Thursday, November 5, 2009

Mencapai 100% Gred A dalam Matematik PMR 2009

Keputusan PMR 2009 belum keluar, tetapi anak-anak didik tuisyen saya kesemuanya telah mendapat A dalam PMR. Lebih menggembirakan apabila beberapa orang daripada mereka yang sebelum ini sekadar mendapat D dalam Matematik turut mendapat A dalam PMR.

Menerusi kaedah tutor Matematik saya, pelajar-pelajar saya bukan sahaja dapat menyiapkan soalan Matematik PMR 20 minit lebih awal, malah mampu menyalin semula kesemua jawapan supaya dapat disemak dan diketahui gred atau keputusan peperiksaan untuk subjek Matematik PMR mereka dengan lebih awal.

Kualiti lebih utamakan. Sebab itu saya cuma mengambil bilangan murid tuisyen pada jumlah yang sedikit. Sedikit tetapi 100% Gred A dalam MATEMATIK PMR.

Inilah resepi rahsia kejayaan mempelajari Matematik PMR bersama Cikgu Amien. Kaedah yang dipatenkan ini cuma boleh dikuasai dengan mengikuti modul-modul Matematik PMR yang direkabentuk oleh Cikgu Amien. Seorang pakar yang berpengalaman lebih 8 tahun dalam pengajaran tuisyen bagi subjek Matematik peringkat menengah rendah secara tutor peribadi.

No comments:

Post a Comment