Tuesday, August 16, 2011

Usia 13 Tahun Sudah Ambil SPM? Tuisyen MATEMATIK DI RUMAH!

Usia 13 Tahun Sudah Ambil SPM?
TIDAK MUSTAHIL DENGAN
Tuisyen MATEMATIK DI RUMAH!

Kebiasaannya pelajar mengambil peperiksaan PMR pada usia 15 tahun, atau peperiksaan SPM pada usia 17 tahun. Namun bagaimana pula jika ada pelajar yang mengambil peperiksaan SPM pada usia yang lebih muda? Bagi pelajar-pelajar yang mengikuti tuisyen Matematik di kawasan Johor Bahru dan Pasir Gudang, ketahuilah, menerusi tuisyen Matematik peribadi atau tuisyen Matematik di rumah, segala-galanya boleh berlaku.

Ini tidak mustahil menerusi bimbingan guru tuisyen di rumah. Jika di sekolah, para pelajar belajar Matematik mengikut silibus yang ditetapkan secara umum, maka menerusi tuisyen di rumah, pelajar tersebut boleh mempelajari Matematik mengikut pencapaiannya yang tersendiri.

Bayangkan pada usia yang muda, seorang pelajar berusia 13 tahun, atau lebih muda sudah berjaya menduduki peperiksaan Matematik di peringkat SPM! Segala-galanya mampu direalisasikan menerusi tuisyen Matematik di rumah.

No comments:

Post a Comment