Cara Mudah Pengiraan Matematik : Sifir 11
Teknik ini digunakan untuk nombor 2 digit. Sebagai contoh : 11 x 43 = ?
- Pisahkan 4 dan 3 : ( 4_3 )
- Keadaan ini akan mewujudkan satu ruang (digariskan _ ) antara 4 dan 3.
- Campurkan 4 dan 3 : 4 + 3 = 7
- Letakkan 7 di tengah-tengah 4_3 supaya menjadi 473.
Teknik ini tidak boleh digunakan untuk mendapat jawapan bagi sifir 11 sekiranya hasil tambah dua nombor yang dilibatkan dalam pengiraan langkah 3 lebih besar daripada 9.
Sekiranya hasil tambah dua nombor di dalam langkah 3 adalah lebih besar daripada 9, kita gunakan kaedah seperti contoh di bawah:
Sekiranya hasil tambah dua nombor di dalam langkah 3 adalah lebih besar daripada 9, kita gunakan kaedah seperti contoh di bawah:
Contoh : 11 x 57 = ?
- Asingkan 5 dan 7 : ( 5_7 )
- Nampak ruang di antara 2 nombor tersebut?
- Campurkan 5 dan 7 : 5 + 7 = 12
- Asingkan pula hasil tersebut menjadi 1_2.
- Nombor 1 kita campurkan dengan nombor awalan iaitu 5 menjadikannya 6.
- Nombor 2 pula kita letakkan di tengah-tengah ruang kosong tadi menjadikan jawapan akhir bersamaan dengan enam puluh dua = 62
No comments:
Post a Comment