Anak ambil UPSR, ibu bapa yang gelisah
ARKIB UTUSAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR 21 Sept. - Debaran menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini turut dirasai oleh ibu bapa yang mengharapkan anak mereka dapat melakukan yang terbaik dalam peperiksaan itu.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur mendapati ramai ibu bapa yang menunggu anak- anak di sekolah termasuk mengadakan bacaan Yasin agar anak mereka dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik.
Seorang ibu di Sekolah Kebangsaan Taman Muda, Ampang, Liza Husin, 33, berkata, dia turut berasa risau dengan peperiksaan tersebut, lebih-lebih lagi anak sulungnya yang akan mengambil UPSR.
"Rasa seperti saya pula yang hendak menjawab UPSR.
"Saya lihat dalam tiga hari sebelum peperiksaan, anak saya telah menumpukan sepenuh perhatian bagi membuat persiapan terakhir,'' katanya ketika ditemui di sekolah tersebut hari ini.
Seorang lagi ibu kepada seorang calon UPSR di sekolah yang sama, Rosina Ahmad, 48, berkata, walaupun anak keduanya yang menduduki peperiksaan itu, perasaan gementar tetap ada padanya.
"Perasaan gementar saya melebihi daripada anak yang menduduki UPSR.
"Saya harap dan mendoakan agar anak dapat menjawab UPSR dengan baik dan cemerlang," ujarnya.
Sementara itu, guru sekolah tersebut, Hazlina Siwok, 43, berkata, perasaannya bercampur baur menjelang UPSR tahun ini.
"Saya doakan murid-murid dapat menjawab dengan betul selepas membuat persediaan sebelum ini termasuk mengikuti gerak gempur, motivasi dan sebagainya,'' ujarnya.
Rakannya, Nor Rosidah Muhamad, 43, berkata, sebagai Setiausaha UPSR bagi SK Taman Muda yang menguruskan pendaftaran calon-calon, dia begitu kenal dengan mereka.
"Saya sangat prihatin kepada mereka dan tidur tidak lena dalam minggu peperiksaan ini.
"Harapan saya agar semuanya berjalan dengan lancar dalam tiga hari ini," katanya.
Sekolah itu juga mengadakan bacaan Yasin selepas pelajar memasuki tempat peperiksaan dan mendoakan agar murid-murid dapat menjawab UPSR dengan cemerlang yang dihadiri lebih 20 orang terdiri daripada ibu bapa dan guru.
Bagi calon UPSR, Tan Jit Lloyd, 12, dia berasa yakin untuk menjawab peperiksaan dengan baik namun tetap berasa gementar juga.
"Saya rasa UPSR ini mencabar. Saya harap dapat mencapai sasaran memperoleh 5A dalam peperiksaan ini," ujarnya.
Seorang lagi calon UPSR, Zatul Haziqah Mohd. Khoiril, 12, dia juga berharap dapat memperoleh keputusan cemerlang iaitu 5A.
"Saya akan buat yang terbaik dan menjawab seperti peperiksaan biasa bagi menghilangkan perasaan takut," katanya.

No comments:
Post a Comment