Sunday, April 11, 2010

Projek Pintar Matematik Tingkatan 4 - 2010

Ini merupakan senarai kumpulan pelajar yang menyertai Projek Pintar Matematik 2010. Kesemua pelajar ini adalah sangat lemah dalam Matematik dan telah datang untuk belajar tuisyen berkumpulan dengan saya. Memandangkan mereka dari satu sekolah yang sama, maka tidak ada masalah dari segi mengatur jadual belajar. Mereka akan belajar 1 kali seminggu mengikut teknik istimewa. Gred pencapaian mereka akan dikemaskini setiap kali selepas melalui proses penilaian.

Pelajar-pelajar ini telah mendaftar untuk belajar Tuisyen Matematik berkumpulan bersama saya pada minggu lepas, 6 April 2010. Oleh itu saya telah kumpulkan setiap 4 oranguntuk berada dalam satu kumpulan.


Kumpulan 1 (Rumah Sekitar Kampung Melayu Pandan, Johor Bahru)
  • Zai - Gred Matematik PMR 2009 = D
  • Emy - Gred Matematik PMR 2009 = D
  • Soleh - Gred Matematik PMR 2009 = D
  • Shu - Gred Matematik PMR 2009 = E
Rata-rata pelajar menunjukkan minat untuk mengubah dari kekalahan kepada kemenangan. Mereka sudah sedar betapa pentingnya Matematik dalam hidup mereka. Saya akan membantu pelajar-pelajar ini mencipta keajaiban dalam keputusan peperiksaan mereka. Semoga mereka akan rajin berusaha.

Kumpulan 2 (Rumah Sekitar Taman Molek, Johor Bahru)
  • Fiq - Gred Matematik PMR 2009 = E
  • Red - Gred Matematik PMR 2009 = E
  • Hafis - Gred Matematik PMR 2009 = E
  • Sow - Gred Matematik PMR 2009 = E
Saya akan menilai prestasi pengajaran tutor saya berdasarkan gred pencapaian pelajar-pelajar ini. Analisis profil setiap pelajar tidak akan dipaparkan di sini.

No comments:

Post a Comment