
Apa yang lebih membanggakan ialah, setiap set soalan Matematik yang dijawabnya ialah soalan set Matematik SPM! Saya tidak sabar-sabar lagi menunggu keputusan SPM beliau pada tahun ini.
Sehingga kini, menerusi tuisyen Matematik di rumah, sudah ramai pelajar yang lemah Matematik telah dibimbing sehingga berjaya mengubah diri mereka, daripada seorang yang tidak yakin untuk menjawab soalan Matematik kepada seorang yang yakin dan cemerlang dalam peperiksaan bagi subjek Matematik.
Sebelum ini, seorang anak kepada pegawai FRU, juga berjaya mendapat keputusan A dalam UPSR. Ibu pelajar ini seorang guru, mengetahui mengenai tuisyen Matematik di rumah yang dikendalikan oleh saya, menerusi seorang guru Matematik di sekolahnya.
Bagi seorang guru tuisyen Matematik, apabila berjaya membantu seseorang pelajar itu mendapat A dalam Matematik, maka inilah kepuasan dalam mengajar.
No comments:
Post a Comment