Selamat Datang!

Tuisyen Matematik dan Matematik Tambahan ini terbuka untuk para pelajar darjah 1-6, tingkatan 1-3, tingkatan 4-5, yang sedang mengambil subjek UPSR, PMR dan SPM di sekitar Taman Molek, Johor Bahru, Pasir Gudang, Johor. Pelajar-pelajar yang mengulang subjek Matematik SPM, untuk kertas Matematik SPM ulangan Julai 2012 (paper July). Sekiranya anda bermasalah untuk mendapatkan individu yang boleh mengajar anda, anda boleh mendapatkan tutor home tution (tuisyen di rumah anda). Tutor mempunyai pengalaman lebih 11 tahun dalam bidang tuisyen di rumah dan di sekolah. Tutor memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Matematik, Sains dan Komputer. Sila hubungi kami di Home Tuiton Johor Bahru (HP): NO. TELEFON

Friday, March 20, 2009

Perancangan Kurikulum - Strategi Penyelesaian Masalah

Perancangan Kurikulum - Strategi Penyelesaian Masalah Dalam Mencapai Objektif Pelajar Menguasai Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira

Perdebatan yang melibatkan reka bentuk kurikulum bermula dengan Laporan Razak (1956) yang mencari jalan untuk memansuhkan perbezaan dalam kurikulum sekolah-sekolah Melayu, Cina, Tamil, dan Inggeris sambil mengekalkan bahasa pengantar masing-masing. Jawatankuasa Sukatan Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1956 untuk merumuskan sukatan pelajaran yang sesuai dan juga untuk mengesyorkan jumlah masa pelajaran bagi setiap mata pelajaran. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pendidikan dan juga menyentuh tentang aspek kurikulum bagi memastikan bahawa ia memenuhi tuntutan bagi keperluan tenaga rakyat dalam pembinaan ekonomi, sambil memenuhi tuntutan untuk melahirkan masyarakat bersepadu dan berdisiplin selaras dengan pembinaan sifat-sifat kemanusiaan (Mohd Daud, 1994: 100).

Kursus pengajian dan pakej elektif yang ditawarkan di peringkat sekolah rendah adalah berdasarkan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang mula dilaksanakan di seluruh negara pada tahun 1983. KBSR ini dibentuk berasaskan kepada Laporan Razak (1956), Ordinan Pelajaran (1957), Laporan Rahman Talib (1960), Akta Pelajaran (1961) dan Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979). Pendidikan peringkat rendah menekankan perkembangan menyeluruh dalam bidang intelek, rohani, dan jasmani. Hal ini membolahkan pelajar memperoleh pengetahuan dan menguasai kemahiran melalui pengalaman secara langsung. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus melibatkan pelajar secara aktif bagi membolehkan pelajar mengemukakan idea dan perasaan, menyelesaikan masalah, bertukar-tukar pendapat serta dapat berfikir secara kreatif dan kritis.

Perakuan 2(a) Laporan Jawatankuasa Kabinet mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran dalam Laporan (1979) menyatakan, "Kementerian Pelajaran mengambil langkah-langkah tertentu supaya pendidikan di peringkat rendah bercorak pendidikan asas dengan memberikan penegasan kepada pendidikan dalam membaca, menulis, dan mengira (3M)". KBSR dibentuk berdasarkan perakuan 57 (a) Laporan Jawatankuasa Kabinet iaitu kurikulum sekolah rendah hendaklah dirancang bagi membolehkan pelajar mencapai kemahiran dalam tiga asas iaitu bidang komunikasi, bidang manusia dan alam sekitar dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat, dan kemampuan mental serta kesediaan pelajar (Laporan Jawatankuasa Kabinet,1979).

Terdapat tiga komponen dalam KBSR. Pertama, komponen komunikasi iaitu kemahiran asas (membaca, menulis, dan mengira), bahasa, dan matematik. Kedua, manusia dan alam sekitar terdiri daripada kerohanian, nilai dan sikap, kemanusiaan dan alam sekitar, pendidikan agama Islam, pendidikan moral dan alam dan manusia. Ketiga, perkembangan diri individu yang terdiri daripada kesenian dan rekreasi, muzik, pendidikan seni dan pendidikan jasmani, dan kesihatan.



OBJEKTIF KURIKULUM
(Komponen Komunikasi)
  1. Semua murid dapat menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira).
  2. Kecacatan Sifar (Zero Defect).

Masalah-masalah yang mungkin timbul dalam usaha untuk mencapai objektif di atas ialah:
  1. Murid mempunyai kebolehan yang berbeza kerana latar belakang yang berlainan dan tidak menguasai kemahiran asas.
  2. Pengetahuan mereka terhad.
  3. Murid kurang bertutur Bahasa Inggeris.
  4. Murid lemah dalam kemahiran asas Matematik.
  5. Murid lemah dalam penulisan Bahasa Melayu.
  6. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran baru - Sains dan Kajian Tempatan.
  7. Sebilangan murid yang masih tidak boleh menguasai 3M.
  8. Murid lemah dalam kemahiran asas Matematik.

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH DALAM PERLAKSANAAN KURIKULUM

Kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan berlandaskan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang bertitik tolak daripada Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan. Namun demikian, adalah menjadi suatu kesilapan sekiranya kita mempunyai kehendak-kehendak kurikulum yang baik tetapi tidak mampu dilaksanakan dengan jayanya dan bertentangan dengan objektif sebenar. Menyentuh kepada sejauhmanakah kehendak-kehendak kurikulum kebangsaan dapat dilaksanakan disekolah agak sukar untuk diukur. Selalunya pengukuran tahap sejauhmana kurikulum sekolah boleh dinilai dari segi objektif, skop, mutu pegawai terlibat (khususnya guru), kebolehan para pelajar, kepentingan setiap mata pelajaran, pencapaian objektif dan sebagainya (Ee Ah Meng,2003).

Secara amnya, penyeliaan dan perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu melibatkan program utama yang merupakan proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, program sokongan dan juga program sampingan ( Abdullah Sani, 2005: 146-172). Dalam program akademik utama, penyeliaan dan pengajaran-pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada dua bidang utama iaitu bidang organisasi dan bidang pengajaran dan pembelajaran. Terdapat lima aspek yang dinilai dalam bidang organisasi iaitu melalui penilaian prestasi, peranan panitia mata pelajaran, iklim kelas, penyeliaan latihan dalam pengajaran serta profil murid. Manakala bidang pengajaran dan pembelajaran mencakupi pengajaran dan pembelajaran, penyampaian isi pelajaran, persediaan bahan pengajaran dan penggunaanya, akhir pelajaran dan teknik soal jawab.

Penilaian prestasi dilaksanakan bagi menentukan sejauhmana objektif-objektif pelajaran telah dicapai, dengan kata lain sejauhmanakah pelajar telah memahami pelajaran dan mampu mengaplikasikannya dalam situasi baru. Dalam situasi ini, guru boleh menjalankan sesi kuiz yang ringkas untuk menentukan aras kefahaman mereka. Dalam kelas KBSR, penilaian dijalankan pada tiga peringkat iaitu penilaian serta merta, penilaian kemajuan dan penilaian pencapaian (Ee Ah Meng, 2003:148). Biasanya, setiap sekolah mempunyai Jawatankuasa Penilaian dan Peperiksaan yang bertujuan untuk menyelaras Perlaksanaan Penilaian Kendalian Sekolah (PKSM) yang bertanggungjawab dalam merancang, mentadbir, melapor dan mengambil tindakan susulan dengan segala hal yang berkaitan dengan penilaian prestasi.

Untuk memantapkan lagi sistem perlaksanaan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah, panitia mata pelajaran juga ditubuhkan. Mesyuarat dan perkembangan ikhtisas panitia diadakan sekurang-kurangnya diadakan empat kali setahun dan mereka bertanggungjawab dalam memperoleh sukatan pelajaran baru yang telah dikemas kini untuk kegunaan ahli-ahli panitia, memilih dan mencadangkan buku rujukan dan bahan bacaan tambahan untuk para guru, menyelaras soalan-soalan ujian, mengkaji dan menyelaras keputusan peperiksaan pelajar dan sebagainya. Penentu perlaksanaan kurikulum seterusnya ialah iklim kelas kerana ia banyak mempengaruhi kesungguhan guru dan pelajar mejalankan tanggungjawab masing-masing. Penyeliaan Latihan Dalam Pengajaran juga dilaksanakan terutamanya pemeriksaan dan penyemakan kerja-kerja bertulis perlu dilakukan sama ada penolong kanan, guru kanan mata pelajaran dan penyelaras tingkatan. Biodata dan maklumat lengkap murid juga perlu diambil kira bagi memudahkan perlaksanaan pengurusan organisasi sekolah.

Dalam program akademik utama, penyeliaan dan pengajaran-pembelajaran, terdapat satu bidang lagi yang terkandung selain bidang organisasi iaitu pengajaran dan pembelajaran. Selalunya perlaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru dan keberkesanan perlaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan rapi dan sistematis bagi mempertingkatkan mutu pengajaran guru dalam bilik darjah supaya pendidikan yang diberi dapat membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek. (Ibrahim Mamat, 2001:184) Penyampaian isi pelajaran oleh guru juga mesti berpandukan perancangan yang telah dibuat dan menepati langkah-langkah pengajaran dari awal hingga penutup. Di samping itu, alat bantu mengajar juga perlu disediakan dan apabila tamat pengajaran perlulah dibuat rumusan. Selain itu, teknik soal jawab diadakan bagi mewujudkan situasi yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan guru.

Program sokongan merangkumi Program Kecemerlangan Akademik yang bertujuan untuk mempertingkatkan motivasi intrinsik dan ekstrinsik bagi mempertingkatkan kecemerlangan sekolah. Selain itu terdapat Program SALC untuk SPM, Program Ulang Kaji Kendiri dan Program Tunas Cemerlang.

Manakala program sampingan meliputi Program Pengurusan Pelajar, Program Membaca dan NILAM, Program Celik Komputer, Pameran dan Pertandingan serta Jawatankuasa Kurikulum Sekolah yang akan diulas dengan lebih lanjut lagi mengenai tanggungjawab dan fungsi jawatan ini dalam melaksanakan kehendak-kehendak kurikulum di sekolah.


MASALAH 1
Murid mempunyai kebolehan yang berbeza kerana latar belakang yang berlainan dan tidak menguasai kemahiran asas:

STRATEGI
  1. Penyediaan perancangan mengikut sukatan pelajaran
  2. Kelas khas pemulihan oleh Guru Pemulihan
  3. Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga dengan tujuan meningkatkan prestasi murid-murid
AKTIVITI
Aktiviti 5P dititikberatkan
Aktiviti kumpulan mengikut kecerdasan murid

SASARAN
  1. Murid yang lemah pencapaiannya
  2. Bilangan murid yang kurang membaca

MASALAH 2
Pengetahuan mereka terhad.

STRATEGI
  1. Memberi kesedaran tentang faedah banyak membaca
  2. Program membaca
  3. Membawa murid ke perpustakaan
  4. Galakkan meminjam buku

AKTIVITI
  1. Aktiviti / latihan membaca
  2. Pertandingan membaca terbanyak
  3. Pertandingan bercerita apa yang dibaca

SASARAN
Semua murid


MASALAH 3
Murid kurang bertutur Bahasa Inggeris.

STRATEGI
  1. Galakkan murid bertutur Bahasa Inggeris seberapa kerap
  2. Galakkan murid meminjam buku Inggeris

AKTIVITI
  1. Aktiviti bercerita dan membaca puisi
  2. Pertandingan lakonan, bercerita dan membaca puisi / prosa
  3. Adakan program Bahasa Inggeris

SASARAN
Semua murid


MASALAH 4
Murid lemah dalam kemahiran asas Matematik.

STRATEGI
  1. Mengadakan ujian diagnostik
  2. Tumpuan lebih kepada yang belum menguasai

AKTIVITI
  1. Latih tubi
  2. Memperbanyakkan kaedah pengajaran
  3. Banyakkan kerja rumah

SASARAN
Semua murid


MASALAH 5
Murid lemah dalam penulisan Bahasa Melayu.

STRATEGI
Mempertingkatkan program memberi dan menulis karangan

AKTIVITI
  1. Latihan yang banyak
  2. Teknik menulis dengan baik dititikberatkan
  3. Banyak membaca contoh karangan

SASARAN
Semua murid


MASALAH 6
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran baru - Sains dan Kajian Tempatan.

STRATEGI
  1. Memperkenal-kan mata pelajaran ini
  2. Memasukkan nilai STRUM dan patrotisma dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah
  3. Mencapai Kecemerlangan dalam UPSR (Sains)

AKTIVITI
  1. Kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut sukatan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
  2. Latihan amali dalam Sains diberi keutamaan
  3. Mempertingkatkan penggunaan Taman Sumber Sains
  4. Latihan menjawab soalan-soalan Sains UPSR Murid Tahap 2

SASARAN
Murid Tahap 2


MASALAH 7
Sebilangan murid yang masih tidak boleh menguasai 3M.

STRATEGI
  1. Penyediaan perancangan pengajaran mengikut keupayaan murid
  2. Mengesan murid yang lemah 3M sebelum ke Tahap 2, sebelum berakhir Tahun 5 dan selepas UPSR

AKTIVITI
Aktiviti pemulihan dijalankan oleh Guru pemulihan

SASARAN
Murid kelas pemulihan


MASALAH 8
Murid lemah dalam kemahiran asas Matematik.

STRATEGI
  1. Mengadakan Ujian Pra dan Diagnostik
  2. Tumpuan kepada murid lemah

AKTIVITI
  1. Latih tubi
  2. Mempelbagai-kan kaedah pengajaran dan pembelajaran
  3. Banyakkan kerja rumah
  4. Menghafal dan mencongak fakta asas

SASARAN
Semua murid

No comments:

Post a Comment

ruangan di bawah ini untuk kegunaan pengurusan blog ini sahaja

Add to Technorati Favorites Free SEO Tools
Search Engine Optimization and SEO Tools Search Engine Submission - AddMe

Blog Submission Blog Site List
Promote Your Blog
Blog Community & Blogs Directory
Blog List Blog Widgets Alessandra

Glossary of Terms:
(1) Tuition - Tutelage, the act of tutoring or teaching a student (pupil); Fees paid for instruction (especially for higher education). In Malaysia, tuition is more popularly used to denote tutoring rather than fee. Common Malaysian misspellings: Tiution, Tution. *(BM): Tuisyen, Tiusyen, Tusyen, Tuisen, Tiusen, Tuisyan, Tiusyan, Tusyan. | (2) Home Tuition - Tutoring that takes place at students' or tutors' home as opposed to at tuition centers; Also: Home Tutoring, Private Tuition, Private Tutoring. *(BM): Tuisyen Di Rumah, Tuisyen Swasta. | (3) Personal Tuition - Tutoring on the basis of one tutor catering to one student. Also: Personal Tutoring, Individual Tuition, Individual Tutoring, One-to-one Tuition, 1-to-1 Tutoring, One-to-one Tutoring, 1-to-1 Tuition. *(BM): Tuisyen Peribadi, Tuisyen Persendirian, Tuisyen Perseorangan, Tuisyen Individu. | (4) Group Tuition - Tutoring on the basis of one tutor catering to several (small number, but more than one) students. Also: Small Group Tuition, Small Class Tuition, Group Tutoring, Small Group Tutoring, Small Class Tutoring. *(BM): Tuisyen Berkumpulan, Tuisyen Kumpulan Kecil, Tuisyen Kelas Kecil. | (5) Tutors - Tuition Teachers, persons who conduct tuition. In Malaysia, teacher is more popularly used to denote a school teacher whereas tutor usually means a non-school teacher. Also: Tiutors, Tuitors. *(BM): Guru Sekolah, Cikgu Sekolah, Pengajar Tuisyen, Guru Tuisyen, Cikgu Tuisyen. | (6) Home Tutors - Tutors who provide home tuition as opposed to those who teach at tuition centres. Also: Private Tutors, Personal Tutors, Individual Tutors, One-to-one Tutors, 1-to-1 Tutors, Group Tutors, Small Group Tutors, Private Teachers, Personal Teachers, Individual Teachers, One-to-one Teachers, 1-to-1 Teachers, Group Teachers, Small Group Teachers, Private Tuition Teachers, Personal Tuition Teachers, Individual Tuition Teachers, One-to-one Tuition Teachers, 1-to-1 Tuition Teachers, Group Tuition Teachers, Small Group Tuition Teachers. *(BM): Pengajar Di Rumah, Pengajar Swasta, Pengajar Peribadi, Pengajar Persendirian, Pengajar Perseorangan, Guru Di Rumah, Guru Swasta, Guru Peribadi, Guru Persendirian, Guru Perseorangan, Cikgu Di Rumah, Cikgu Swasta, Cikgu Peribadi, Cikgu Persendirian, Cikgu Perseorangan. | (7) Tuition Center - Private institution that conduct tuition on classroom-like settings. Also: Tuition Centres, Tutorial Centers, Tutorial Centres, Tuition Classes, Tutorial Classes, Tutoring Classes. *(BM): Pusat Tuisyen, Pusat Bimbingan, Pusat Tutorial, Kelas Tuisyen. | (8) Home Tuition Jobs - Home tuition vacancies; Posts to be filled by home tutors. Also: Private Tuition Jobs, Home Tutoring Jobs, Private Tutoring Jobs, Home Tuition Assignments, Private Tuition Assignments, Home Tutoring Assignments, Private Tutoring Assignments, Private Tuition Vacancies, Home Tutoring Vacancies, Private Tutoring Vacancies. *(BM): Jawatan Kosong Tuisyen, Pekerjaan Tuisyen, Kerja Tuisyen, Tugasan Tuisyen. | (9) Home Tutees - Home tuition students; Pupils receiving home tuition from home tutors. *(BM): Pelajar Tuisyen, Murid Tuisyen, Penuntut Tuisyen. | *(BM) denotes terms in Bahasa Melayu or Malay Language.