RAMAI pelajar beranggapan bahawa matematik merupakan subjek yang susah dan melibatkan terlalu banyak pengiraan.
Bagi membetulkan persepsi itu, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak yang berstatus Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) menganjurkan Program Pemurnian Matematik untuk Murid-murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Melawati di Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini.
Guru Kanan Sains dan Matematik SBP Integrasi Gombak, Fazilah Ibrahim berkata, program selama tiga minggu berturut-turut itu bertujuan merangsang dan menyemai minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik.
“Tidak ramai murid yang meminati subjek Matematik kerana pada anggapan mereka matematik adalah subjek yang sukar difahami dan banyak melibatkan pengiraan.
“Dengan adanya program ini, diharapkan persepsi positif murid terhadap Matematik dapat dirangsang dan dibentuk,” ujarnya
Selain memberi pendedahan kepada murid-murid tahun 4 tentang keseronokan belajar matematik, program ini turut memberi idea kepada mereka tentang hala tuju selepas tamat sekolah rendah.
Program disertai 30 murid yang dipilih khas berdasarkan pencapaian yang sederhana dalam mata pelajaran Matematik dan dibimbing oleh empat guru bersama enam orang fasilitator dari SBP Integrasi Gombak.
Bagi Guru Besar SK Taman Melawati, Rohaya Abu Samah, program jalinan kerjasama ini amat dialu-alukan kerana ia boleh mewujudkan perkongsian idea untuk menggalakkan murid meminati matematik.
”Melalui program ini, kami dapat mempelajari kaedah-kaedah yang menarik untuk menjalankan aktiviti Matematik dalam kelas,” katanya.
Murid yang menyertai program ini teruja dengan pelabagai aktiviti yang diadakan seperti pembentukan kumpulan dan logo Matematik, permainan stesyen Matematik, melagukan sifir Matematik, kuiz Matematik spontan dan sukaneka penyelesaian Matematik.
Sementara itu, Penyelaras Program, Durasni Abdullah memberitahu, program ini akan diteruskan pada tahun hadapan dengan mensasarkan murid-murid yang sama dan pencapaian Matematik mereka dalam setiap kali peperiksaan dicatatkan untuk dibuat perbandingan yang akan memberi petunjuk prestasi keberkesanan program.
“Kami akan teruskan program ini sehingga 30 orang murid tahun 4 ini menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun 2013. Sasaran kami ialah semua murid ini mendapat A dalam subjek Matematik UPSR 2013.
”Pada tahun hadapan, program akan diadakan di SBP Integrasi Gombak supaya murid-murid ini dapat merasai suasana di SBP,” katanya.
Secara tidak langsung, jelasnya, ia akan dapat meningkatkan motivasi mereka untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan UPSR dan seterusnya berjaya menempatkan diri ke sekolah-sekolah elit di seluruh negara.
Sumber: Tutor.Com

No comments:
Post a Comment