masa. Memandangkan jarak dari rumahnya ke rumah saya adalah kurang daripada 8 kilometer, maka tidak ada cas tambahan yang dikenakan.

Maka jadual tuisyen saya pada hari Sabtu dan Jumaat adalah seperti berikut:

Pelajar 1: Setiap Hari Jumaat: 9.30am-11.30am
(dengan margin masa: 8:00am-12.00pm)

Pelajar 2: Setiap Hari Sabtu: 10.00am-12.00pm
(dengan margin masa: 8.30am-1.00pm)


Pelajar 1: Jarak perjalanan kurang 8 kilometer. Maka masa untuk persediaan ke kelas mengajar boleh tercapai dalam masa kurang daripada 30 minit. Jika diambil kira faktor lampu isyarat trafik, saya boleh sampai ke rumah pelajar dalam tempoh 10 ke 15 minit bagi setiap perjalanan selamat.

Pelajar 2: Jarak perjalanan sekitar 23 kilometer. Maka masa untuk persediaan ke kelas mengajar perlu satu jam atau lebih awal, kerana perlu melalui banyak lampu isyarat serta jarak yang agak jauh. Purata masa perjalanan selamat ialah sekitar 40-50 minit.

Perjalanan selamat bermaksud saya tidak perlu memecut atau memandu melebihi had laju 60 kilometer sejam.


Topik-topik Matematik SPM yang sukar dikuasai pelajar
Pada petang tadi, saya berbincang dengan pelajar terbabit mengenai topik-topik yang sukar difahaminya. Saya juga meneliti kertas-kertas jawapan pelajar terbabit untuk melihat di manakah kesilapan atau kelemahan pelajar tersebut dalam memahami konsep dan menjawab soalan-soalan bagi kertas peperiksaan Mathematics dan Additional Mathematics. Saya juga sempat memberikan tips dan panduan mudah untuk memahami dan mengingati konsep-konsep tertentu dalam matematik. Pelajar tersebut mengangguk-ngangguk tanda faham dan memberitahu saya punca-punca kenapa dia tidak faham akan sesuatu konsep dalam subjek-subjek Matematik sebelum ini.

Pelajar tersebut memberitahu saya dia sukar memahami subjek tersebut dalam Bahasa Inggeris, jadi saya akan menggunakan pendekatan Bahasa Melayu untuk mengajarnya nanti. Berikut adalah senarai topik-topik pilihan yang akan difokuskan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran nanti:

Mathematics SPM
  • Straight Line - Garis Lurus (topik untuk kelas 27.3.2009)
  • Lines and Planes in 3-Dimension - Garis dan Satah Dalam 3 Dimensi
  • Circle III - Bulatan III
  • Transformation III - Transformasi III
  • Trigonometri II
  • Statistic III - Statistik III
  • Algebra
  • Solid Geometry II, III - Surfaces area and volume of solids

Additional Mathematics
  • Differentiation
  • Integration
  • Progression
  • Linear Law
  • Indices and Logarithms
  • Vectors
  • Statistics - Variances, Standard Deviation
  • Coordinate Geometry

Rancangan Mengajar Matematik SPM
Memandangkan masa pengajaran dan pembelajaran tuisyen saya bersama pelajar Tingkatan 5 (SPM) ini ialah 2 jam sahaja, maka saya perlu menyusun rancangan mengajar saya mengikut tahap yang sesuai dengan pelajar tersebut. Pelajar ini mahu mempelajari topik Straight Line dan Lines and Planes in 3-Dimension. Jika mengikut standard rancangan mengajar yang biasa, adalah mustahil untuk melaksanakan kedua-dua topik dalam tempoh 2 jam yang terhad. Namun apabila mempertimbangkan pengetahuan sedia ada pelajar terbabit, saya perlu lebih kepada menjelaskan lagi konsep-konsep tertentu dalam subjek tersebut.

Saya perlu mengadakan dua rancangan mengajar iaitu rancangan mengajar untuk topik Straight Line dan topik Lines and Planes in 3-Dimension seara berasingan. Kedua-dua subjek ini memerlukan penglibatan kecerdasan spatial. Maka saya perlu kreatif dalam mempelbagaikan contoh untuk menerangkan konsep-konsep yang terlibat dalam kedua-dua topik ini. Namun berkemungkinan besar saya akan mengajar satu topik sahaja dahulu.

Lalu, saya meneliti cara pelajar tersebut menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan topik 'Straight Line' dan 'Lines and Planes in 3-Dimension'.

Saya mencari apa faktor-faktor yang menyebabkan pelajar ini tidak menguasai topik-topik tersebut. Saya melihat jalan pengiraan yang telah dibuat oleh pelajar tersebut, dan meminta pelajar tersebut menerangkan konsep-konsep yang berkaitan untuk melihat sejauh mana kefahaman pelajar tersebut dalam kedua-dua topik ini.

Akhirnya saya memutuskan untuk kelas pada Jumaat ini, saya akan mengajar topik Straight Line dahulu. Ini kerana masih terdapat beberapa sub-topik yang perlu diperjelaskan lagi dan objektif-objektif pelajaran yang akan disusun nanti memperlihatkan jumlah masa pengajaran yang diperlukan untuk membolehkan pelajar ini menguasai satu-satu topik.

Sukatan Pelajaran Matematik KBSM Tingkatan 4 dan 5
Rancangan yang saya buat ini adalah berdasarkan sukatan pelajaran KBSM untuk subjek Matematik peringkat SPM. Saya perlu memahami objektif-objektif yang ditetapkan oleh KBSM bagi menyelaraskan hasil pembelajaran pelajar itu nanti dengan kehendak kurikulum Matematik peringkat SPM yang sebenar.

Rancangan pengajaran saya mengenai topik 'Straight Line' ini nanti akan memfokus pada konsep-konsep yang belum dikuasai oleh pelajar terbabit. Selain itu saya juga akan menyediakan latihan dan latih tubi yang berkaitan berkenaan dengan rumus-rumus yang perlu digunakan semasa menjawab soalan-soalan berkaitan dengan 'Straight Line' ini nanti.

Saturday, March 21, 2009

CATATAN KETIGA - motivasi dalam diri anak didik tuisyen saya

Walaupun sudah 8 tahun saya terlibat dalam dunia tuisyen di rumah, ada satu babak yang paling menakutkan buat diri saya. Saya takut untuk menerima bayaran. Mungkin kerana masih ada sifat perfectionist dalam diri saya. Saya sentiasa rasa ada kekurangan dalam perkhidmatan saya. Setiap kali melihat wang yang beralih ke tangan saya, setiap kali itu juga saya rasa sungguh terharu.

Kelas ketiga minggu ini semakin baik. Pelajar atau tutee yang saya ajar menunjukkan peningkatan dari segi keyakinan diri dan motivasi. Ibunya memberitahu saya bahawa anaknya ini seorang yang susah untuk mengeluarkan suara. Namun hari ini saya lihat pelajar ini sudah berupaya mengeluarkan pandangannya tanpa diminta untuk satu-satu perbincangan.

Perbincangan kami mengenai Matematik menjadi semakin rancak pada kelas yang ketiga ini. Tiga hari kelas tuisyen saya bersama pelajar ini menunjukkan hasil. Seorang pelajar pendiam berubah menjadi proaktif. Bagi setiap pengajar, inilah satu rahmat yang dikehendaki dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Apabila seseorang pelajar itu aktif melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, itu bermakna suasana ilmu itu sudah terbentuk. Kami membincangkan setiap masalah-masalah yang ada, dan membuat rumusan tentang hasil pembelajaran pada hari ini.

Saya juga meminta pelajar tuisyen saya ini mengimbas kembali apa yang dipelajari dalam dua kelas yang lepas. Pelajar ini sudah kurang bermasalah. Bagi saya setiap sesi kelas tuisyen saya adalah bengkel matematik peribadi. Saya juga mengajar berpusatkan pelajar tuisyen saya. Saya suka mendengar pelajar tuisyen saya mengemukakan soalan dan pendapat.

Kerja-kerja mengajar tuisyen pada hari ketiga ini ternyata lancar dan mudah biarpun anak didik tuisyen saya ini dilanda demam selsema. Seperti biasa, kerana melihat motivasi dan minat belajar yang ada dalam diri pelajar tuisyen saya ini, saya memberikan sekitar 1 jam waktu tutorial percuma.

Bagi saya, untuk setiap kelas tuisyen saya, saya bukan sahaja mengajar Matematik tetapi juga membentuk ciri-ciri asas seorang pemimpin dalam diri anak didik tuisyen saya. Perkara ini sudah dilaksanakan sejak lapan tahun lepas.

Seorang pelajar bukan sekadar belajar mengenali ilmu, tetapi juga belajar untuk mengenali dirinya sendiri dan apa yang dia boleh lakukan dengan dirinya untuk memberikan sumbangan kepada manusia dan alam. Ini prinsip saya sebagai seorang pendidik.

Friday, March 20, 2009

Perancangan Kurikulum - Strategi Penyelesaian Masalah

Perancangan Kurikulum - Strategi Penyelesaian Masalah Dalam Mencapai Objektif Pelajar Menguasai Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira

Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994: 100).

Kursus pengajian dan pakej elektif yang ditawarkan di peringkat sekolah rendah adalah berdasarkan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang mula dilaksanakan di seluruh negara pada tahun 1983. KBSR ini dibentuk berasaskan kepada Laporan Razak (1956), Ordinan Pelajaran (1957), Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961) dan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Pendidikan peringkat rendah menekankan perkembangan menyeluruh dalam bidang intelek, rohani, dan jasmani. Hal ini membolahkan pelajar memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran melalui pengalaman secara langsung. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus melibatkan pelajar secara aktif bagi membolehkan pelajar mengemukakan idea dan perasaan, menyelesaikan masalah, bertukar-tukar pendapat serta dapat berfikir secara kreatif dan kritis.

Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran dalam Laporan (1979) menyatakan, "Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberikan penegasan kepada pendidikan dalam membaca, menulis, dan mengira (3M)". KBSR dibentuk berdasarkan perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan mental serta kesediaan pelajar (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979).

Terdapat tiga komponen dalam KBSR. Pertama, komponen komunikasi iaitu kemahiran asas (membaca, menulis, dan mengira), bahasa, dan matematik. Kedua, manusia dan alam sekitar terdiri daripada kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan dan alam sekitar, pendidikan agama Islam, pendidikan moral dan alam dan manusia. Ketiga, perkembangan diri individu yang terdiri daripada kesenian dan rekreasi, muzik, pendidikan seni dan pendidikan jasmani, dan kesihatan.



OBJEKTIF KURIKULUM
(Komponen Komunikasi)
  1. Semua murid dapat menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira).
  2. Kecacatan Sifar (Zero Defect).

Masalah-masalah yang mungkin timbul dalam usaha untuk mencapai objektif di atas ialah:
  1. Murid mempunyai kebolehan yang berbeza kerana latar belakang yang berlainan dan tidak menguasai kemahiran asas.
  2. Pengetahuan mereka terhad.
  3. Murid kurang bertutur Bahasa Inggeris.
  4. Murid lemah dalam kemahiran asas Matematik.
  5. Murid lemah dalam penulisan Bahasa Melayu.
  6. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran baru - Sains dan Kajian Tempatan.
  7. Sebilangan murid yang masih tidak boleh menguasai 3M.
  8. Murid lemah dalam kemahiran asas Matematik.

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH DALAM PERLAKSANAAN KURIKULUM

Kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan berlandaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang bertitik tolak daripada Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Namun demikian, adalah menjadi suatu kesilapan sekiranya kita mempunyai kehendak-kehendak kurikulum yang baik tetapi tidak mampu dilaksanakan dengan jayanya dan bertentangan dengan objektif sebenar. Menyentuh kepada sejauhmanakah kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan dapat dilaksanakan disekolah agak sukar untuk diukur. Selalunya pengukuran tahap sejauhmana kurikulum sekolah boleh dinilai dari segi objektif, skop, mutu pegawai terlibat (khususnya guru), kebolehan para pelajar, kepentingan setiap mata pelajaran, pencapaian objektif dan sebagainya (Ee Ah Meng,2003).

Secara amnya, penyeliaan dan perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu melibatkan program utama yang merupakan proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, program sokongan dan juga program sampingan ( Abdullah Sani, 2005: 146-172). Dalam program akademik utama, penyeliaan dan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada dua bidang utama iaitu bidang organisasi dan bidang pengajaran dan pembelajaran. Terdapat lima aspek yang dinilai dalam bidang organisasi iaitu melalui penilaian prestasi, peranan panitia mata pelajaran, iklim kelas, penyeliaan latihan dalam pengajaran serta profil murid. Manakala bidang pengajaran dan pembelajaran mencakupi pengajaran dan pembelajaran, penyampaian isi pelajaran, persediaan bahan pengajaran dan penggunaanya, akhir pelajaran dan teknik soal jawab.

Penilaian prestasi dilaksanakan bagi menentukan sejauhmana objektif-objektif pelajaran telah dicapai, dengan kata lain sejauhmanakah pelajar telah memahami pelajaran dan mampu mengaplikasikannya dalam situasi baru. Dalam situasi ini, guru boleh menjalankan sesi kuiz yang ringkas untuk menentukan aras kefahaman mereka. Dalam kelas KBSR, penilaian dijalankan pada tiga peringkat iaitu penilaian serta merta, penilaian kemajuan dan penilaian pencapaian (Ee Ah Meng, 2003:148). Biasanya, setiap sekolah mempunyai Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan yang bertujuan untuk menyelaras Perlaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah (PKSM) yang bertanggungjawab dalam merancang, mentadbir, melapor dan mengambil tindakan susulan dengan segala hal yang berkaitan dengan penilaian prestasi.

Untuk memantapkan lagi sistem perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah, panitia mata pelajaran juga ditubuhkan. Mesyuarat dan perkembangan ikhtisas panitia diadakan sekurang-kurangnya diadakan empat kali setahun dan mereka bertanggungjawab dalam memperoleh sukatan pelajaran baru yang telah dikemas kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia, memilih dan mencadangkan buku rujukan dan bahan bacaan tambahan untuk para guru, menyelaras soalan-soalan ujian, mengkaji dan menyelaras keputusan peperiksaan pelajar dan sebagainya. Penentu perlaksanaan kurikulum seterusnya ialah iklim kelas kerana ia banyak mempengaruhi kesungguhan guru dan pelajar mejalankan tanggungjawab masing-masing. Penyeliaan Latihan Dalam Pengajaran juga dilaksanakan terutamanya pemeriksaan dan penyemakan kerja-kerja bertulis perlu dilakukan sama ada penolong kanan, guru kanan mata pelajaran dan penyelaras tingkatan. Biodata dan maklumat lengkap murid juga perlu diambil kira bagi memudahkan perlaksanaan pengurusan organisasi sekolah.

Dalam program akademik utama, penyeliaan dan pengajaran-pembelajaran, terdapat satu bidang lagi yang terkandung selain bidang organisasi iaitu pengajaran dan pembelajaran. Selalunya perlaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan keberkesanan perlaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan rapi dan sistematis bagi mempertingkatkan mutu pengajaran guru dalam bilik darjah supaya pendidikan yang diberi dapat membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek. (Ibrahim Mamat, 2001:184) Penyampaian isi pelajaran oleh guru juga mesti berpandukan perancangan yang telah dibuat dan menepati langkah-langkah pengajaran dari awal hingga penutup. Di samping itu, alat bantu mengajar juga perlu disediakan dan apabila tamat pengajaran perlulah dibuat rumusan. Selain itu, teknik soal jawab diadakan bagi mewujudkan situasi yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan guru.

Program sokongan merangkumi Program Kecemerlangan Akademik yang bertujuan untuk mempertingkatkan motivasi intrinsik dan ekstrinsik bagi mempertingkatkan kecemerlangan sekolah. Selain itu terdapat Program SALC untuk SPM, Program Ulang Kaji Kendiri dan Program Tunas Cemerlang.

Manakala program sampingan meliputi Program Pengurusan Pelajar, Program Membaca dan NILAM, Program Celik Komputer, Pameran dan Pertandingan serta Jawatankuasa Kurikulum Sekolah yang akan diulas dengan lebih lanjut lagi mengenai tanggungjawab dan fungsi jawatan ini dalam melaksanakan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah.


MASALAH 1
Murid mempunyai kebolehan yang berbeza kerana latar belakang yang berlainan dan tidak menguasai kemahiran asas:

STRATEGI
  1. Penyediaan perancangan mengikut sukatan pelajaran
  2. Kelas khas pemulihan oleh Guru Pemulihan
  3. Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga dengan tujuan meningkatkan prestasi murid-murid
AKTIVITI
Aktiviti 5P dititikberatkan
Aktiviti kumpulan mengikut kecerdasan murid

SASARAN
  1. Murid yang lemah pencapaiannya
  2. Bilangan murid yang kurang membaca

MASALAH 2
Pengetahuan mereka terhad.

STRATEGI
  1. Memberi kesedaran tentang faedah banyak membaca
  2. Program membaca
  3. Membawa murid ke perpustakaan
  4. Galakkan meminjam buku

AKTIVITI
  1. Aktiviti / latihan membaca
  2. Pertandingan membaca terbanyak
  3. Pertandingan bercerita apa yang dibaca

SASARAN
Semua murid


MASALAH 3
Murid kurang bertutur Bahasa Inggeris.

STRATEGI
  1. Galakkan murid bertutur Bahasa Inggeris seberapa kerap
  2. Galakkan murid meminjam buku Inggeris

AKTIVITI
  1. Aktiviti bercerita dan membaca puisi
  2. Pertandingan lakonan, bercerita dan membaca puisi / prosa
  3. Adakan program Bahasa Inggeris

SASARAN
Semua murid


MASALAH 4
Murid lemah dalam kemahiran asas Matematik.

STRATEGI
  1. Mengadakan ujian diagnostik
  2. Tumpuan lebih kepada yang belum menguasai

AKTIVITI
  1. Latih tubi
  2. Memperbanyakkan kaedah pengajaran
  3. Banyakkan kerja rumah

SASARAN
Semua murid


MASALAH 5
Murid lemah dalam penulisan Bahasa Melayu.

STRATEGI
Mempertingkatkan program memberi dan menulis karangan

AKTIVITI
  1. Latihan yang banyak
  2. Teknik menulis dengan baik dititikberatkan
  3. Banyak membaca contoh karangan

SASARAN
Semua murid


MASALAH 6
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran baru - Sains dan Kajian Tempatan.

STRATEGI
  1. Memperkenal-kan mata pelajaran ini
  2. Memasukkan nilai STRUM dan patrotisma dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
  3. Mencapai Kecemerlangan dalam UPSR (Sains)

AKTIVITI
  1. Kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
  2. Latihan amali dalam Sains diberi keutamaan
  3. Mempertingkatkan penggunaan Taman Sumber Sains
  4. Latihan menjawab soalan-soalan Sains UPSR Murid Tahap 2

SASARAN
Murid Tahap 2


MASALAH 7
Sebilangan murid yang masih tidak boleh menguasai 3M.

STRATEGI
  1. Penyediaan perancangan pengajaran mengikut keupayaan murid
  2. Mengesan murid yang lemah 3M sebelum ke Tahap 2, sebelum berakhir Tahun 5 dan selepas UPSR

AKTIVITI
Aktiviti pemulihan dijalankan oleh Guru pemulihan

SASARAN
Murid kelas pemulihan


MASALAH 8
Murid lemah dalam kemahiran asas Matematik.

STRATEGI
  1. Mengadakan Ujian Pra dan Diagnostik
  2. Tumpuan kepada murid lemah

AKTIVITI
  1. Latih tubi
  2. Mempelbagai-kan kaedah pengajaran dan pembelajaran
  3. Banyakkan kerja rumah
  4. Menghafal dan mencongak fakta asas

SASARAN
Semua murid

Program Pemulihan Khas

Bagi seorang guru, tugas untuk mengenalpasti punca-punca seseorang pelajar itu lemah dalam pembelajaran adalah sebagai penting. Program Pemulihan Khas merupakan satu kaedah untuk mengenalpasti punca kesulitan pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid supaya kaedah-kaedah pemulihan dapat dirancang dan dilaksanakan bagi membantu pelajar tersebut menguasai sesuatu kemahiran yang telah dipelajari.

PROGRAM PEMULIHAN KHAS

KONSEP
Dalam proses Pendidikan , Pendidikan Pemulihan Khas ialah:
"Satu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid–murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai asas menjadi Fokus Kurikulum Baru Sekolah Rendah".

MATLAMAT
Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) yang belum dapat dikuasai dalam tempuh masa yang ditetapkan.


TAKRIFAN MENURUT PAKAR:

AE Tanseley dan R. Culliford:
"Kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa."

M. F . Clough:
"Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara yang agak abstrak."

Sharifah Rahman Ali:
"kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan di bawah paras sederhana . Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang lemah (mentally retarded)."

"Kanak-kanak Pemulihan Khas adalah kanak-kanak yang tidak dapat menguasai kemahiran asas 3M pada masa yang sepatutnya."


STRATEGI PERLAKSANAAN

Pencalonan Murid
i) Murid yang tidak melepasi Ujian Pelepasan KIA2M

ii) Pencalonan murid boleh dibuat oleh:
  • guru mata pelajaran / guru kelas
  • guru besar
  • ibu bapa
iii) Murid KIA2M yang telah berjaya dalam Ujian Pelepasan I atau 2 tidak boleh dicalonkan.


Pengumpulan Maklumat
i) Maklumat peribadi dan prestasi murid dapat menolong guru pemulihan khas memahami murid yang dicalonkan dan membuat keputusan samada murid perlu mengikuti program pemulihan khas atau sebaliknya. Guru pemulihan khas juga dapat mengetahui tentang kesihatan dan taraf sisio-ekonomi murid.

ii) Maklumat tersebut boleh didapati dari:
a) Guru besar – berdasarkan rekod murid, pemerhatian dan perhubungan
b) Guru Kelas – boleh menambah maklumat dengan mengambil tahu kehadiran, ketepatan masa kesekolah dan perhubungan dengan murid-murid lain.
c) Ibubapa – boleh memberitahu tentang tingkah laku umum, kegemaran dan perkara-perkara yang tidak digemari serta sikapnya terhadap pelajaran.Perbincangan dengan ibubapa amat digalakkan bagi membolehkan pelaksanaan program pemulihan khas berjalan lancar.


CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN

Antara ciri-ciri kanak-kanak pemulihan ialah:

a. Emosi dan Tingkahlaku
i. Perasaan rendah diri.
ii. Perasaan risau.
iii. Perasaan sedih, hiba atau duka.
iv. Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran.
v. Perasaan takut akan perkara-perkara baru.
vi. Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
vii. Pasif.
viii. Malas

b. Sosial
i. Gelisah dan selalu bergerak di dalam darjah serta mengganggu kawan-kawan.
ii. Lemah / kurang interaksi dengan rakan.
iii. Gemar menghisap atau menggigit jari/kuku.
iv. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan.
v. Menangis - enggan masuk darjah.
vi. Hiperaktif.

c. Kesihatan
i. Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
ii. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus).
iii. Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan).
iv. Lemah gerakkan motor-kasar dan halus.
v. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk.
vi. Kurang menjaga kebersihan diri.

d. Kesediaan Belajar
i. Belum bersedia untuk belajar.
ii. Perbendaharaan kata kurang.
iii. Lemah pemahaman.
iv. Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
v. Kurang matang – IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

e. Pengamatan
i. Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.
ii. Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
iii. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
iv. Lambat mengkelaskan benda.
v. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
vi. Tidak dapat menyelesaikan masalah.
vii. Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang.
viii. Tidak kreatif.
ix. Lemah pergerakan dan perbuatan.
x. Lemah daya pemikiran/ingatan.
xi. Tidak boleh mengingat kembali.


Mengenal pasti Murid Pemulihan Khas
1. Melalui perbincangan dengan guru kelas atau guru mata pelajaran.
2. Rekod-rekod prestasi
3. Rekod kesihatan
4. Kerja-kerja harian murid
5. Laporan Adab Belajar ( LAB )
6. Melalui pemerhatian
7. Punca-punca lain yang diperolehi

TUGAS, TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

1. PENGENALAN

Pendidikan Pemulihan adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba sedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-kanak yang nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tecicir dan ketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriah mereka.


2. PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

Guru Pendidikan Pemulihan Khas memainkan Lima Peranan Penting seperti berikut:


2.1 Peranan Sebagai Penilai ( An Assessment Role )

2.1.1 Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan khas.

2.1.2 Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang khusus yang dihadapi oleh murid-murid.

2.1.3 Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun.


2.2 Preskriptif ( Presciptive Role )

2.2.1 Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.

2.2.2 Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan memerlukan.

2.3 Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentik)

2.3.1 Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah kemahiran asas 3M.

2.3.2 Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team teaching ” / “ guru pendamping ” sekiranya perlu.


2.4 Peranan Khidmat Bantu ( A Supportive Role )

2.4.1 Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.

2.42 Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid yang menghadapi masalah 3M.

2.5 Peranan Perhubungan ( A Liaison Role )

2.5.1 Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat dan latar belakang murid.

2.5.2 Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu demi kepentingan pembelajaran anak-anak mereka.


3. TUGAS GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

3.1 Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid Tahun 1 hingga 3.

3.2 Membantu guru-guru asas dalam hal:

3.2.1 Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama ada di kelas biasa atau kelas khas.
3.2.2 Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan.
3.2.3 Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas.
3.2.4 Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran asas sekiranya keadaan memerlukan.
3.3 Berjumpa dan berbincang dengan guru , ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain mengenai latar belakang murid.

3.4 Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan untuk mengetahui prestasi murid-murid yang mengikuti kelas pemulihan. Isi-isi rekod hendaklah mengandungi:
3.4.1 Laporan prestasi murid.
3.4.2 Latar belakang murid.
3.4.3 Laporan kesihatan murid.
3.4.4 Hasil-hasil temubual dan rujukan

3.5 Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan. Fail diri murid mengandungi:

3.5.1 Borang Pencalonan.
3.5.2 Borang Latar belakang Murid Pemulihan.
3.5.3 Borang Pengumpulan Maklumat.
3.5.4 Ujian Saringan dan Diagnostik
3.5.5 Lembaran Kerja
3.5.6 Hasil Penilaian yang telah dijalankan.
3.5.7 Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.

3.6 Membentuk jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

3.7 Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana keadaan memerlukan. 3.8 Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajkan murid-murid pemulihan di sekolah.

Thursday, March 19, 2009

Peta Kota Bharu Kelantan

Klik Peta Di Atas Untuk Imej Lebih Besar
Kredit:
http://www.kotabharu.com

Tuition Terms Definitions

Translation(Terms) : English to Bahasa Melayu
(BM Education = Pendidikan | Study = Belajar | Teach, Teaching = Mengajar, Memberi Pengajaran | Tuition = Tuisyen | Tuition Centre = Pusat Tuisyen | Student = Pelajar | Fees = Yuran Pembelajaran | Personal/ Private Tuition = Tiusyen, Tusyen, Tuisen, Tiusen, Tuisyan, Tiusyan, Tusyan Peribadi | Home Tutoring, Private Tuition, Private Tutoring = Tuisyen Di Rumah, Tuisyen Swasta | Group Lesson Tuition = Tutoring on the basis of one tutor catering to several students | Tuition Class = Kelas Tuition | Tutors, Tuition Teachers = Guru Sekolah, Cikgu Sekolah, Pengajar Tuisyen, Guru Tuisyen, Cikgu Tuisyen | Private Tutors, Personal Tutors, Individual Tutors, One-to-one Tutors, 1-to-1 Tutors, Group Tutors, Small Group Tutors, Private Teachers, Personal Teachers, Individual Teachers, One-to-one Teachers, 1-to-1 Teachers, Group Teachers, Small Group Teachers, Private Tuition Teachers, Personal Tuition Teachers, Individual Tuition Teachers, One-to-one Tuition Teachers, 1-to-1 Tuition Teachers, Group Lessons Tuition Teachers, Small Group Freelance Tuition Teachers = Pengajar Di Rumah, Pengajar Swasta, Pengajar Peribadi, Pengajar Persendirian, Pengajar Perseorangan, Guru Di Rumah, Guru Swasta, Guru Peribadi, Guru Persendirian, Guru Perseorangan, Cikgu Di Rumah, Cikgu Swasta, Cikgu Peribadi, Cikgu Persendirian, Cikgu Perseorangan | University Putra Malaysia (UPM) = Universiti Putra Malaysia | University Science Malaysia (USM) = Universiti Sains Malaysia | University Utara Malaysia (UUM) = Universiti Utara Malaysia | University Technology Malaysia (UTM) = Universiti Teknologi Malaysia | University Kebangsaan Malaysia (UKM)= Universiti Kebangsaan Malaysia | University Malaysia Sabah (Unimas) = Universiti Malaysia Sabah | Open University Malaysia (OUM) = Universiti Terbuka Malaysia | International Islamic University Malaysia (IIUM) = Universiti Islam Antarabangsa Malaysia | University Malaysia (UM) = Universiti Malaya | University Technology Mara (UITM) = Universiti Teknologi Mara (UITM) | Educational University Sultan Idris = Universiti Pendidikan Sultan Idris | Tuition Centres, Tutorial Centers, Tutorial Centres, Tuition Classes, Tutorial Classes, Tutoring Classes = Pusat Tuisyen, Pusat Bimbingan, Pusat Tutorial, Kelas Tuisyen | Home Tuition Jobs, Private Tuition Jobs, Home Tutoring Jobs, Private Tutoring Jobs, Home Tuition Assignments, Private Tuition Assignments, Home Tutoring Assignments, Private Tutoring Assignments, Private Tuition Vacancies, Home Tutoring Vacancies, Private Tutoring Vacancies = Jawatan Kosong 2006 2005 Tuisyen, Pekerjaan Tuisyen, Kerja Tuisyen Tugasan Tuisyen | Home Tutees, Home tuition students; Pupils receiving home tuition from home tutors = Pelajar Tuisyen, Murid untuk Tuisyen, Penuntut Tuisyen | Tuition Teacher Vacancy = Jawatan Kosong untuk Guru Tuisyen | BM = Bahasa Melayu (BM) |, English = Bahasa Inggeris (BI) | Mathematics (Maths) = Matematik | Science = Sains | Chinese = Bahasa Cina | Additional Mathematics (Add Maths) = Matematik Tamabahan | Physics = Fizik | Chemistry = Kimia | Biology = Biologi | Accounts = Prinsip Akaun | Economics = Ekonomi Asas | Commerce = Perdagangan | Geography = Geografi | History = Sejarah | KH = Kemahiran Hidup | PA = Pengajian AM | Basic IT = Asas Penggunaan Komputer | Website Design = Mencipta Laman Website | Subjects = Subjek, Matapelajaran, mata pelajaran | Home Tuition Agency, Agencies, Agent, Agents = TuitionStudio,Tuition Studio, Tuition Plaza, TuitionPlaza, TuitionPlaza.com, TuitionHamster, Tuition Hamster, TuitionStreet, Tuition Street, Tuitionet | Examination = Keputusan Peperiksaan | online = melayari laman web | hire online tutor teacher = guru cikgu tuisyen online | Ministry of Education = Kementerian Pelajaran Malaysia , Kementerian Pendidikan Malaysia| Distance Learning College = Kolej Pemebelajaran Jarak Jauh | Child, Children = Kanak-kanak | Exam Result = Keputusan Peperiksaan | International School Malaysia = Sekolah Antarabangsa Malaysia | Mandarin Language = Bahasa Mandarin | E-learning, online tutoring = pembelajaran jarak jauh | morale = Pendidikan Moral | Geography = Geografi | History = Sejarah || International = Antarabangsa | Predicted Question = Soalan Ramalan | Private School = Sri Kdu, Sri Cahaya, Sri Aman, Sri KL, Sri Cempaka, Sri Bestari, Sri Damansara, Sri Inai | International School = ELC International School, Garden International School, Mon't Kiara International School | Primary School = Sekolah Rendah | Secondary School = Sekolah Menengah | Primary = Standard 1,2,3,4,5,6 | Secondary (Remove Class, Form 1, Form 2, Form 3, Form 4, Form 5, Form 6 ) = Sekolah Menengah (Peralihan, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5, Tingkatan 6) | Educational Portal = Portal Pendidikan Utusan Malaysia | Tuition Jobs = Pekerjaan Tuisyen | Agency = Agensi | Job Opportunity = Peluang Pekerjaan | UPSR = Ujian Penilaian Sekolah Rendah | PMR = Penilaian Menengah Rendah | SPM = Sijil Pelajaran Malaysia | STPM = Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia | | Malaysia Utusan Newspaper = Utusan Malaysia Surat Khabar Akhbar| Malaysia Berita Harian = Berita Harian Malaysia Surat Khabar | Pulau Pinang = Penang | Johore = Johor | Kasturi Tution Centre = Pusat Tuisyen Kasturi | The Sun Newspaper = Suratkhabar The Sun | Private College = Kolej Swasta Inti, Taylor, Stamford, Metropolitan | | Job Vacancy = Kerja Kosong | Job Vacancy, Opportunity = Peluang Pekerjaan | SPM Tutorial = Tutorial SPM | Bahasa Melayu = Malay Language | Music = Muzik | Boarding School = Sekolah Berasrama Penuh | Technic School = Sekolah Menengah Teknik | Malaysia = Penduduk/ Rakyat Malaysia | Spotted Question = Soalan Bocor | Short Note = Nota Ringkas | | Intelek Job Agency = Agensi Pekerjaan Intelek | Exam Lembagaa Malaysia = Lembaga Peperiksaan Malaysia | PTK Sample Bank Question = Contoh Nota Bank Soalan PTK, Contoh Nota Peperiksaan Bank PTK | Technical School Registration Form = Borang Permohonan Sekolah Teknik | Bestari Smart School = Sekolah Bestari | School Holiday = Cuti/ Cuti-cuti Sekolah | Education Department Malaysia = Jabatab Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Malaysia | Mental Arithmetic Centre = Pusat Mental Arithmetic | Pre-school, Preschool = Pra-Sekolah, Prasekolah | Job Vacancy 2006 = Jawatan Kosong 2006 | Teacher Educational Department (BPG) =Penempatan Bahagian Pendidikan Guru (BPG) | Jobstreet Malaysia Job Agency Website = Laman Web Agensi Pekerjaan Jobstreet di Malaysia

Definitions
Tuition Studio - Your One Stop Private Home Tuition Agency in Malaysia for UPSR, PMR, SPM, STPM, GCSE, O & A Level, Pre-University, Diploma and Degree Level students. Tutors , Teachers Wanted Too

Tuition Subjects = BM, English, Mathematics, Science, Chinese, Geography, History, Additional Mathematics (Add Maths) , Physics, Chemistry, Biology, Accounts, Economics, Commerce and Statistics, Basic IT, Web Design, Pengajian Am, MUET, English Literature, Japanese Language, French Language, Programming

Tuition States= Kuala Lumpur (KL), Selangor (PJ), Johor Bahru (JB), Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan (Seremban) , Pahang (Kuantan) , Perak (Ipoh) , Perlis, Pulau Pinang (Georgetown) , Sabah, Sarawak (Kuching), WP Putrajaya, WP Labuan in Malaysia

Tuition Area in Selangor = Bandar Utama (BU), Damansara Utama (DU), Damansara Jaya (DJ) , Damansara Perdana, Kota Damansara (KD) , Kelana Jaya (KJ) , Klang, Old Klang Road (OUG), Selayang, Shah Alam (SA) , Sri Damansara, Bandar Sunway, Tropicana, Puchong, SS2, Subang Jaya, Petaling Jaya, Bukit Jalil, Sungai Buloh, Pantai Hillpark, USJ, Bandar Kinrara, Taman Desa, Seksyen 13, Taman Klang Utama, Bandar Baru Rawang, Sierramas, Klang Valley, Tmn Bukit Mayang Emas, Aman Suria, Tmn TTDI, Kpg Cempaka, Tmn Megah, Kg Jawa, Puchong Perdana, Taman Paramount, Seapark, Jln Gasing

Tuition Area in Kuala Lumpur (KL) = Ampang, Bangsar Baru, Cheras, Damansara Heights, Cheras, Jalan Ipoh, Kajang, Kepong, KL Town, Mont Kiara, Serdang, Sri Hartamas, Sri Petaling, Sungai Long, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) , Wangsa Maju, Setapak, Kampung Pandan, Taman Maluri, Sentul , Bangi, Taman Seputeh, Gombak, Ukay Perdana

Tuition Area in Other State= Skudai Baru, Tampoi, Kulai, Batu Feringgi, Bukit Jambul, Sungai Dua, Ipoh, Kota Tinggi, Butterworth, Sg Nibong

Tuition Area in Kelantan (KELANTAN DARUL NAIM) = Kota Bharu • Pasir Mas • Tumpat • Pasir Puteh • Bachok • Kuala Krai • Machang • Tanah Merah • Jeli • Gua Musang • Bachok • Bukit Bunga • Dabong • Gua Musang • Jeli • Kota Bharu (capital) • Kuala Krai • Kubang Kerian • Machang • Pasir Mas • Pasir Puteh • Pengkalan Chepa • Pengkalan Kubur • Pengkalan Pasir • Perupok • Rantau Panjang • Tanah Merah • Tumpat • Wakaf Bharu • Wakaf Che Yeh

Wednesday, March 18, 2009

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG

STRATEGI MENGHADAPI PEPERIKSAAN DENGAN CEMERLANG
Sumber: http://www.usm.my/education/kaunseling/tips/

Peperiksaan penting seperti UPSR, PMR, SPM dan STPM memerlukan persedian lebih daripada sekadar membaca semata-mata. Tanpa persediaan yang rapi maka ramai pelajar yang mendapat keputusan yang tidak setimpal dengan usahanya. Anda tidak perlu takut dengan peperiksaan. Sebab sama ada anda bersedia atau tidak, masa untuk berhadapan dengannya tetap akan tiba. Oleh itu lebih baik anda fokuskan kepada persediaan anda untuk berjuang. Untuk cemerlang dalam peperiksaan pelajar perlu bersedia dari segala aspek, bukan setakat membaca dan mengulangkaji semata-mata. Persediaan yang rapi memupuk keyakinan yang tinggi untuk pelajar menghadapi peperiksaan mereka.

Artikel yang ditulis ini tidak mengajar subjek-subjek yang tertentu. Pelajar perlu merujuk kepada guru kelas masing-masing tentang keTEPATan dalam menjawab setiap soalan. Artikel di Laman-MAP ini bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas tentang persediaan-persedian seperti fizikal, mental, emosi dan rohani. Harapan saya, ia akan membolehkan pelajar melangkah ke dewan peperiksaan dengan mengatakan:

"AKU BOLEH BERJAYA".
Melangkah dengan fikiran yang positif.


PERSEDIAAN FIZIKAL

Kesihatan
Sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:

Tidur yang cukup.
Tidur yang cukup ialah diantara 6-7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

Jaga pemakanan.
Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya "Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan" (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.

Riadah.
Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Pada saat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bola sepak, takraw, badminton dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yang anda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.


KESELAMATAN
Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari sebarang kecederaan. Anda past tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berad dalam wad di hospital. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musimmenjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah.


PERSEDIAAN MENTAL

Pelbagai Gambaran Negatif

Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan. Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:

Menyerah kalah sebelum berjuang
Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi. Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan atau ujian-ujian sebelum ini. Mereka cuba membaca teta dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.

Merasa belum bersedia
Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar. Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia. Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa? Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik? Semua ini bermain difikiran.

Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi
Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak. Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak. Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka. Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing. Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh. Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak. Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak.


Berfikiran Positif
Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif. Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan. Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.

Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan. Ini akan melemahkan semangat anda. Ia juga membuatkan anda meragu kebolehan diri anda.

Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:

"Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung".

"Something is better than nothing".

Lakukan "Latihan Minda" setiap hari.

"If you can't see it, you can't have it".

Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran. Sebelum anda mampu mendapat 8A dalam PMR, maka 8A itu mesti terlebih dahulu ada dalam pemikiran. Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda tidak akan melakar sesuatu yang anda tidak gambarkan. Lakaran anda berasaskan kepada apa yang anda nampak dalam mata minda. Begitulah juga dengan kehidupan ini. Anda tidak akan menhasilkan sesuatu yang anda tidak gambarkan. Oleh itu, gambarkanlah kejayaan dan anda pasti akan terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu. Makin jelas gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk merealisasikannya.

Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan minda seperti di bawah.

  1. Duduk dikerusi anda dengan selesa. Tangan diletakkan diatas peha. Badan tidak bersandar. Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, uratsaraf dan pejamkan mata anda.
  2. Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri. Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan dan kebimbangan.
  3. Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada kecil atau besar. Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu. Kejayaan itu mungkin berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih satu yang paling bermakna kepada anda. Di mana iaberlaku? Apa yang berlaku? Apa yang anda dapat lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukan, dengar tepukan gemuruh ketika itu. Kalau ada puji-pujian dengarkan suara siapa yang memuji itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda. Dengar suara yang ada dengan jelas. Rasakan apa perasaan anda ketika itu. Rasakan keseronokan anda pernah dipuji. Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali.
  4. Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha anda dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit. Buka mata anda, dan pejam kembali. Ulang langkah 2 - 4 beberapa kali.
  5. Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas soalan. Rasakan ketenangan dalam dewan. Gambarkan kini anda membelek-belek kertas soalan dan anda dapati semua apa yang anda baca keluar. Rasakan kegembiraan itu. Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuh keyakinan. Ide keluar mencurah-curah. Gambarkan 8A dalam PMR (Gred 1 untuk SPM). Ketika ini sekali lagi cubit kedua-dua peha anda seperti yang telah anda lakukan dalam langkah 4 tadi.
  6. Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali.
  7. Buatkan latihan minda ini 10 - 15 minit setiap hari. Sekiranya anda lakukan latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan takut anda ketika berada di dewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua peha.
Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan anda.


PERSEDIAAN EMOSI
Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:
  • Pertengkaran dengan rakan-rakan;
  • Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;
  • Cinta monyet yang mungkin kecundang pada isaat-saat
  • peperiksaan;
  • Bersikap terlalu yakin - "overconfident";
  • Berprasangka buruk terhadap orang lain;
Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap mereka. Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka. Apa perasaan anda kalau raka membohongi anda? Anda mungkin serta-merta menjadi marah. Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda? Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil hati. Kalaulah begini tindak balas spontan anda, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan anda? Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji. Ada ketikanya luka di hati berkekalan berhari-hari.

Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda. Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda. Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya. Mereka ada suara, biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan telinga. Banyakkan bersikap sabar. Teruskan sahaja kerja anda. Kekalkan matlamat peperiksaan anda. Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda.

Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma andalah yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda.


PERSEDIAAN ROHANI
Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu. Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah lah yang menentukannya. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu pada saat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.

Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:
  1. Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan. Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.
  2. Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anakny sangat makbul. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.
  3. Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran. Alla telah berfirman dalam surah ar-Ra'ad, ayat 36, yang
  4. mafhumnya "Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati".
  5. Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Allah.
  6. Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.


MENGATASI PELBAGAI SOALAN DAN KEBIMBANGAN

Saya tidak tahu di mana patut bermula.
Jangan panik. Senaraikan semua perkara yang perlu anda lakukan. Agih-agihkan tugasan anda kepada bahagian yang lebih kecil dan mudah dilaksanakan. Tentukan keutamaan tugasan, yang utama didahulukan. Rancang masa untuk menyelesaikan setiap tugasan ini sebaik-baiknya. Jangan sesekali ponteng kelas ketika hampir dengan peperiksaan. Anda mungkin tertinggal ulangkaji dan tip-tip penting yang dibincangkan oleh guru atau pensyarah. Gunakan masa-masa rehat yang ada untuk mengimbas kembali apa yang telah dipelajari. Berikan masa bukan sahaja untuk belajar tetapi juga untuk merancang strategi pembelajaran anda. Jangan terburu-buru, mulakan belajar anda dengan topik yang senang dahulu. Mulakan 30 minit – 1 jam dahulu. Semakin lama, terutamanya apabila semakin hampir dengan peperiksaan, tingkatkan waktu belajar anda.


Terlalu banyak untuk dibaca sedangkan peperiksaan semakin hampir.
Buat tinjauan. Berikan masa untuk anda membuat tinjauan keseluruhan topik. Kenalpasti topik-topik penting. Fahami konsep-konsep penting. Pastikan topik yang anda maih belum faham. Mulakan belajar topik yang penting-penting dahulu. Mana-mana topik yang kurang penting, dan tidak sempat diulangkaji sepenuhnya, fokus hanya kepada fakta-fakta utama. Tetapi ingat, tinjauan hanya boleh membantu sekiranya anda benar-benar sudah tidak punya masa. Kalau anda masih sempat membacanya, maka bacalah dengan terperinci.


Subjek ini cukup membosankan. Anda rasa jemu dan mengantuk apabila membacanya.
Belajar secara aktif bukannya pasif. Gunakan kaedah membaca yang berkesan. Dapatkan soalan-soalan berkaitan dengan topik yang dipelajari sebelum memulakan ulangkaji. Pelbagaikan aktiviti ketika belajar. Selang-selikan diantara aktiviti membaca dengan menulis nota, melakar peta minda (atau peta konsep), menghafal, menggaris kata kunci dan menjawab soalan-soalan. Libatkan diri anda sebanyak mungkin dengan apa yang sedang dibaca. Tukarkan apa yang dibaca kepada gambaran minda. Belajar bersama rakan yang lebih arif tentang subjek tersebut dan bincangkan.


Anda baca dan anda faham, tetapi anda tidak mampu mengingatinya.
Cuba kaitkan apa yang sedang anda pelajari dengan apa yang telah aanda ketahui. Gunakan beberapa pendekatan untuk mengingat seperti:
  • Hafal kata kunci, bukannya hafal ayat.
  • Gunakan Teknik Ceraian.
  • Gunakan Teknik Mnemonik.
  • Tuliskan fakta-fakta penting pada kad dan bawanya bersama anda kemana sahaja. Kerapkan buat imbasan terhadap kad-kad ini.

Anda rasa anda faham apa yang dibaca. Anda rasa anda telah mengingatinya.
Jangan cepat merasa puas hati dengan apa yang anda usahakan. Uji ingatan dan pengetahuan anda. Jawab soalan-soalan dari buku atau dari peperiksaan tahun-tahun sebelumnya. Bina soalan-soalan berdasarkan tujuh soalan asas iaitu Apa? Siapa? Bila? Dimana? Berapa? Kenapa? Bagaimana? Misalnya, kalau anda sedang membaca sejarah Melaka diserang Portugis, tanyakan soalan-soalan seperti:
  • Bila Melaka diserang?
  • Kenapa Melaka diserang?
  • Siapa yang menyerang?
  • Bagaimana Melaka diserang?

Terlalu banyak untuk dihafal dan diingat.
Penyusunan maklumat. Maklumat dan fakta-fakta dapat dikeluarkan dengan lebih baik sekiranya ia dibaca, dihafal dan disimpan dalam bentuk yang sistematik. Terdapat pelbagai pendekatan yang boleh anda guna untuk menyusun maklumat atau fakta ini, antaranya ialah:

Tuliskan rangka setiap bab yang dibaca atau ringkasan tentangnya. Perhatikan perkaitan antara satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam tajuk tersebut. Cuba kumpulkan maklumat kepada beberapa kategori berdasarkan persamaan yang ada. Cuba bahagikan kepada hieraki (sekiranya ini boleh dilakukan). Pemetaan maklumat. Cuba lakarkan peta konsep bagi menyusun bahan-bahan yang ada perkaitan. Misalnya kalau anda sedang membaca sejarah tentang perang dunia kedua, anda mungkin boleh buatkan satu carta tentang semua negara yang terlibat. Kemudian senarai isu penting atau peristiwa penting disebelah carta tersebut. Anda mungkin kaitkan kembali isu/perkara penting ini dengan negara-negara tersebut berdasarkan kepentingan dan kesan ke atas mereka.


Tadi anda masih ingat tetapi kenapa kini anda lupa?
Sering buat imbasan. Kajian menunjukkan bahawa sebagai manusia normal anda akan lupa 80% apa yang telah dibaca hanya dalam masa 24 jam. Oleh itu anda perlu merancang satu strategi agar anda mampu mengatasi kelemahan ini.

Pastikan setiap apa yang anda baca telah diringkaskan. Jadikan fakta seringkas mungkin dengan syarat apabila anda melihat fakta tersebut anda mampu menceritakan semula apa yang mahu disampaikan olehnya. Ada ketikanya fakta yang panjang sekalipun mampu anda ringkaskan menjadi dua atau tiga patah perkataan. Selepas 24 jam, cuba lihat nota ringkas anda ini. Cuba ceritakan semula apa yang anda fahami. Sekiranya anda mampu menceritakannya, bermakna anda sudah mampu memanggil semula maklumat tersebut. Sekiranya tidak, semak semula sekali imbas teks asal. Berikan masa menjawab soalan-soalan berkaitan dengannya bagi mengukuhkan lagi ingatan anda. Semak semula apa yang dibaca dari semasa ke semasa. Dengan cara ini anda tidak perlu bersusah payah membaca teks asal kembali sewaktu hampir dengan peperiksaan.


Anda suka belajar pada pada saat-saat akhir.
Ramai pelajar yang berpendapat lebih baik belajar pada saat-saat akhir, sebab kalau belajar awal pun nanti lupa juga. Pendapat di atas adalah tidak benar. Anda perlu belajar seawal mungkin bagi mengenal pasti kelemahan dalam sesuatu bab. Dengan belajar awal juga anda punya banyak masa untuk bertanya pada guru dan rakan-rakan. Salah satu rahsia belajar ialah kekerapan. Lagi kerap sesuatu bahan itu diulangbaca maka lagi besar potensi untuk anda memahami dan mengingatinya. Oleh itu, mulakan langkah anda sekarang. Mulakan sedikit dahulu. Mulakan dengan yang mudah-mudah dahulu dan apabila minat dan semangat mula berputik, barulah lakukan dengan lebih bersungguh-sungguh.


BELAJAR UNTUK PEPERIKSAAN
Ramai pelajar yang rajin belajar tetapi tidak memperolehi keputusan yang setimpal dengan usaha mereka. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka tidak belajar dengan pendekatan untuk cemerlang dalam peperiksaan. Mereka tidak merancang jadual belajar dan masa mereka dengan betul. Artikel ini akan membincangkan apa yang perlu anda lakukan mulai sekarang hinggalah ke dewan peperiksaan bagi memastikan anda lakuka yang terbaik.

Bersedia untuk belajar
Peperiksaan semakin hampir. Anda perlu melakukan persediaan bagi memastikan anda mampu melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lenih tinggi sama ada di kolej ataupun universiti.

Sekiranya anda memang telah belajar dari awal, pastinya tidak banyak yang perlu dirisaukan. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda baru mahu bersungguh-sungguh mengulangkaji. Lebih-lebih lagi sekiranya anda bakal menduduki SPM. Kepada pelajar SPM saya nasihatkan agar memberikan tumpuan kepada matapelajaran penting. Iaitu matapelajaran yang membawa anda ke menara gading. Matapelajaran ini ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan dua matapelajaran elektif (Fizik, Kimia, Biologi, Prinsip Akaun, Ekonomi, Sains Tambahan, Matematik Tambahan, Kejuruteraan). Sekiranya anda mendapat markah yang baik dalam kelompok mata pelajaran ini maka peluang anda untuk ke universiti adalah cerah.

Namun begitu, sekiranya anda mampu, hendaklah anda dapatkan markah yang terbaik bagi semua mata pelajaran. Sebab persaingan ke universiti kini semakin sengit. Mereka yang berjaya biasanya memiliki pencapaian yang baik dalam semua mata pelajaran.


Buatkan jadual belajar untuk peperiksaan
Jangan panik. Itu adalah pesan saya yang paling utama. Walaupun anda rasakan banyak yang perlu difahami dan diingati, jangan sekali-kali anda panik. Sekiranya anda panik, anda akan mengundang lebih banyak masalah berbanding penyelesaian. Tidak ada masalah tanya penyelesaian.

Mula menyemak semua buku-buku yang ada termasuk nota sekolah, buku teks, buku rujukan, soalan-soalan ramalan dan soalan-soalan tahun lepas. Pastikan semuanya lengkap dan dalam keadaan baik.

Langkah pertama kenal pasti bab-bab yang susah dan belum anda kuasai untuk semua mata pelajaran. Senaraikan bab-bab ini. Senaraikan juga bab-bab yang telah anda kuasai dengan baik.

Langkah kedua buatkan analisis soalan-soalan sejak 5 tahun yang lepas. Lihat bab-bab yang sering keluar soalan darinya. Bab-bab ini merupakan bab-bab penting yang tidak boleh tidak mesti anda kuasai dengan baik.

Buatkan jadual perancangan belajar anda. Agihkan tajuk-tajuk dari sekarang hinggalah seminggu sebelum peperiksaan. Jangan diganggu minggu terakhir sebelum peperiksaan sebab minggu terakhir ini adalah untuk anda lakukan semakan terakhir nanti. Mana-mana bab yang penting, mulakan ulangkajinya dahulu. Lagi awal anda mengulangkaji bab-bab ini lagi cepat anda mengenalpasti dan seterusnya mengatasi setiap masalah. Sekiranya anda terpaksa menghabiskan 4 bab seminggu maka habiskanlah. Anda mungkin
terpaksa belajar 5 - 8 jam sehari untuk mengulangkaji semua matapelajaran. Oleh itu anda perlu berkorban demi masa depan. Anda mungkin belajar 1 jam di waktu pagi, 2 jam pada tengahari, 1 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam. Ini menjadikan masa belajar anda 7 jam sehari.


Mengingati Tajuk
Ramai pelajar tidak menyedari hakikat penting ini. Kalau anda mampu mengingati apa tajuk-tajuk yang terkandung dalam sesuatu matapelajaran maka anda mempunyai gambaran yang jelas tentang apa yang anda pelajari.


Buatkan Nota
Anda hanya perlu mempelajari sekali sahaja setiap tajuk. Pastikan dengan usaha yang sekali ini anda mampu memahaminya. Ramai pelajar yang mengulang baca sesuatu tajuk beberapa kali dan kemudiannya lupa. Cara belajar begini bukan sahaja menjemukan malah merugikan masa anda, sedangkan peperiksaan semakin hampir.

Setelah anda memahami apa yang dibaca, buatkanlah nota-nota ringkas. Yang terbaik ialah anda ringkaskannya mengikut apa yang anda fahami. Bandingkan nota anda dengan teks asal bagi memastikan fahaman anda betul dan tidak ada fakta penting yang tertinggal.

Ringkaskan setiap fakta menjadi lebih pendek bagi memudahkan anda mengingatinya. Kenalpasti kata kunci dalam setiap fakta. Buatkan senarai kata kunci dan hafal. Lakarkan peta minda atau peta konsep berdasarkan tajuk-tajuk dan kata kunci yang ada. Pastikan apabila anda mengingati kata kunci, maka anda mampu mengingati keseluruhan fakta yang berkaitan dengannya.


Latih diri anda untuk peperiksaan
Anda perlu melatih diri anda untuk peperiksaan. Tanpa latihan anda tidak mungkin dapat memberikan hasil yang terbaik. Minda anda juga seperti otot-otot fizikal anda yang lain. Ia perlu dilatih secara intensif bagi mencapai sesuatu hajat. Mereka yang mahu cemerlang dalam 'bowling' perlu melakukan latihan berterusan bagi meningkatkan kemahiran ber'bowling'. Begitu juga dengan peperiksaan. Anda perlu melatih diri anda bagi tujuan cemerlang dalam peperiksaan.

Syarat-syarat latihan peperiksaan ialah:
  1. Latih mengeluarkan maklumat dengan banyak, cepat dan tepat.
  2. Latih dalam tempoh masa yang tertentu.
  3. Anggapkan setiap latihan seperti peperiksaan sebenar.
  4. Latih menjawab mengikut strategi menjawab soalan yang berkesan.

1. Latih mengeluarkan maklumat
Maklumat yang dibaca mestilah mampu dikeluarkan semula. Oleh itu anda perlu sentiasa melatih diri anda untuk mengeluarkan maklumat yang telah dipelajari. Perbanyakkan latihan-latihan seperti:
  • Menjawab soalan-soalan;
  • Menceritakan semula apa yang telah dipelajari;
  • Melakarkan kembali dalam bentuk peta konsep / minda;
  • Mengadakan perbincangan dengan rakan;
  • Menyediakan kad imbasan kecil.
  • Menggambarcarakan apa yang telah dipelajari.
  • Sekiranya anda pelajar SPM atau STPM, cuba hasilkan model jawapan soalan esei berdasarkan soalan-soalan yang ada. Cuba pecahkan fakta-fakta penting dalam bentuk peta minda/konsep. Ini memudahkan anda mengingati isi-isinya dalam peperiksaan sebenar kelak.

2. Hadkan masa menjawab
Pastikan anda menjawab dalam had masa yang ditetapkan. Peperiksaan bukan sahaja memerlukan anda mengetahui banyak fakta, tetapi anda perlu mengeluarkan fakta-fakta yang berkaitan dalam masa yang telah ditetapkan. Oleh itu anda perlu pantas dan kepantasan hanya boleh dibina melalui latihan yang berterusan.

Oleh itu anda perlu kerap menjalankan latihan ujian. Iaitu menjawab soalan-soalan dalam had masa seperti dalam peperiksaan.


3. Anggap seperti peperiksaan sebenar
Pastikan anda bebas dari gangguan, tidak melengahkan masa, tumpuan yang tinggi dan rasakan seolah-olah tekanan peperiksaan yang sebenar. Elakkan dari meniru sepanjang menjalani latihan ujian. Gunakan strategi menjawab soalan (lihat di bawah). Ingat masa berjalan, oleh itu jangan sekali-kali biarkan fikiran anda melayang. Sekiranya soalan itu susah, maka berikanlah jawapan yang terbaik. Anda perlu belajar mengenali gerak hati anda sebab anda memerlukannya dalam peperiksaan yang sebenar nanti.


4. Strategi menjawab soalan
Untuk mendapatkan markah yang tinggi dan mengelak dari berlakunya kecuaian, anda memerlukan strategi menjawab soalan yang berkesan.

Langkah-langkah berikut dapat membantu:
  1. Baca arahan terlebih dahulu.
  2. Baca arahan terlebih dahulu.
  3. Kenal pasti dan garis kata kunci kepada soalan.
  4. Jawab soalan mengikut turutan berikut:
  • Jawab soalan BONUS - Iaitu soalan yang anda pasti jawapannya betul. Ia mungkin soalan yang telah anda ramal, atau yang pernah anda latih sebelumnya.
  • Jawab soalan yang senang - Iaitu soalan yang mampu anda jawab hanya dengan satu kali cubaan.
  • Jawab soalan-soalan yang susah - iaitu soalan yang memerlukan masa yang panjang atau soalan yang anda memang tidak tahu jawapannya.
  • Semak - Pastikan semua soalan dijawab; Untuk soalan objektif, pastikan tandanya betul.
  • Ulang jawab - Kalau masih ada masa, ulang jawab soalan bonus dan senang. Ingat! soalan inilah yang anda pasti lakukan kecuaian oleh itu semak dengan tujuan mencari kesilapan tersebut. Bukannya menyemak dengan tujuan berpuashati dengan jawapan. Langkah terakhir barulah ulang jawab soalan-soalan susah. Itu pun sekiranya masa masih mengizinkan.

Mencari sebab (post-mortem)
Anda perlu mengkaji kelemahan diri anda setiap kali selesai menjawab soalan-soalan. Setelah anda selesai membuat latiha ujian. Semak setiap jawapan yang dibuat. Sekiranya jawapan anda salah maka lakukan 'post-mortem', iaitu proses mencari sebab. Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan masalah utama yang perlu anda atasi. Antara sebab-sebab kesalahan berlaku ialah:
  • Tidak tahu (tidak baca) - Ini bermakna persediaan diri anda kurang. Maka berikan masa membaca tajuk-tajuk tersebut.
  • Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham. Tanyakan padaguru atau rakan.
  • Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi apa yang telah dipelajari.
  • Cuai - Pastikan anda mengikuti langkah-langkah dalam Strategi Menjawab Soalan di atas.
  • Keliru - Tanyakan pada guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak diulangi.

Jangan buang masa
Dalam suasana peperiksaan semakin hampir anda perlu gunakan setiap masa yang terluang untuk mengulangkaji. Sekirannya masa yang terluang tidak sesuai untuk anda membaca dan menghafal, maka gunakan masa tersebut untuk anda melatih mengeluarkan maklumat. Ceritakan apa yang telah anda pelajari kepada diri anda sendiri. Lakarkan apa yang anda ketahui pada sehelai kertas. Aktiviti sebegini mengukuhkan lagi ingatan anda dan memudahkan pengaliran keluar maklumat ketika dalam peperiksaan kelak.

Bagi mengelakkan rasa jemu belajar, pelbagaikan aktiviti dalam satu-satu sesi mengulangkaji.

Kaedah Menjawab Soalan Sejarah SPM - Tips Lulus Kertas Sejarah SPM

Kaedah Menjawab Soalan Sejarah SPM 2009 - Tips Pasti Lulus
Contoh Diberikan Berdasarkan Tips Sejarah SPM 2008

Di sini saya nyatakan satu tips untuk pelajar Harapan Lulus. Persoalan pertama, di manakah kedudukan anda? Adakah markah anda berada di bawah 30? Cuba ambil sedikit masa untuk membuat analisis keputusan sejarah bermula daripada keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 (TOV1) dan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 (TOV2). Setelah itu buat analisis keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 (TOV1) dan Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM (TOV2).

Adakah markah para pelajar tetap berada di bawah 30?

Adakah ini berpunca daripada sikap tidak membaca dan ulangkaji mata pelajaran Sejarah?

Adakah disebabkan bilangan bab yang banyak [19 bab]?

Adakah para pelajar sudah faham tentang jumlah tema sejarah SPM ?Di sini cuba fahamkan dan selain untuk ilmu sejarah, para pelajar tetap ingin lulus dalam peperiksaan. Betul? Tips ini sebagai langkah terakhir untuk membantu pelajar kategori ini. Keluar dan lonjakkan markah anda daripada F9 ke markah sehabis baik. Para pelajar boleh membuat analisis kekerapan soalan SPM sejak 2004 sehingga 2008.

TUMPUAN LIMA BAB ATAU TIGA TEMA SAHAJA.
Para pelajar MESTILAH menguasai 100 peratus tema atau bab-bab ini. Fokus kepada Bahagian A dan Bahagian B. Di bawah ini sekadar contoh sahaja:

Tingkatan 4
Tema 3 = Bab 9 dan Bab 10

Tingkatan 5
Tema 4 = Bab 1 dan Bab 2
Tema 6 = Bab 9

SPM
3 Tema 5 Bab


Contoh Analisis Soalan Sejarah Percubaan SPM SBP 2008.

Tingkatan 4
Tema 3: Bab 10 = 20 Markah (E )

Tingkatan 5
Tema 4: Bab 2 = 10 (S)
Tema 4: Bab 2 = 10 (E)
Tema 6: Bab 9 = 20 (E)

Jumlah markah: 70

Cuba buat analisis soalan SPM 2004 – 2008. Masukkan jumlah soalan yang sudah ditanya dan markah berdasarkan lima bab di atas. Pasti melepasi 30 markah.

Harapan Lulus tetap ada, jangan putus asa. Gunakan sepenuh masa untuk membaca dan latih tubi berdasarkan tema. Ayuh! jangan tunggu lagi, buktikan dalam Peperiksaan Percubaan dan Peperiksaan Sejarah SPM sebenar 2009. Insya-Allah.

Sunday, March 15, 2009

CATATAN KEDUA seorang tutor - Kaedah Mengajar

Kelas saya yang kedua ini berlangsung seperti biasa. Berdasarkan diagnostik pada minggu lepas yang telah saya jalankan ke atas pelajar terbabit, maka pada minggu ini saya mendedahkan pelajar tersebut kepada kaedah baru. Saya menggunakan Kaedah Mahir Sifir ciptaan saya sendiri untuk memboleh pelajar tersebut menguasai pelbagai topik Matematik secara serentak. Sebelum ini saya banyak mencipta kaedah-kaedah baru dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Semasa saya berusia sekitar 18 tahun, saya pernah mengajar adik saya (yang ketika itu bakal menghadapi peperiksaan PMR). Saya menggunakan kaedah yang lain. Kaedah ini diilhamkan daripada kesukaran saya untuk menguasai topik-topik tertentu Matemtik semasa di peringkat PMR dan SPM. Kaedah itu membolehkan adik saya boleh menjawab soalan-soalan SPM dengan mudah walaupun dia baru berada di tingkatan 2. Dia berjaya menjadi pelajar terbaik SPM dan mendapat A untuk subjek Matematik dan Matematik Tambahan. Kemudian dia melanjutkan pengajian ke matrikulasi dan selepas itu, dia mendapat tawaran belajar ke Russia.

Sekitar tahun 2004, saya pernah mengajar seorang pelajar tingkatan 2 yang tidak tahu membaca. Pelajar ini juga cuma mengenali nombor pada peringkat asas. Markah ujian yang biasa diperolehinya ialah E atau gagal. Saya memahami kelemahannya dari aspek kecerdasan verbal. Kelebihan pelajar ini ialah pengamatannya yang tinggi terhadap objek-objek dan simbol-simbol. Saya merekabentuk satu teknik pengajaran dan pembelajaran khusus untuk pelajar ini. Pada ujian yang seterusnya dia berjaya mendapat B. Ini satu kegembiraan buat saya sebagai seorang pendidik.

Tugas-tugas meningkatkan kemahiran menguasai Matematik barangkali tidak jauh berbeza dengan kerja-kerja mencipta atau menyediakan suatu resepi masakan. Jika seorang tukang masak akan cuba mencipta menu masakan yang memiliki khasiat yang seimbang dan enak untuk dimakan sehingga habis, maka proses pengajaran dan pembelajaran itu pula hendaklah dapat dijadikan sebagai satu aktiviti yang menarik dan mendorong motivasi pelajar untuk belajar.

Pelajar tuisyen di rumah saya ini mempunyai minat yang mendalam. Sebagai tanda menghargai minat belajarnya terhadap Matematik, saya selalu menambah 1 jam percuma kepadanya. Bagi setiap 50 minit, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan direhatkan sekitar 5-10 minit. Saya tidak mengajar secara berterusan. Saya mengutamakan fokus dan persediaan belajar bagi seseorang pelajar. Saya juga lebih suka mendengar pelajar memberikan pendapatnya terhadap konsep dan cara penyelesaian yang boleh dirancang untuk menjawab soalan-soalan Matematik. Mendengar pandangan dan jawapan pelajar membolehkan saya menilai tahap kefahamannya bagi satu-satu konsep.

Saya juga menekankan kepentingan pembuktian Matematik. Pelajar saya pernah membuat tanggapan awal dengan mengatakan jawapan A yang betul dan jawapan B, C dan D pula adalah salah. Saya memintanya menjalankan pembuktian bagi setiap jawapan pilihan yang diberikan. Hasilnya dia mendapati jawapan D yang dianggapnya salah itulah yang betul, dan bukannya A. Dia tersenyum sendirian dan selepas itu dia mengangguk-angguk tanda faham betapa pentingnya pembuktian Matematik dalam menentukan jawapan yang terbaik atau jawapan yang betul. Hal ini serupa dengan tujuan-tujuan kita menjalankan kajian saintifik bagi menentukan tahap atau keadaan perkara yang diuji. Tidak boleh main agak-agak sahaja, mesti berfikir secara Matematik. Pola pemikiran Matematik mesti ada dalam diri seorang pelajar yang mempelajari Matematik bagi memudahkannya memahami konsep-konsep Matematik.

Menurut ibunya, pelajar ini seorang yang sangat pendiam. Namun pada kelas kedua ini, saya mendapat pelajar ini semakin suka dan seronok untuk memberikan pendapat. Ini satu petanda yang baik. Pelajar ini tinggal bersendirian di rumah. Ibu bapanya bekerja sepanjang hari dan tinggal berjauhan kerana tempat kerja yang berbeza. Oleh itu, sebagai tutor, saya perlu bijak mengatur bicara dengan pelajar ini supaya cuaca emosinya dan kemahiran berkomunikasinya dapat berkembang dengan baik.

Potensi dan emosi merupakan dua perkara biasa. Setiap pelajar mempunyai potensi yang berbeza. Pelajar terbaru yang diamanahkan kepada saya ini memiliki kelemahan dalam aspek pendaraban. Saya melakukan diagnostik sepintas lalu untuk mengesan peningkatan yang ada pada dirinya.

Mana-mana kemahiran Matematik yang lemah dan topik-topik Matematik yang gagal dikuasainya, akan menjadi perkara pilihan saya. Pada pandangan saya, seorang tutor Matematik bertanggungjawab membantu mempertingkatkan tahap penguasaan seseorang pelajar terhadap kemahiran dan kefahaman terhadap konsep Matematik yang telah dipelajarinya di sekolah. Namun, jika pelajar itu mempunyai potensi yang tinggi (dalam aspek kecerdasan logik matematik), maka saya akan mengajarnya topik-topik yang baru. Pada masa yang sama, saya juga akan memeriksa tahap-tahap penguasaan pelajar terbabit terhadap topik-topik Matematik yang terdahulu dari semasa ke semasa.

Saya menggunakan Sukatan Pelajaran Matematik KBSM sebagai panduan utama. Setiap objektif pengajaran dan pembelajaran bagi setiap topik diteliti. Skema-skema jawapan Matematik peringkat PMR dan SPM juga telah saya kumpulkan. Sahabat-sahabat saya yang terdiri daripada guru Matematik, penanda kertas peperiksaan PMR dan SPM untuk subjek Matematik, ketua panitia Matematik dan lain-lain banyak membantu.

Friday, March 13, 2009

CATATAN PERTAMA seorang tutor

Nama saya Cikgu Amien. Sehingga kini, saya masih tidak begitu jelas kenapa saya begitu berminat untuk mengajar. Setakat ini, saya cuma menganggap keinginan untuk mengajar ini, sebagai satu naluri semula jadi dalam diri saya. Saya ingin melihat manusia menjadi semakin pandai dan semakin bijak mengatur kehidupan di dunia, demi kebaikan semua. Dahulu, saya pernah mengajar di rumah anak-anak yatim. Dunia pendidik seolah-olah sudah bersebati dengan jiwa saya. Saya pernah bekerja sebagai seorang Eksekutif Pemasaran dalam bidang pelancongan di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Namun jiwa saya tetap pada bidang pendidikan. Saya berhenti dan bertukar kerja. Saya menjadi guru tuisyen.

Saya mula mengajar subjek Matematik ketika saya masih di bangku sekolah. Kemudian berlanjutan sehingga ke universiti. Saya seorang mahasiswa, dan saya juga seorang guru tuisyen. Ketika itu bayaran yang saya kutip untuk satu jam sangat rendah. 80 sen ke 90 sen sahaja untuk satu jam. Asalnya saya bukanlah seorang yang pandai dalam subjek Matematik. Tetapi guru-guru Matematik terus menjadi sumber inspirasi saya. Suatu hari, saya mendapat A dalam subjek Matematik dengan markah 100% betul. Saya cukup gembira dan bersyukur.

Selepas tamat SPM, saya masih ke sekolah untuk mengajar subjek Matematik. Saya tahu saya bukanlah seorang genius dalam bidang Matematik, tetapi kesusahan mempelajari Matematik, menyebabkan saya sentiasa suka untuk mengajar Matematik kepada orang lain. Saya belajar dalam keadaan yang susah, dan selama itu saya mencari kaedah-kaedah yang mudah, untuk memahami Matematik.

Saya pernah berkata kepada diri saya sendiri. Saya mahu hidup sebagai seorang pendidik dan mati pun sebagai seorang pendidik. Barangkali ini adalah detik permulaan pengabdian diri saya ke dalam dunia pendidikan.

Semasa saya masih belajar di universiti. Salah seorang pensyarah memperkenalkan saya kepada pensyarah-pensyarah yang lain. Kata-katanya sungguh menyentuh hati saya. Pensyarah itu berkata, "Inilah Amien. Cikgu Amien. Dia seorang yang sangat cintakan dunia pendidikan."

Mendengar kata-kata pensyarah itu, saya tiba-tiba berasa sangat malu. Malu, kerana saya rasa perkataan-perkataan yang mengisi ruang-ruang ayat itu sangat besar jurangnya dengan diri saya.

Sepanjang masa, saya beranggapan diri saya masih jauh dari sempurna, masih terlalu jauh untuk bergelar murabbi. Saya cuma seorang guru tuisyen. Kerja saya mencari jam-jam terluang yang sanggup diamanahkan oleh ibu bapa pelajar-pelajar, kepada saya untuk dimanfaatkan dengan sebaik-baik pengisian ilmu.

Saya akan terus menjadi guru tuisyen jika saya tidak dapat menjadi guru tetap, pendidik tetap atau seorang pensyarah tetap.

Hidup saya telah didedikasikan untuk bidang pendidikan. Saya ingin syahid sebagai seorang pendidik. Sebagai seorang pemimpin berilmu. Saya akan berasa puas hati jika saya dapat mencapai matlamat ini. Saya cuma berharap dengan setiap apa yang saya lakukan ini, akan mendapat keredhaan daripada Allah.

Saya mohon petunjuk-Nya, supaya membawa saya ke jalan yang benar. Saya masih benar-benar cetek ilmu pengetahuan dan pengalaman. Maka sepanjang masa saya ingin berlindung di bawah kekuasaan dan kasih sayang-Nya.

Maklumat Tutor Kota Bharu, Kelantan

Nama Tutor:Cikgu Amien
Tutor Tuisyen Matematik UPSR, PMR dan SPM - HP: no tel

Pengesahan Tutor:
http://tuitionmall.com/tutor.php?vtutorid=5103
http://tuitionstudio.com/view-tutor-profiles.php?id_tut=871
Kelayakan Dalam Bidang Pendidikan:
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik) dari Universiti Teknologi Malaysia (Kepujian).

Pengalaman Mengajar:
Saya memiliki 8 tahun pengalaman dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran menerusi tuisyen dan juga di sekolah.

Pengalaman Mengajar Di Sekolah Menengah Kebangsaan:
Pernah mengajar subjek Matematk di sekolah menengah untuk pelajar peringkat PMR (Matematik) dan SPM (Matematik dan Matematik Tambahan)
.


Pengalaman Mengajar Tuisyen Individu dan Tuisyen Berkumpulan:
Saya mula mengajar subjek Matematik Moden untuk Tingkatan 5 selepas tamat SPM untuk junior-junior di sekolah. Pernah mengajar subjek Matematik SPM di rumah-rumah kebajikan (anak yatim). Pernah mengajar tuisyen subjek Matematik untuk darjah 1-6 (termasuk UPSR), tingkatan 1-3 (PMR), tingkatan 4-5 (SPM) dan untuk pelajar-pelajar yang mengulang subjek Matematik (SPM ulangan).


Negeri (tempat perkhidmatan tutor disediakan):
  1. Kota Bharu, Kelantan (dari tahun 2000)
  2. Johor Bharu (dari 2001 hingga 2008)
  3. Kota Bharu (dari 2008/2009)
  4. Johor Bharu, Johor (dari April 2009)

MAKLUMAT TAMBAHAN:

Bangsa:
Melayu

Agama:
Islam

Kawasan:
Rumah-rumah sekitar Kota Bharu, Kelantan

Jenis perkhidmatan tuisyen atau Tutor yang disediakan:
  • Tuisyen peribadi (1 tutor dengan 1 pelajar) - tuisyen di rumah pelajar - home tutor
  • Tuisyen berkumpulan (1 tutor dengan 2-3 orang pelajar) - tuisyen di salah sebuah rumah pelajar mengikut persetujuan ibu bapa.

Subjek yang diajar:
Matematik untuk Darjah 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 (UPSR)
Matematik untuk Tingkatan 1, 2 dan 3 (PMR)
Matematik untuk Tingkatan 4 dan 5 (SPM)
Matematik SPM ulangan

Nombor Telefon (HP):
no tel

Status:
Sedang mengajar pelajar Tingkatan 2 di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
Hari Sabtu, 10.00am-12.00pm (MAC 2009)

Masa Perkhidmatan Tuisyen:
Ahad hingga Khamis (dari 9.00 pagi ke 10.00 malam)
Sabtu (selepas jam 3.00 petang hingga 10.00 malam)

Bayaran Perkhidmatan Tuisyen
Bayaran adalah mengikut jam. Harga boleh dirunding mengikut tahap subjek (UPSR, PMR, SPM) dan jarak perjalanan.

Kelas Tuisyen Berkumpulan
Bilangan untuk tuisyen berkumpulan maksimum ialah 3 orang untuk 1 sesi. Harga bayaran bagi setiap pelajar untuk tuisyen berkumpulan ialah jauh lebih rendah daripada tuisyen di rumah untuk individu.

HP: no tel

ruangan di bawah ini untuk kegunaan pengurusan blog ini sahaja

Add to Technorati Favorites Free SEO Tools
Search Engine Optimization and SEO Tools Search Engine Submission - AddMe

Blog Submission Blog Site List
Promote Your Blog
Blog Community & Blogs Directory
Blog List Blog Widgets Alessandra

Glossary of Terms:
(1) Tuition - Tutelage, the act of tutoring or teaching a student (pupil); Fees paid for instruction (especially for higher education). In Malaysia, tuition is more popularly used to denote tutoring rather than fee. Common Malaysian misspellings: Tiution, Tution. *(BM): Tuisyen, Tiusyen, Tusyen, Tuisen, Tiusen, Tuisyan, Tiusyan, Tusyan. | (2) Home Tuition - Tutoring that takes place at students' or tutors' home as opposed to at tuition centers; Also: Home Tutoring, Private Tuition, Private Tutoring. *(BM): Tuisyen Di Rumah, Tuisyen Swasta. | (3) Personal Tuition - Tutoring on the basis of one tutor catering to one student. Also: Personal Tutoring, Individual Tuition, Individual Tutoring, One-to-one Tuition, 1-to-1 Tutoring, One-to-one Tutoring, 1-to-1 Tuition. *(BM): Tuisyen Peribadi, Tuisyen Persendirian, Tuisyen Perseorangan, Tuisyen Individu. | (4) Group Tuition - Tutoring on the basis of one tutor catering to several (small number, but more than one) students. Also: Small Group Tuition, Small Class Tuition, Group Tutoring, Small Group Tutoring, Small Class Tutoring. *(BM): Tuisyen Berkumpulan, Tuisyen Kumpulan Kecil, Tuisyen Kelas Kecil. | (5) Tutors - Tuition Teachers, persons who conduct tuition. In Malaysia, teacher is more popularly used to denote a school teacher whereas tutor usually means a non-school teacher. Also: Tiutors, Tuitors. *(BM): Guru Sekolah, Cikgu Sekolah, Pengajar Tuisyen, Guru Tuisyen, Cikgu Tuisyen. | (6) Home Tutors - Tutors who provide home tuition as opposed to those who teach at tuition centres. Also: Private Tutors, Personal Tutors, Individual Tutors, One-to-one Tutors, 1-to-1 Tutors, Group Tutors, Small Group Tutors, Private Teachers, Personal Teachers, Individual Teachers, One-to-one Teachers, 1-to-1 Teachers, Group Teachers, Small Group Teachers, Private Tuition Teachers, Personal Tuition Teachers, Individual Tuition Teachers, One-to-one Tuition Teachers, 1-to-1 Tuition Teachers, Group Tuition Teachers, Small Group Tuition Teachers. *(BM): Pengajar Di Rumah, Pengajar Swasta, Pengajar Peribadi, Pengajar Persendirian, Pengajar Perseorangan, Guru Di Rumah, Guru Swasta, Guru Peribadi, Guru Persendirian, Guru Perseorangan, Cikgu Di Rumah, Cikgu Swasta, Cikgu Peribadi, Cikgu Persendirian, Cikgu Perseorangan. | (7) Tuition Center - Private institution that conduct tuition on classroom-like settings. Also: Tuition Centres, Tutorial Centers, Tutorial Centres, Tuition Classes, Tutorial Classes, Tutoring Classes. *(BM): Pusat Tuisyen, Pusat Bimbingan, Pusat Tutorial, Kelas Tuisyen. | (8) Home Tuition Jobs - Home tuition vacancies; Posts to be filled by home tutors. Also: Private Tuition Jobs, Home Tutoring Jobs, Private Tutoring Jobs, Home Tuition Assignments, Private Tuition Assignments, Home Tutoring Assignments, Private Tutoring Assignments, Private Tuition Vacancies, Home Tutoring Vacancies, Private Tutoring Vacancies. *(BM): Jawatan Kosong Tuisyen, Pekerjaan Tuisyen, Kerja Tuisyen, Tugasan Tuisyen. | (9) Home Tutees - Home tuition students; Pupils receiving home tuition from home tutors. *(BM): Pelajar Tuisyen, Murid Tuisyen, Penuntut Tuisyen. | *(BM) denotes terms in Bahasa Melayu or Malay Language.