Suatu ketika dahulu, Ahmad Khairuddin Rozani bukanlah pelajar yang meminati subjek Matematik. Dia sering gagal dalam ujian dan peperiksaan Matematik. Keputusan Matematiknya semasa di peringkat UPSR adalah E.
Semasa di tingkatan 1, Ahmad Khairuddin ditempatkan di kelas corot. Berikutan itu beliau berharap untuk masuk ke kelas hadapan. Menurut guru di sekolahnya, Ahmad Khairuddin boleh masuk ke kelas depan, dengan syarat dia mesti mendapat A dalam banyak subjek yang dipelajarinya sekarang, dan Matematik adalah salah satu subjek yang dimaksudkan.
Ahmad Khairuddin pada mula mengikut kelas-kelas di pusat tuisyen, tetapi beliau tetap gagal. Guru tuisyen mencadangkan dia agar belajar tuisyen secara peribadi (private tuition atau home tuition) supaya tumpuan lebih dapat diberikan kepada dirinya.
Akhirnya, selepas beberapa hari mencari, Ahmad Khairuddin berjaya mendapatkan beberapa orang tutor untuk mengajarnya tuisyen di rumah. Guru-guru tuisyen dapat memahami keperluan Ahmad Khairuddin. Hari demi hari, satu demi satu kelemahan Ahmad Khairuddin dalam subjek Matematik diperbaiki. Ahmad Khairuddin seperti seorang ahli sukan yang diberikan latihan khas oleh jurulatih khusus.
Sekitar tiga bulan belajar tuisyen di rumah, Ahmad Khairuddin akhirnya berjaya meraih gred B dalam ujian pertengahan tahun tingkatan 1. Hanya 2 jam seminggu, dengan bayaran sekitar RM80 satu sesi atau RM320 sebulan, Ahmad Khairuddin kini tidak berpaling ke belakang lagi. Beliau terus mendapat latihan khusus untuk subjek Matematik.
Dalam ujian pencapaian ke-2, Ahmad Khairuddin berjaya mendapat A, dengan markah keputusan 95 dalam subjek Matematik. Apabila ditanya bagaimana Ahmad Khairuddin mampu mengubah dirinya daripada pelajar yang lemah kepada pelajar cemerlang dalam subjek Matematik, beliau menjawab.
"Kaedah Matematik yang diajar Cikgu Amien sangat unik. Cikgu Amien mampu memanfaatkan apa sahaja di sekelilingnya untuk menerangkan konsep-konsep Matematik."
Menurut Cikgu Amien, Matematik wujud dalam semua perkara dalam kehidupan ini. Setiap perkara yang kita lakukan pada setiap hari, biarpun dianggap remeh-temeh, ada Matematik di dalamnya.

No comments:
Post a Comment