Selamat Datang!

Tuisyen Matematik dan Matematik Tambahan ini terbuka untuk para pelajar darjah 1-6, tingkatan 1-3, tingkatan 4-5, yang sedang mengambil subjek UASA, PT3, UPSR, PMR dan SPM di sekitar Taman Molek, Johor Bahru, Pasir Gudang, Johor. Pelajar-pelajar yang mengulang subjek Matematik SPM, untuk kertas Matematik SPM ulangan Julai 2012 (paper July). Sekiranya anda bermasalah untuk mendapatkan individu yang boleh mengajar anda, anda boleh mendapatkan tutor home tution (tuisyen di rumah anda). Tutor mempunyai pengalaman lebih 11 tahun dalam bidang tuisyen di rumah dan di sekolah. Tutor memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Matematik, Sains dan Komputer. Sila hubungi kami di Home Tuiton Johor Bahru (HP): NO. TELEFON (kosong satu dua - tujuh lima tiga, dua lima tujuh tiga)

Wednesday, September 7, 2011

Elemen - Karya Matematik dan Geometri

 Elemen (Greek: Στοιχεῖα Stoicheia) ialah karya matematik dan geometri yang terdiri daripada 13 buku yang ditulis oleh ahli matematik Greek, Euclid di Iskandariah, Mesir pada 300 SM. Ia merupakan satu koleksi definisi, postulat (aksiom), proposisi (teorem) dan pembinaan, dan bukti matematik untuk proposisi. Kesemua 13 buku menerangkan geometri Euclid dan teori nombor yang asas versi Yunani purba. Selain karya Autolycus Tentang Sfera Bergerak (On the Moving Sphere), Elemen merupakan salah satu karya tertua Matematik Greek yang masih wujud[1] dan ia juga karya yang tertua menggunakan deduktif aksiom dalam matematik. Elemen telah memberi sumbangan yang sangat besar dalam pembangunan logik dan sains moden.

Elemen dianggap sebagai buku yang paling berjaya[2][3] dan berpengaruh[4] pernah ditulis. Dengan versi modennya pertama kali dicetak di Venice pada 1482, ia merupakan antara karya matematik yang terawal dicetak selepas penciptaan mesin cetak dan dianggarkan oleh Carl Benjamin Boyer berada di tempat kedua selepas Injil berdasarkan jumlah edisi yang diterbitkan,[4] iaitu melebihi seribu edisi.[5] Selama beberapa ratus tahun, apabila kuadrivium dimasukkan ke dalam kurikulum universiti, pengetahuan tentang sekurang-kurangnya sebahagian dari Elemen diwajibkan ke atas semua pelajar. Sehingga kurun ke-20, isinya telah diajar secara universal melalui buku teks sekolah, dan ia dianggap sebagai sesuatu yang dibaca oleh semua orang terpelajar.

Elemen masih dianggap karya agung yang mengaplikasi logik dalam matematik. Dalam konteks sejarah, ia telah terbukti memberi pengaruh yang sangat besar dalam pelbagai bidang sains. Saintis seperti Nicolaus Copernicus, Johannes Kepler, Galileo Galilei, dan Isaac Newton kesemuanya dipengaruhi oleh Elemen, dan mengaplikasikan pengetahuan tentangnya ke dalam hasil kerja mereka. Ahli matematik dan ahli falsafah, seperti Bertrand Russell, Alfred North Whitehead, dan Baruch Spinoza, telah mencuba untuk membuat "Elemen" asas mereka sendiri untuk disiplin-disiplin mereka, dengan mengguna pakai struktur deduktif yang diaksiomkan yang diperkenalkan oleh Euclid.

Keindahan sederhana geometri Euclid telah dilihat dalam budaya barat sebagai bayangan satu sistem kesempurnaan dan kepastian yang unik. Abraham Lincoln menyimpan satu salinan Elemen di dalam beg pelananya, dan mengkajinya pada lewat malam; kononnya beliau pernah berkata kepada dirinya sendiri, "Anda tidak akan dapat menjadi Peguam jika anda tidak memahami apa yang mendemonstrasikan cara-cara; dan aku tinggalkan situasi di Springfield, pulang ke rumah bapaku, dan kekal di situ sehingga aku mampu memberi sebarang proposisi dalam enam buku Euclid".[6] Albert Einstein merujuk kepada satu salinan Elemen dan satu kompas magnetik sebagai dua hadiah yang memberi pengaruh besar kepadanya ketika zaman kanak-kanak, dan beliau menganggap Elemen sebagai "buku geometri kecil yang suci".[7]

Kejayaan Elemen adalah terutamanya kerana persembahan yang logik untuk kebanyakan ilmu matematik yang diketahui Euclid. Walaupun kebanyakan bahan adalah bukan asli dari beliau, kebanyakan bukti adalah hasil penemuannya sendiri. Pembangunan subjeknya yang sistematik, dari set aksiom yang kecil sehingga keputusan yang mendalam, dan pendekatan Eucllid yang konsisten, menggalakkan penggunaan Elemen sebagai buku teks matematik selama 2000 tahun. Elemen masih mempengaruhi kebanyakan buku geometri moden dan pendekatan aksiomatik yang logik dan bukti yang rapi masih menjadi batu asas utama kepada bidang matematik.

Buku I hingga IV membincangkan geometri satah:

    Buku I

    Mengandungi 10 aksiom Euclid (5 postulat dinamakan-termasuk postulat selari-dan 5 aksiom dinamakan) dan proposisi asas geometri: Pons asinorum (proposisi 5), Teorem Pythagoras (Proposisi 47), kesamaan sudut dan luas, keselarian, jumlah sudut dalam satu segi tiga, dan tiga kes di mana segi tiga-segi tiga adalah "sama" (memiliki luas yang sama).

    Buku II

    Juga digelar "Buku algebra geometri" kerana kebanyakan proposisinya adalah interpretasi geometri untuk identiti algebra seperti a(b + c + ...) = ab + ac + ... atau (2a + b)2 + b2 = 2(a2 + (a + b)2).

    Buku III

    Membincangkan bulatan dan sifat-sifatnya: sudut terterap dalam, tangen, kuasa titik, Teorem Thales.

    Buku IV

    Membina bulatan dalam dan bulatan lilit untuk segi tiga, dan membina poligon biasa dengan 4, 5, 6 dan 15 sisi.

Buku V hingga X memperkenalkan nisbah dan perkadaran:

    Buku V

    Ialah satu karya tentang perkadaran magnitud. Proposisi 25 memiliki kes istimewa ketaksamaan cara aritmetik dan geometri.

    Buku VI

    Mengaplikasi perkadaran ke dalam geometri

    Buku VII

    Khusus membincangkan teori nombor yang asas: kebolehbahagian, nombor perdana, algoritma Euclid untuk mencari pembahagi sepunya terbesar dan gandaan sepunya terkecil. Proposisi 30 dan 32 umumnya sama dengan teorem asas aritmetik yang menyatakan setiap integer positif boleh ditulis sebagai hasil darab nombor perdana dalam cara yang unik, walaupun Euclid sendiri mungkin mengalami kesukaran menyatakannnya dalam bentuk moden, kerana beliau tidak menggunakan hasil darab yang lebih dari 3 nombor.

    Buku VIII

    Membincangkan perkadaran dalam teori nombor dan urutan geometri

    Buku IX

    Mengaplikasi keputusan dari dua buku terdahulu dan memberi had nombor perdana (proposisi 20), hasil tambah siri geometri (proposisi 35), dan pembinaan nombor sempurna genap (proposisi 36).

    Buku X

    Cuba mengklasifikasi magnitud tak selaras (dalam istilah moden, tak nisbah) dengan menggunakan kaedah "habisan", pendahulu kepada kamiran.

Buku XI hingga XIII membincangkan geometri ruang:

    Buku XI

    Mengitlak (mengamkan) keputusan dari Buku I–VI kepada ruang: keserenjangan, keselarian, isi padu untuk paralelepiped.

    Buku XII

    Mengkaji isi padu kon, piramid, dan silinder secara terperinci, contohnya dengan menunjukkan isi padu satu kon adalah satu pertiga isi padu untuk silinder yang sepadan . Ia membuat kesimpulan dengan menunjukkan isi padu satu sfera ialah berkadaran dengan kuasa tiga radiusnya dengan menyamakannya dengan gabungan banyak piramid.

    Buku XIII

    Membina lima pepejal platonik biasa yang terterap dalam satu sfera, mengira nisbah tepiannya sehingga radius sfera, dan membuktikan yang tiada lagi pepejal biasa yang seterusnya.


Home Tuition Tuisyen Di Rumah Tuisyen Peribadi Tutor Matematik Pasir Gudang Johor Bahru

No comments:

Post a Comment

ruangan di bawah ini untuk kegunaan pengurusan blog ini sahaja

Free SEO Tools
Search Engine Optimization and SEO Tools Search Engine Submission - AddMe

Blog Site List
Promote Your Blog
Blog Community & Blogs Directory
Blog List Blog Widgets Alessandra

Glossary of Terms:
(1) Tuition - Tutelage, the act of tutoring or teaching a student (pupil); Fees paid for instruction (especially for higher education). In Malaysia, tuition is more popularly used to denote tutoring rather than fee. Common Malaysian misspellings: Tiution, Tution. *(BM): Tuisyen, Tiusyen, Tusyen, Tuisen, Tiusen, Tuisyan, Tiusyan, Tusyan. | (2) Home Tuition - Tutoring that takes place at students' or tutors' home as opposed to at tuition centers; Also: Home Tutoring, Private Tuition, Private Tutoring. *(BM): Tuisyen Di Rumah, Tuisyen Swasta. | (3) Personal Tuition - Tutoring on the basis of one tutor catering to one student. Also: Personal Tutoring, Individual Tuition, Individual Tutoring, One-to-one Tuition, 1-to-1 Tutoring, One-to-one Tutoring, 1-to-1 Tuition. *(BM): Tuisyen Peribadi, Tuisyen Persendirian, Tuisyen Perseorangan, Tuisyen Individu. | (4) Group Tuition - Tutoring on the basis of one tutor catering to several (small number, but more than one) students. Also: Small Group Tuition, Small Class Tuition, Group Tutoring, Small Group Tutoring, Small Class Tutoring. *(BM): Tuisyen Berkumpulan, Tuisyen Kumpulan Kecil, Tuisyen Kelas Kecil. | (5) Tutors - Tuition Teachers, persons who conduct tuition. In Malaysia, teacher is more popularly used to denote a school teacher whereas tutor usually means a non-school teacher. Also: Tiutors, Tuitors. *(BM): Guru Sekolah, Cikgu Sekolah, Pengajar Tuisyen, Guru Tuisyen, Cikgu Tuisyen. | (6) Home Tutors - Tutors who provide home tuition as opposed to those who teach at tuition centres. Also: Private Tutors, Personal Tutors, Individual Tutors, One-to-one Tutors, 1-to-1 Tutors, Group Tutors, Small Group Tutors, Private Teachers, Personal Teachers, Individual Teachers, One-to-one Teachers, 1-to-1 Teachers, Group Teachers, Small Group Teachers, Private Tuition Teachers, Personal Tuition Teachers, Individual Tuition Teachers, One-to-one Tuition Teachers, 1-to-1 Tuition Teachers, Group Tuition Teachers, Small Group Tuition Teachers. *(BM): Pengajar Di Rumah, Pengajar Swasta, Pengajar Peribadi, Pengajar Persendirian, Pengajar Perseorangan, Guru Di Rumah, Guru Swasta, Guru Peribadi, Guru Persendirian, Guru Perseorangan, Cikgu Di Rumah, Cikgu Swasta, Cikgu Peribadi, Cikgu Persendirian, Cikgu Perseorangan. | (7) Tuition Center - Private institution that conduct tuition on classroom-like settings. Also: Tuition Centres, Tutorial Centers, Tutorial Centres, Tuition Classes, Tutorial Classes, Tutoring Classes. *(BM): Pusat Tuisyen, Pusat Bimbingan, Pusat Tutorial, Kelas Tuisyen. | (8) Home Tuition Jobs - Home tuition vacancies; Posts to be filled by home tutors. Also: Private Tuition Jobs, Home Tutoring Jobs, Private Tutoring Jobs, Home Tuition Assignments, Private Tuition Assignments, Home Tutoring Assignments, Private Tutoring Assignments, Private Tuition Vacancies, Home Tutoring Vacancies, Private Tutoring Vacancies. *(BM): Jawatan Kosong Tuisyen, Pekerjaan Tuisyen, Kerja Tuisyen, Tugasan Tuisyen. | (9) Home Tutees - Home tuition students; Pupils receiving home tuition from home tutors. *(BM): Pelajar Tuisyen, Murid Tuisyen, Penuntut Tuisyen. | *(BM) denotes terms in Bahasa Melayu or Malay Language.