Selamat Datang!

Tuisyen Matematik dan Matematik Tambahan ini terbuka untuk para pelajar darjah 1-6, tingkatan 1-3, tingkatan 4-5, yang sedang mengambil subjek UPSR, PMR dan SPM di sekitar Taman Molek, Johor Bahru, Pasir Gudang, Johor. Pelajar-pelajar yang mengulang subjek Matematik SPM, untuk kertas Matematik SPM ulangan Julai 2012 (paper July). Sekiranya anda bermasalah untuk mendapatkan individu yang boleh mengajar anda, anda boleh mendapatkan tutor home tution (tuisyen di rumah anda). Tutor mempunyai pengalaman lebih 11 tahun dalam bidang tuisyen di rumah dan di sekolah. Tutor memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Matematik, Sains dan Komputer. Sila hubungi kami di Home Tuiton Johor Bahru (HP): NO. TELEFON

Monday, August 31, 2009

Contoh Pengisian Borang Permohonan Tuisyen Di Rumah

Panduan Mengisi Borang Permohonan Tuisyen Di Rumah
Ditulis oleh Cikgu Amien

Kenapa mesti mengisi borang permohonan tuisyen? Tidak bolehkah menghubungi Cikgu Amien secara terus?
Sebab pertama, saya sekarang adalah guru rasmi di sekolah menengah dan mempunyai komitmen sebagai seorang guru. Masa saya untuk tuisyen di rumah adalah terhad. Ramai ibu bapa atau pelajar yang kecewa kerana tidak dapat berurusan dengan saya sejak saya menjadi guru tetap. Ada juga ibu bapa yang meminta saya mencarikan tutor untuk anak-anak mereka, tetapi kadangkala maklumat yang mereka berikan tidak lengkap atau tidak cukup. Ini menyukarkan saya untuk membantu mereka.

Malah kadangkala ada ibu bapa yang berada di luar kawasan atau negeri kediaman saya menelefon saya untuk meminta perkhidmatan tuisyen di rumah. Adalah mustahil untuk saya bergerak sejauh beratus-ratus kilometer semata-mata untuk mengajar anak mereka di rumah mereka!

Justeru, menerusi Borang Permohonan Tuisyen, saya mungkin akan dapat membantu anda mendapatkan guru tuisyen atau tutor di rumah bagi anak anda sekiranya saya tidak dapat mengajar anak anda. Guru-guru tuisyen atau tutor yang dipilih akan ditetapkan oleh ejen-ejen tutor atau guru yang sememangnya saya kenal (rakan di universiti atau rakan sekerja) yang mempunyai pengiktirafan dalam bidang pendidikan atau berkelayakan untuk mengajar subjek berkenaan. Saya sangat cerewet dalam pemilihan tutor, dan saya berharap dapat mencari tutor yang terbaik untuk anak anda.

Panduan Pengisian Borang Permohonan Tuisyen Di Rumah
Contoh pengisian Borang Permohonan Tuisyen adalah seperti di dalam imej. Cara pengisian borang tuisyen tidak semestinya mengikut cara yang ditunjukkan di dalam imej. Selagi input atau maklumat yang diberikan dapat difahami dengan jelas oleh pihak penerima (Cikgu Amien), maka mudahlah untuk pihak kami (Cikgu Amien) untuk membantu mencari guru tuisyen atau tutor di rumah bagi satu-satu pelajar. Sekiranya anda memiliki dua orang anak, anda digalakkan untuk mengisi dua borang yang berbeza atau tinggalkan maklumat tambahan di bahagian komen tambahan.



Penjelasan Bagi Setiap Item Di Dalam Borang Permohonan Tuisyen

Nama Ibu/Bapa/Penjaga:
Nama ibu, bapa atau penjaga bagi pelajar terbabit. Maklumat ini mesti dimasukkan kerana pelajar terbabit adalah berusia di bawah 18 tahun (atau di bawah 21 tahun). Pelajar WAJIB meminta keizinan ibu, bapa atau penjaga terlebih dahulu sebelum mengisi borang atau berurusan dengan pihak kami.

No. Telefon (Rumah/HP):
Nombor telefon ibu, bapa atau penjaga. Ini adalah antara maklumat paling penting. Tanpa maklumat ini, pihak kami tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu mencarikan guru tuisyen atau tutor di rumah untuk anda.

Nama Pelajar
Nama pelajar yang akan diajar oleh Cikgu Amien atau tutor/guru tuisyen. Seboleh-bolehnya satu borang adalah untuk seorang pelajar sahaja. Ini bertujuan mengelakkan kekeliruan.

Jantina Pelajar
Lelaki atau perempuan. Ini memudahkan kami mencari tutor yang sesuai. Contohnya, bagi pelajar perempuan, seboleh-bolehnya kami akan cuba dapatkan tutor perempuan untuk anak anda. Anda juga boleh menetapkan kriteria atau ciri-ciri tutor yang anda kehendaki di bahagian Komen Tambahan.

Darjah/Tingkatan
Darjah atau Tingkatan pelajar. Sesetengah guru tuisyen mahir mengajar pelajar pada peringkat tertentu sahaja. Sebagai contoh, ada guru tuisyen yang boleh mengajar pelajar tingkatan 1 dan 2, tetapi belum bersedia untuk mengajar pelajar tingkatan 4 atau 5 kerana kurang pengalaman.

Peringkat UPSR/PMR/SPM/STPM
Bagi mengesahkan sama ada pelajar terbabit berada di dalam Darjah atau Tingkatan, kami memerlukan makumat ini. Ini bagi mengelakkan daripada kekeliruan sama ada pelajar tersebut berada di tingkatan 1 atau di darjah 1.

Subjek/Mata pelajaran
Subjek yang perlu diajar oleh tutor sahaja. Sekiranya anak anda mahukan tutor Matematik, maka letakkan subjek Matematik sahaja. Pelajar boleh mengisi lebih daripada satu subjek. Pelajar walau bagaimana pun bebas menentukan jadual waktu bagi satu-satu sesi tutorial bagi satu-satu subjek mengikut budi bicara tutor pada kemudiannya.

Tempoh 1 Sesi
Tempoh satu sesi bermaksud jumlah masa bagi satu kali pertemuan antara pelajar dengan tutor terbabit. Contohnya, anda mahu hadkan 1 pertemuan kepada 1 jam 30 minit. Maka maklumat yang perlu anda berikan di ruangan ini ialah 1 jam 30 minit.

Bilangan Sesi Seminggu
Bilangan sesi bermaksud bilangan pertemuan antara pelajar dengan tutor. Sebagai contohnya, sekiranya anda mahu tutor tersebut datang ke rumah pada hari Rabu, Sabtu dan Ahad, ini bermaksud 3 sesi. Oleh itu di ruangan ini, anda perlu mengisi dengan angka 3. Ada sesetengah pelajar menetapkan 2 sesi pada hari yang sama. Contohnya pelajar tersebut menetapkan pada hari Ahad, akan ada 2 sesi pertemuan. Sesi pertama dari pukul 9 pagi hingga pukul 10.30 pagi, manakala sesi kedua daripada pukul 11.30 pagi hingga pukul 1.00 petang.

Jadual (Hari, Waktu)
Sesetengah tutor atau anak anda mungkin mempunyai kekangan masa untuk hari-hari tertentu. Contohnya, saya sebagai seorang guru terikat dengan komitmen sebagai guru pada setiap minggu dan hanya memiliki kelapangan selepas pukul 3.00 petang. Oleh itu penting bagi pelajar untuk memberitahu masa-masa lapang yang boleh digunakan untuk mengadakan pertemuan antara pelajar dengan guru tuisyen terbabit. Ejen-ejen kami akan cuba mencari guru-guru tuisyen yang boleh mengajar anak anda pada waktu yang sesuai dengan kesediaan pelajar.

Bayaran 1 Sesi
Bayaran satu sesi merujuk kepada bayaran untuk satu-satu pertemuan. Cara bayaran seperti ini lebih fleksibel. Anda boleh meletakkan tawaran seperti RM30 atau RM30-RM50. Biasanya bayaran 1 sesi akan melibatkan kos perjalanan (duit minyak kenderaan) tutor terbabit selain bayaran perkhidmatan tutor.

Budget Bayaran Sebulan
Sesetengah keluarga memiliki budget sendiri untuk perbelanjaan tuisyen bagi anak mereka. Cara untuk mengira budget bayaran tuisyen untuk satu-satu pelajar adalah seperti berikut.

budget bayaran sebulan = (nilai bayaran 1 sesi) x (bilangan sesi seminggu) x (bilangan minggu pertemuan dalam satu bulan)

CONTOH MENGIRA BILANGAN SESI:
Sebagai contoh, pelajar tersebut akan belajar tuisyen pada hari Sabtu sebanyak 2 sesi, dan pada hari Ahad sebanyak 1 sesi . Ini bermaksud terdapat:

Bilangan Sesi = 2 sesi pada hari Sabtu + 1 sesi pada hari Ahad = 3 sesi


CONTOH MENILAI BAYARAN 1 SESI:
Katakan, berdasarkan persetujuan antara ibubapa/penjaga dengan tutor, untuk setiap 1 sesi, tutor tersebut akan dibayar sebanyak RM40. Ini bermaksud:

Nilai bayaran 1 sesi atau = RM40

CONTOH MENGIRA BILANGAN MINGGU PERTEMUAN
Katakan, pada minggu pertama dan minggu ketiga, pelajar tersebut terlibat dengan aktiviti ko-kurikulum di sekolah, maka pertemuan cuma dapat dibuat dua minggu sekali iaitu pada minggu kedua dan minggu keempat. Ini bermaksud:

Bilangan minggu Pertemuan = minggu kedua + minggu keempat = 2 minggu pertemuan

Oleh itu, berdasarkan ketiga-tiga maklumat di atas, nilai bagi budget bayaran tuisyen untuk satu bulan ialah
= (bilangan sesi seminggu) x (nilai bayaran 1 sesi) x (bilangan minggu pertemuan dalam satu bulan)

= (3 sesi) x (RM40) x (2 minggu pertemuan sebulan)

= 3 x RM40 x 2

= RM120 x 2

= RM240 sebulan


Lokasi Pelajar (Atau Alamat Rumah)
Dengan adanya maklumat seperti ini, akan memudahkan tutor atau ejen tutor untuk mencari tutor yang duduk paling dekat dengan rumah anda. Ini akan mengurangkan kekangan masa, menjimatkan kos perjalanan dan mengurangkan bayaran 1 sesi tuisyen.

Komen Tambahan
Ruangan ini tidak wajib diisi. Sekiranya anda rasakan ada apa-apa maklumat tambahan seperti ciri-ciri tutor yang anda perlukan atau, anak anda memiliki masalah khas seperti hiperaktif, lembam, susah untuk diajak bercakap atau terlalu pintar, anda boleh nyatakan di ruangan ini.

E-Mail Anda (sekiranya ada)
Ruangan ini tidak wajib diisi. Namun sekiranya ada apa-apa maklumat yang kami rasa perlu dihantar kepada anda, kami mungkin akan memerlukan e-mel anda. E-mel yang diberikan hendaklah aktif (masih digunakan atau sedang digunakan).

Image Verification
Tujuan pengesahan menerusi imej seperti di bawah ini adalah untuk membezakan antara spam bot dengan manusia. Kebiasaannya, akan ada pihak-pihak tertentu yang menyalahgunakan kemudahan mengisi borang secara online seperti ini untuk menghantar mesej atau maklumat yang mengarut atau berulangkali menggunakan spam bot. Oleh itu fungsi image verification ini adalah untuk menghalang sebarang aktiviti spam.



Apa yang anda perlu lakukan ialah mengisi ruangan kotak kecil yang disediakan bersebelahan dengan imej bernombor/huruf tersebut. Contohnya dalam gambar di atas, imej bernombor/huruf yang diberikan ialah f5aha, maka dalam kotak kecil disediakan anda perlu menaip kembali f5aha.

Selepas segalanya selesai anda boleh mengklik butang Hantar Permohonan.

Jangan klik butang Isi Semula melainkan anda rasakan ada banyak kesilapan pada borang yang telah anda isi. Ini kerana butang Isi Semula akan memadamkan segala maklumat yang anda telah taip, dan anda terpaksa mengisi semula borang permohonan ini.

No comments:

Post a Comment

ruangan di bawah ini untuk kegunaan pengurusan blog ini sahaja

Add to Technorati Favorites Free SEO Tools
Search Engine Optimization and SEO Tools Search Engine Submission - AddMe

Blog Submission Blog Site List
Promote Your Blog
Blog Community & Blogs Directory
Blog List Blog Widgets Alessandra

Glossary of Terms:
(1) Tuition - Tutelage, the act of tutoring or teaching a student (pupil); Fees paid for instruction (especially for higher education). In Malaysia, tuition is more popularly used to denote tutoring rather than fee. Common Malaysian misspellings: Tiution, Tution. *(BM): Tuisyen, Tiusyen, Tusyen, Tuisen, Tiusen, Tuisyan, Tiusyan, Tusyan. | (2) Home Tuition - Tutoring that takes place at students' or tutors' home as opposed to at tuition centers; Also: Home Tutoring, Private Tuition, Private Tutoring. *(BM): Tuisyen Di Rumah, Tuisyen Swasta. | (3) Personal Tuition - Tutoring on the basis of one tutor catering to one student. Also: Personal Tutoring, Individual Tuition, Individual Tutoring, One-to-one Tuition, 1-to-1 Tutoring, One-to-one Tutoring, 1-to-1 Tuition. *(BM): Tuisyen Peribadi, Tuisyen Persendirian, Tuisyen Perseorangan, Tuisyen Individu. | (4) Group Tuition - Tutoring on the basis of one tutor catering to several (small number, but more than one) students. Also: Small Group Tuition, Small Class Tuition, Group Tutoring, Small Group Tutoring, Small Class Tutoring. *(BM): Tuisyen Berkumpulan, Tuisyen Kumpulan Kecil, Tuisyen Kelas Kecil. | (5) Tutors - Tuition Teachers, persons who conduct tuition. In Malaysia, teacher is more popularly used to denote a school teacher whereas tutor usually means a non-school teacher. Also: Tiutors, Tuitors. *(BM): Guru Sekolah, Cikgu Sekolah, Pengajar Tuisyen, Guru Tuisyen, Cikgu Tuisyen. | (6) Home Tutors - Tutors who provide home tuition as opposed to those who teach at tuition centres. Also: Private Tutors, Personal Tutors, Individual Tutors, One-to-one Tutors, 1-to-1 Tutors, Group Tutors, Small Group Tutors, Private Teachers, Personal Teachers, Individual Teachers, One-to-one Teachers, 1-to-1 Teachers, Group Teachers, Small Group Teachers, Private Tuition Teachers, Personal Tuition Teachers, Individual Tuition Teachers, One-to-one Tuition Teachers, 1-to-1 Tuition Teachers, Group Tuition Teachers, Small Group Tuition Teachers. *(BM): Pengajar Di Rumah, Pengajar Swasta, Pengajar Peribadi, Pengajar Persendirian, Pengajar Perseorangan, Guru Di Rumah, Guru Swasta, Guru Peribadi, Guru Persendirian, Guru Perseorangan, Cikgu Di Rumah, Cikgu Swasta, Cikgu Peribadi, Cikgu Persendirian, Cikgu Perseorangan. | (7) Tuition Center - Private institution that conduct tuition on classroom-like settings. Also: Tuition Centres, Tutorial Centers, Tutorial Centres, Tuition Classes, Tutorial Classes, Tutoring Classes. *(BM): Pusat Tuisyen, Pusat Bimbingan, Pusat Tutorial, Kelas Tuisyen. | (8) Home Tuition Jobs - Home tuition vacancies; Posts to be filled by home tutors. Also: Private Tuition Jobs, Home Tutoring Jobs, Private Tutoring Jobs, Home Tuition Assignments, Private Tuition Assignments, Home Tutoring Assignments, Private Tutoring Assignments, Private Tuition Vacancies, Home Tutoring Vacancies, Private Tutoring Vacancies. *(BM): Jawatan Kosong Tuisyen, Pekerjaan Tuisyen, Kerja Tuisyen, Tugasan Tuisyen. | (9) Home Tutees - Home tuition students; Pupils receiving home tuition from home tutors. *(BM): Pelajar Tuisyen, Murid Tuisyen, Penuntut Tuisyen. | *(BM) denotes terms in Bahasa Melayu or Malay Language.