Hari ini Tutor Tuisyen Matematik Johor Bahru - Pasir Gudang akan memberikan satu lagi panduan berguna untuk para pelajar yang sering mengunjungi laman blog Tutor Tuisyen Matematik ini.
Tip menyelesaikan masalah soalan berbentuk tulisan (word problem).
Apabila melihat soalan yang panjang dihuraikan, murid biasanya akan meninggalkan soalan tersebut. Ini kerana ramai yang beranggapan yang soalan sebegini sukar.
Sekarang mari kita lihat bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini.
- Mula-mula kita perlu membaca keseluruhan soalan.
- Kenalpasti masalah yang diutarakan.
- Lukis gambarajah jika perlu.
- Ubah soalan tadi ke dalam bentuk ayat matematik.
- Selesaikan masalah matematik yang telah anda bentuk tadi.
- Tulis kembali jawapanya dalam bentuk ayat.
Sesetengah pelajar memerlukan khidmat guru tuisyen Matematik untuk membantu mereka memahirkan diri dengan teknik di atas. Latihan untuk jenis-jenis masalah Matematik berbentuk ayat atau perkataan hendaklah dibuat setiap hari bagi meningkatkan kemahiran memahami kehendak soalan dan langkah-langkah penyelesaiannya.
Home Tuition Tuisyen Di Rumah Tuisyen Peribadi Tutor Matematik Pasir Gudang Johor Bahru
No comments:
Post a Comment