Selamat Datang!

Tuisyen Matematik dan Matematik Tambahan ini terbuka untuk para pelajar darjah 1-6, tingkatan 1-3, tingkatan 4-5, yang sedang mengambil subjek UPSR, PMR dan SPM di sekitar Taman Molek, Johor Bahru, Pasir Gudang, Johor. Pelajar-pelajar yang mengulang subjek Matematik SPM, untuk kertas Matematik SPM ulangan Julai 2012 (paper July). Sekiranya anda bermasalah untuk mendapatkan individu yang boleh mengajar anda, anda boleh mendapatkan tutor home tution (tuisyen di rumah anda). Tutor mempunyai pengalaman lebih 11 tahun dalam bidang tuisyen di rumah dan di sekolah. Tutor memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Matematik, Sains dan Komputer. Sila hubungi kami di Home Tuiton Johor Bahru (HP): NO. TELEFON

Friday, March 11, 2011

Kelas Tuisyen Utusan

KELAS Tuisyen Utusan mendapat sokongan padu daripada Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) yang menyediakan guru-guru pakar dalam merangka soalan-soalan bagi setiap mata pelajaran.

Presidennya, Abd. Rahman Daud berkata, kelas tuisyen tersebut merupakan salah satu program khidmat masyarakat kesatuan berkenaan dalam membantu mempertingkatkan kecemerlangan pelajar di seluruh negara.

``Kita mengorak langkah meluaskan perkhidmatan mereka, jika dahulu kesatuan lebih memfokuskan tuntutan kebajikan dan perjawatan guru tetapi kali ini kita meluaskan khidmat kepada kebajikan pelajar,'' katanya.

Malah langkah itu katanya, turut bertujuan membantu dasar Kementerian Pelajaran merapatkan jurang digital dalam kalangan pelajar terutama pelajar luar bandar dan bandar.

``Kita tidak mengharapkan sebarang imbuhan atau keuntungan daripada program yang dijalankan.''

``Tetapi yang penting ialah memastikan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dibekalkan oleh kementerian di sekolah seluruh negara dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga sekolah dan kita menyumbang melalui pelaksanaan kelas tuisyen ini,'' katanya.

Menurut beliau, majlis jawatankuasa agung kesatuan itu telah bersetuju bekerjasama bagi melaksanakan program berkenaan melalui suatu mesyuarat baru-baru ini.

KGMMB kini mempunyai 25,000 ahli dan kini sasaran untuk meluaskan keahlian sehingga 100,000 guru dijangka akan tercapai tidak lama lagi.

Beliau berharap ibu bapa dan guru lebih memikirkan tentang faedah jangka panjang yang akan diperoleh oleh para pelajar melalui penyertaan dalam kelas tuisyen itu.

``Jangan fikir tentang kos kerana apa yang kita buat ini memang berpatutan iaitu ibu bapa hanya perlu membayar RM5 sebulan bagi satu mata pelajaran berbanding RM60 untuk empat mata pelajaran sebulan,'' katanya.

Beliau yakin pelajar luar bandar akan mendapat manfaat yang sama seperti pelajar bandar melalui penggunaan ICT dalam pembelajaran.

``Ini kerana kemudahan ICT yang ada di luar bandar seperti Info Desa, pusat kafe siber di sekolah-sekolah dapat digunakan sepenuhnya melalui perisian kelas tuisyen ini,'' katanya.

Malah, selain ibu bapa dan guru boleh memantau perkembangan pembelajaran pelajar secara atas talian, para pelajar juga dilatih dengan sikap kendiri dalam mengulangkaji pelajaran.

Dalam membantu para pelajar, KGMMB akan menyediakan guru siber dan fasilitator sepanjang kelas tuisyen untuk menjelaskan modul yang disediakan secara berperingkat-peringkat.

Kelas Tuisyen Utusan merupakan kerjasama Unit Pendidikan Utusan dengan Perbima Corporation Sdn Bhd (Perbima) bersama-sama Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa Nasional (PIBGN), Kumpulan Math Clinic (Math Clinic) dan Human Resources Academy (HRA).

Ia memperkenalkan kaedah latih tubi sistematik yang dikenali sebagai A Kelas Kakaktua untuk para pelajar sekolah rendah dan Tutor Kakaktua untuk pelajar sekolah menengah.

Kaedah tersebut akan mengintegrasikan penggunaan sisipan Pendidikan Utusan Malaysia iaitu A-Kelas untuk calon-calon peperiksaan UPSR dan Tutor untuk calon-calon PMR dan SPM dengan berkesan melalui latih tubi sistematik menerusi tuisyen dalam talian Kakaktua.com.

Kaedah pengintegrasian ke arah meningkatkan kecemerlangan para pelajar itu akan direalisasikan menerusi siri program Kelas Tuisyen Utusan yang akan dilancarkan di seluruh negara.

Pelajar dikenakan yuran langganan sebanyak RM 300.00 bagi menyertai program tersebut di mana setiap pelajar yang berdaftar akan mendapat faedah seperti berikut:

Kursus motivasi dan strategi pembelajaran secara berkesan di bawah pimpinan guru pakar selama dua hari termasuk makan minum dan buku panduan belajar.

Mereka turut memperoleh keahlian Kakaktua.com selama 12 bulan meliputi semua subjek teras, e-mel bagi membolehkan pelajar menggunakan khidmat Guru Siber, peperiksaan percubaan secara atas talian dan latih tubi secara sistematik selama 24 jam dan di mana sahaja yang ada akses internet.

Akses kepada e-Report Card yang akan membolehkan pelajar, ibubapa dan guru memantau prestasi mereka dan mengatasi kelemahan yang dikenal pasti dan menjadi ahli Kelab Kakaktua.com

Mereka turut menerima langganan akhbar Utusan Malaysia yang mengandungi sisipan A-Kelas dan Tutor selama 2 bulan secara percuma.

Berpeluang memenangi 10 hadiah menarik (komputer, pencetak dan streamyx) melalui Tokoh Bestari A Kelas/Tutor/KakakTua yang akan diadakan setiap 3 bulan.

Diskaun RM15.00 sebulan diberi untuk program Tuisyen Math Clinic Pakej e-Tuisyen di Keramat Business Centre dan sijil penyertaan Tutor Kakaktua.com dan Sijil Kelab Kakaktua.com

Penyertaan secara kumpulan (bilangan minimum 100 pelajar) di peringkat sekolah atau melalui agensi juga akan mendapat langganan Utusan Malaysia yang mengandungi sisipan A-Kelas atau Tutor secara percuma selama setahun untuk bacaan pelajar di Pusat Sumber Sekolah atau perpustakaan agensi.

Pelajar boleh memilih mana-mana program yang akan diadakan setiap Jumaat dan Sabtu (bagi Kelantan, Terengganu dan Kedah) atau Sabtu dan Ahad (bagi lain-lain negeri) setiap bulan mulai minggu ke empat bulan Februari 2006.

No comments:

Post a Comment

ruangan di bawah ini untuk kegunaan pengurusan blog ini sahaja

Add to Technorati Favorites Free SEO Tools
Search Engine Optimization and SEO Tools Search Engine Submission - AddMe

Blog Submission Blog Site List
Promote Your Blog
Blog Community & Blogs Directory
Blog List Blog Widgets Alessandra

Glossary of Terms:
(1) Tuition - Tutelage, the act of tutoring or teaching a student (pupil); Fees paid for instruction (especially for higher education). In Malaysia, tuition is more popularly used to denote tutoring rather than fee. Common Malaysian misspellings: Tiution, Tution. *(BM): Tuisyen, Tiusyen, Tusyen, Tuisen, Tiusen, Tuisyan, Tiusyan, Tusyan. | (2) Home Tuition - Tutoring that takes place at students' or tutors' home as opposed to at tuition centers; Also: Home Tutoring, Private Tuition, Private Tutoring. *(BM): Tuisyen Di Rumah, Tuisyen Swasta. | (3) Personal Tuition - Tutoring on the basis of one tutor catering to one student. Also: Personal Tutoring, Individual Tuition, Individual Tutoring, One-to-one Tuition, 1-to-1 Tutoring, One-to-one Tutoring, 1-to-1 Tuition. *(BM): Tuisyen Peribadi, Tuisyen Persendirian, Tuisyen Perseorangan, Tuisyen Individu. | (4) Group Tuition - Tutoring on the basis of one tutor catering to several (small number, but more than one) students. Also: Small Group Tuition, Small Class Tuition, Group Tutoring, Small Group Tutoring, Small Class Tutoring. *(BM): Tuisyen Berkumpulan, Tuisyen Kumpulan Kecil, Tuisyen Kelas Kecil. | (5) Tutors - Tuition Teachers, persons who conduct tuition. In Malaysia, teacher is more popularly used to denote a school teacher whereas tutor usually means a non-school teacher. Also: Tiutors, Tuitors. *(BM): Guru Sekolah, Cikgu Sekolah, Pengajar Tuisyen, Guru Tuisyen, Cikgu Tuisyen. | (6) Home Tutors - Tutors who provide home tuition as opposed to those who teach at tuition centres. Also: Private Tutors, Personal Tutors, Individual Tutors, One-to-one Tutors, 1-to-1 Tutors, Group Tutors, Small Group Tutors, Private Teachers, Personal Teachers, Individual Teachers, One-to-one Teachers, 1-to-1 Teachers, Group Teachers, Small Group Teachers, Private Tuition Teachers, Personal Tuition Teachers, Individual Tuition Teachers, One-to-one Tuition Teachers, 1-to-1 Tuition Teachers, Group Tuition Teachers, Small Group Tuition Teachers. *(BM): Pengajar Di Rumah, Pengajar Swasta, Pengajar Peribadi, Pengajar Persendirian, Pengajar Perseorangan, Guru Di Rumah, Guru Swasta, Guru Peribadi, Guru Persendirian, Guru Perseorangan, Cikgu Di Rumah, Cikgu Swasta, Cikgu Peribadi, Cikgu Persendirian, Cikgu Perseorangan. | (7) Tuition Center - Private institution that conduct tuition on classroom-like settings. Also: Tuition Centres, Tutorial Centers, Tutorial Centres, Tuition Classes, Tutorial Classes, Tutoring Classes. *(BM): Pusat Tuisyen, Pusat Bimbingan, Pusat Tutorial, Kelas Tuisyen. | (8) Home Tuition Jobs - Home tuition vacancies; Posts to be filled by home tutors. Also: Private Tuition Jobs, Home Tutoring Jobs, Private Tutoring Jobs, Home Tuition Assignments, Private Tuition Assignments, Home Tutoring Assignments, Private Tutoring Assignments, Private Tuition Vacancies, Home Tutoring Vacancies, Private Tutoring Vacancies. *(BM): Jawatan Kosong Tuisyen, Pekerjaan Tuisyen, Kerja Tuisyen, Tugasan Tuisyen. | (9) Home Tutees - Home tuition students; Pupils receiving home tuition from home tutors. *(BM): Pelajar Tuisyen, Murid Tuisyen, Penuntut Tuisyen. | *(BM) denotes terms in Bahasa Melayu or Malay Language.