Wednesday, March 18, 2009

Kaedah Menjawab Soalan Sejarah SPM - Tips Lulus Kertas Sejarah SPM

Kaedah Menjawab Soalan Sejarah SPM 2009 - Tips Pasti Lulus
Contoh Diberikan Berdasarkan Tips Sejarah SPM 2008

Di sini saya nyatakan satu tips untuk pelajar Harapan Lulus. Persoalan pertama, di manakah kedudukan anda? Adakah markah anda berada di bawah 30? Cuba ambil sedikit masa untuk membuat analisis keputusan sejarah bermula daripada keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 4 (TOV1) dan Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4 (TOV2). Setelah itu buat analisis keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 (TOV1) dan Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM (TOV2).

Adakah markah para pelajar tetap berada di bawah 30?

Adakah ini berpunca daripada sikap tidak membaca dan ulangkaji mata pelajaran Sejarah?

Adakah disebabkan bilangan bab yang banyak [19 bab]?

Adakah para pelajar sudah faham tentang jumlah tema sejarah SPM ?Di sini cuba fahamkan dan selain untuk ilmu sejarah, para pelajar tetap ingin lulus dalam peperiksaan. Betul? Tips ini sebagai langkah terakhir untuk membantu pelajar kategori ini. Keluar dan lonjakkan markah anda daripada F9 ke markah sehabis baik. Para pelajar boleh membuat analisis kekerapan soalan SPM sejak 2004 sehingga 2008.

TUMPUAN LIMA BAB ATAU TIGA TEMA SAHAJA.
Para pelajar MESTILAH menguasai 100 peratus tema atau bab-bab ini. Fokus kepada Bahagian A dan Bahagian B. Di bawah ini sekadar contoh sahaja:

Tingkatan 4
Tema 3 = Bab 9 dan Bab 10

Tingkatan 5
Tema 4 = Bab 1 dan Bab 2
Tema 6 = Bab 9

SPM
3 Tema 5 Bab


Contoh Analisis Soalan Sejarah Percubaan SPM SBP 2008.

Tingkatan 4
Tema 3: Bab 10 = 20 Markah (E )

Tingkatan 5
Tema 4: Bab 2 = 10 (S)
Tema 4: Bab 2 = 10 (E)
Tema 6: Bab 9 = 20 (E)

Jumlah markah: 70

Cuba buat analisis soalan SPM 2004 – 2008. Masukkan jumlah soalan yang sudah ditanya dan markah berdasarkan lima bab di atas. Pasti melepasi 30 markah.

Harapan Lulus tetap ada, jangan putus asa. Gunakan sepenuh masa untuk membaca dan latih tubi berdasarkan tema. Ayuh! jangan tunggu lagi, buktikan dalam Peperiksaan Percubaan dan Peperiksaan Sejarah SPM sebenar 2009. Insya-Allah.

1 comment: