Friday, April 2, 2010

Pencapaian Pelajar-Pelajar Cikgu Amien Mac 2010

  • Matematik Tambahan Tingkatan 4 - Seorang pelajar beliau mendapat 100% (markah penuh) dalam ujian penilaian pertama Matematik Tambahan.
  • Matematik Tingkatan 4 - Seorang pelajar beliau mendapat A untuk subjek Matematik. Lebih memberangsangkan lagi apabila pelajar tersebut merupakan pelajar kelas paling corot. Ini adalah satu kejutan untuk guru-guru sekolah kerana ada pelajar kelas corot yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam subjek Matematik yang selama ini dianggap sukar bagi pelajar-pelajar kelas-kelas corot.
Cikgu Amien sebelum ini telah berjaya membantu ramai pelajar kelas tuisyennya untuk berjaya, bukan sahaja dalam subjek Matematik, tetapi juga Matematik Tambahan. Ada pelajar yang sering gagal dalam Matematik berjaya mendapat A dalam Matematik PMR, dan seterusnya mendapat laluan mudah dalam pembelajaran Matematik dan Matematik Tambahan apabila naik ke Tingkatan 4. Ini kerana corak pengajaran Cikgu Amien adalah berteraskan kefahaman konsep. Oleh itu, pelajar yang mengikuti kelas tuisyen Cikgu Amien bukan sahaja mampu menguasai Matematik malah Matematik Tambahan juga.
"Pengajaran Matematik adalah satu seni. Jika guru adalah pengkarya, maka setiap seorang pelajar adalah satu karya. Sebagaimana harapan seorang pengkarya untuk mencipta satu karya yang agung, begitulah juga harapan seorang guru untuk mendidik pelajarnya menjadi ilmuan yang terbilang." - Cikgu Amien.
Disebabkan permintaan yang amat tinggi daripada ibu bapa dan pelajar-pelajar sekolah, Cikgu Amien kini lebih selektif dalam pemilihan pelajar tuisyennya. Beliau lebih fokus terhadap penyelidikan dan pembangunan modul pengajaran dan pembelajaran Matematik untuk pelajar-pelajar di peringkat SPM.

Beliau walau bagaimana pun akan mempertimbangkan permintaan mana-mana ibu bapa yang betul-betul fokus untuk membantu meningkatkan pencapaian pembelajaran anak-anak mereka.

Tuition Mathematics Johor Bahru Taman Molek Pasir Gudang Seri Alam Masai Plentong Mount Austin Seri Austin Seri Indah Daiman Johor Jaya Tuisyen Matematik Di Rumah Perkhidmatan Tutor Home Tuition Home Tutor Private Teacher Private Tuition UPSR PMR SPM Mathematics

No comments:

Post a Comment