Selamat Datang!

Tuisyen Matematik dan Matematik Tambahan ini terbuka untuk para pelajar darjah 1-6, tingkatan 1-3, tingkatan 4-5, yang sedang mengambil subjek UASA, PT3, UPSR, PMR dan SPM di sekitar Taman Molek, Johor Bahru, Pasir Gudang, Johor. Pelajar-pelajar yang mengulang subjek Matematik SPM, untuk kertas Matematik SPM ulangan Julai 2012 (paper July). Sekiranya anda bermasalah untuk mendapatkan individu yang boleh mengajar anda, anda boleh mendapatkan tutor home tution (tuisyen di rumah anda). Tutor mempunyai pengalaman lebih 11 tahun dalam bidang tuisyen di rumah dan di sekolah. Tutor memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Matematik, Sains dan Komputer. Sila hubungi kami di Home Tuiton Johor Bahru (HP): NO. TELEFON (kosong satu dua - tujuh lima tiga, dua lima tujuh tiga)

Tuesday, November 30, 2010

TEKNIK BERKESAN MENULIS KARANGAN

PEDAGOGI BAHASA MELAYU: TEKNIK BERKESAN MENULIS KARANGAN

Oleh:
Musa bin Sulaiman
Pensyarah Cemerlang
Jabatan Pengajian Melayu
Maktab Perguruan Kuala Terengganu
21030 Batu Rakit, Kuala Terengganu

Sinopsis
Esei ringkas ini memaparkan teknik berkesan menulis karangan dan saranan-saranan kepada para pelajar dan pendidik tentang langkah-langkah yang perlu diambil kira semasa menulis karangan sama ada semasa menjawab soalan peperiksaan semester atau peperiksaan tahunan. Permulaan esei ini membincangkan tanggapan pelajar mengenai karangan, fungsi sebuah karangan dan ramuan-ramuan penting yang perlu ada di dalam karangan .Pengarang juga menjelaskan kepada pelajar mengenai jenis-jenis karangan yang berbagai bentuk dan syarat-syarat penulisan karangan yang baik.Ringkasnya ramuan penting sebuah karangan yang baik itu termasuklah penghujahan yang logik, gaya yang baik , keaslian bahasa dan reka ciptanya yang menarik.. Langkah-langkah awal menulis karangan juga diselitkan pengarang contohnya bagaimana mencipta rangka karangan, mencari idea termasuk perhubungan fikiran ( association of ideas), sudut perbincangan, kemahiran berfikir, peta minda, paragraf , penutup dan contohnya.

1.0 Pengenalan:
Ramai pelajar merasakan bahawa menulis karangan bukanlah satu tugasan yang sukar kerana mereka mula didedahkan dengan latihan menulis karangan sejak dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Di dalam peperiksaan pula, karangan merupakan satu bahagian terpenting dan wajib dijawab oleh semua calon. Namun begitu, masih ramai lagi pelajar, biar di tingkatan enam sekalipun, yang mempunyai anggapan salah terhadap karang mengarang. Setengah calon menganggap menulis karangan sebagai satu kerja mudah dan setengahnya pula merasakan menulis karangan semacam “ kesenian yang memerlukan ilham dan daya cipta luar biasa.” Ada juga pelajar beranggapan bahawa menulis karangan itu, “ satu penulisan permainan kata-kata indah semata-mata.”

Anggapan di atas walaupun ada kebenarannya tetapi adalah anggapan berat sebelah yang menyebabkan penuntut merasa bosan dan takut terhadap karang mengarang kerana mereka merasakan karang mengarang itu kerja sia-sia atau kerja yang memerlukan bakat yang begitu tinggi. Ini adalah anggapan salah yang perlu diperbetulkan segera.

1.1 Karangan adalah alat komunikasi:
Memang benar karangan itu kadang-kadang berupa permainan kata-kata indah, dengan tujuan memberi hiburan kepada si pengarang sendiri atau kepada pembaca secara amnya. Ada juga karangan yang lebih mengutamakan nilai kesenian seperti sastera kreatif, tetapi karang mengarang sama seperti pertuturan atau percakapan, satu cara berkomunikasi atau perhubungan. Kita berkomunikasi kerana kita hendak berhubung dengan orang lain bagi mencapai sesuatu hajat atau tujuan. Melalui percakapan , kita menyampaikan sesuatu maklumat atau mesej ( message ) kepada orang yang dilawan bercakap itu. Demikian jualah dengan mengarang, iaitu kita cuba berhubung dengan orang lain, dengan tujuan untuk menyampaikan maklumat atau mesej kepada pembaca karangan itu.

1.2 Dari segi tujuan atau fungsi , karang mengarang sama seperti pertuturan atau percakapan. Harus diingat bahawa, orang yang fasih bertutur belum tentu pandai menulis karangan. Ini kerana ada perbezaan di antara pertuturan sehari-hari dan ucapan tanpa mengikut teks tertulis dengan karangan. Ini kerana:

· Perbezaan medium – pertuturan atau percakapan adalah komunikasi lisan, sedangkan karangan adalah komunikasi secara tulisan.
· Di dalam komunikasi lisan , mesti ada penerima ( receiver ) dan si penyampai ( transmitter ) berhadapan secara terus menerus dengan si penerima. Dengan lain perkataan si penyampai berdialog secara langsung dengan si penerima tertentu. Dengan itu, si penyampai dapat mengetahui reaksi ( feedback ) dari pihak penerima secara serta merta, sehingga ia dapat memberi penjelasan dan membuat penyesuaian dan pindaan jika dianggap perlu bagi komunikasi yang berkesan, tetapi tidak demikian halnya dengan karangan kerana karangan komunikasi bertulis. Tidak ada hubungan langsung di antara pihak penyampai dan pihak penerima, malah si penyampai tidak dapat meramalkan siapakah yang akan menjadi audiennya dan tidak tahu pula apakah reaksi dari pihak penerima dengan serta merta. Oleh itu ia terpaksa membuat jangkaan tentang reaksi dari pihak penerima dengan serta merta semasa ia mengarang.

§ Oleh itu, gaya bahasa di dalam karangan ia bersifat formal, teratur tepat, jelas dan padat daripada gaya bahasa pertuturan.

2.1 Jenis-jenis Karangan
Telah diterangkan di atas tadi, karang-mengarang merupakan satu proses penyampaian maklumat atau mesej. Maklumat itu mungkin berupa:

§ Cerita – yang mengisahkan sesuatu peristiwa yang benar-benar berlaku atau pun cerita rekaan.
§ Sebuah gambaran – mengenai sesuatu hal, benda, tempat dan sebagainya ( sama ada dari kenyataan mahupun dari imaginasi).
§ Sebuah penerangan atau perbahasan mengenai sesuatu topik, persoalan, pendapat atau pandangan .
§ Jenis cerita ( narrative )- misalnya Kisah hidup Perdana Menteri Malaysia, Peristiwa pahit yang tidak dapat dilupakan dan sebagainya.
§ Jenis gambaran ( description) - misalnya Suasana sunyi di dalam sebuah gua, Pemandangan indah di Taman Negara dan sebagainya.
§ Jenis penerangan ( exposition) - Kaedah pengajaran bahasa kedua, Bagaimana menggunakan makmal bahasa, Sebutan baku perlu diamalkan dan sebagainya.
§ Jenis perbincangan ( reflective - argumentative ) misalnya Hak asasi manusia, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu tidak memainkan peranan yang begitu berkesan dalam dunia sekarang. “Yang kaya menjadi semakin kaya, yang miskin menjadi lebih miskin.” dan sebagainya.
§ Jenis peribahasa dan kata-kata hikmat
§ Jenis ucapan, syarahan dan ceramah
§ Bentuk laporan
§ Surat kiriman

3.0 Syarat-syarat karangan yang baik:
· Kejelasan dan ketepatan:
Isi-isi atau hujah dalam karangan hendaklah disampaikan dengan cukup jelas dan tepat supaya tidak menimbulkan sebarang salah faham atau kekeliruan. Untuk menjaga kejelasan dan ketepatan karangan, perkara-perkara berikut mustahak diingat sewaktu mengarangnya:
· Setiap istilah atau konsep yang dipakai itu hendaklah cukup tepat dan betul, tidak mengelirukan. Istilah-istilah yang mempunyai lebih dari satu makna hendaklah diberi definisinya supaya tidak disalah- ertikan oleh pembaca.
· Isi-isi atau hujah-hujah yang hendak dikemukakan itu hendaklah disusun dengan baik misalnya mengikut urutan masa, urutan tempat, urutan kepentingannya, urutan kerumitan dan sebagainya. Penerangannya janganlah melompat-lompat, berputar belit sehingga kelam kabut perbincangan itu.
· Isi-isi atau hujah hendaklah saling berkaitan antara satu sama lain sehingga merupakan satu “ keseluruhan” ( unity ) , dan bukannya merupakan sekumpulan isi-isi atau hujah-hujah yang terpisah-pisah.
· Setiap isi atau hujah yang dimasukkan itu hendaklah dapat memberi keterangan-keterangan atau sokongan kepada pokok perbincangan( tema) karangan yang berkenaan . isi-isi yang menyeleweng hendaklah dielakkan.

Penghujahan yang logik
· Jagalah pertalian logis ( coherence ) di antara isi-isi atau hujah-hujah supaya tidak bertentangan antara satu sama lain. Kesalahan-kesalahan logik seperti ketidakcocokan ( incompatibility ), penghujahan berlingkar-lingkar ( circular argument ) dan sebagainya hendaklah dielakkan.

· Gaya yang baik:
Apa yang dimaksudkan dengan gaya itu termasuklah cara susunan isi-isi , kelincinan jalan bahasa, pemerengganan ( paragraphing) , kejelasan tulisan dan sebagainya. Bahasa yang digunakan itu hendaklah tepat, jelas, ringkas, padat dan bernas. Ini bererti pemilihan kata-kata mestilah dilakukan dengan seteliti yang boleh dan betul tatabahasanya. Perlu diingatkan bahawa , “ gaya bahasa yang baik “ tidak semestinya bererti karangan itu penuh dengan apa yang dikatakan ‘ bunga-bunga bahasa “ – terutama sekali bunga-bunga bahasa yang tidak digunakan lagi ( usang ) , lapuk dan kosong tidak bererti langsung. Bunga bahasa boleh dimasukkan pada tempat-tempat yang sesuai, pastikan juga bunga-bunga bahasa tidak terasa dibuat-buat ( iaitu mestilah natural ) dan dapat memberi sumbangan kepada penerangan tema karangan itu.

* Keaslian:
Keaslian kedua-dua isi, bentuk atau bahasa adalah penting. Keaslian isi bererti karangan itu mengandungi idea-idea atau fikiran-fikiran segar, pengamatan dan pemahaman tajam serta mendalam (deep insight) lagi kaya dengan unsur-unsur “ wit “ dan “ homour “ , sehingga karangan itu menarik atau sekurang-kurangnya tidak membosankan. Keaslian bentuk atau bahasa pula bererti karangan itu bebas dari ungkapan-ungkapan yang sudah lapuk ( cliché ) . Keaslian isi hanya boleh dicapai dengan memperkayakan lagi pengalaman hidup serta pengetahuan melalui berbagai-bagai bidang hidup dengan amalan banyak membaca. Keaslian bahasa hanya dapat dicapai melalui latihan menulis yang banyak ( praktikal ). Mempelajari bahasa bukan mempelajari teori-teori sahaja , tetapi teori dan praktikal. Perlu diingatkan bahawa, ketajaman pemikiran dan kemahiran bahasa adalah saling berkaitan rapat antara satu sama lain dan kedua-duanya berkaitan rapat pula dengan ilmu logik. Oleh itu mustahaklah para penuntut mempunyai asas-asas pengetahuan ilmu logik.

Dua buah buku Inggeris berikut berguna kepada mereka yang ingin mempelajari ilmu logik, iaitu buku:

¨ Monroe C. Beardsley, ( 1976 ) Writing with Reason , Logic for Composition, ( New Jersey : Prentice Hall )
¨ Robert H. Thouless, ( 1970 ) Straight and Crooked Thinking,

London: Pan Books Ltd

3.0 Cara Membuat Rangka Karangan:
Rangka karangan ialah skim atau rancangan isi-isi penting yang hendak dibincangkan dalam sesebuah karangan . Dalam perbincangan kita mengenai struktur karangan di atas tadi, sebenarnya telah kita menyentuh juga tentang rangka karangan. Perbezaan di antara struktur karangan dan rangka karangan ialah struktur karangan menunjukkan susunan kedua-dua isi penting dan butir-butir keterangannya, sedangkan rangka karangan hanya menunjukkan susunan isi-isi penting sahaja.

Membuat rangka karangan ialah perancangan isi-isi karangan, sebagaimana pentingnya pelan bagi sebuah bangunan. Demikianlah pentingnya rangka bagi sebuah karangan . Adalah mustahil dapat kita menghasilkan sebuah karangan yang baik tanpa membuat rangkanya terlebih dahulu. Oleh itu perlulah kita menguasai teknik-teknik membuat rangka karangan .

Membuat rangka karangan , sebenarnya merancang isi-isi penting karangan. Ia melibatkan dua langkah, iaitu:

· Mencari idea-idea yang hendak dibincangkan
· Mengatur atau menyusun idea-idea itu secara logik sehingga menjadi sebuah rangka karangan.


4.0 Cara-cara mencari idea:
Apabila menghadapi sesebuah tajuk karangan, kita sering terasa sukar mencari “ sesuatu “ yang hendak dibincangkan. Lebih sukar lagi kalau tajuk karangan itu merupakan tajuk perbincangan yang bersifat umum seperti : Sebaran Am, Pilihan raya, Perusahaan Pelancungan dan sebagainya.

Kekeringan idea boleh diatasi dengan memakai dua cara yang tersebut di bawah ini:
  • Perhubungan fikiran ( association of ideas )
ini bererti kita bermula dari satu idea berkenaan dengan tajuk karangan itu, ia kita terus menurun seberapa banyak mungkin , idea-idea lain yang berhubung dengan idea tadi, kemudian baharulah kita menyusun serta menggolongkan idea-idea itu menjadi sebuah rangka karangan seperti berikut:

Pangkal Idea: Sebaran Am
Surat khabar, majalah, radio, filem, televisyen, isi kandunganya, peranan yang dimainkannya dalam masyarakat moden, penyebaran ilmu pengetahuan yang lebih luas dan tepat, alat hiburan, alat pendidikan, kesan-kesan buruknya penyebaran unsur-unsur tidak sihat, sebagai jambatan antara kerajaan dan rakyat, alat sabotaj, kawalan perlukah?, kebebasan akhbar, akhbar asing dan tempatan mutunya….
( dan seterusnya ).

  • Berdasarkan idea di atas rangka karangan berikut disediakan :

Sebaran Am
a. Jenis-jenis sebaran am – surat khabar, majalah, radio, TV, filem……….
b. Peranan yang dimainkan oleh sebaran am dalam masyarakat moden- sebagai alat penyebaran pengetahuan, alat pendidikan, alat hiburan, alat perhubungan antara kerajaan dan rakyat, alat propaganda… )

c. Kesan-kesan buruk dari sebaran am.
-menyebarkan unsur-unsur kebudayaan liar, disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sebagai alat sabotaj politik, penyebar fitnah negatif dan lain-lain.

d. Kebebasan akhbar dan kawalan – kedua-duanya perlu.
Kebebesan mesti ada batasnya; kawalan mesti bersifat positif, iaitu untuk menjaga mutu sebaran am, tetapi tidak sampai menghalang kebebasan rakyat.

- begitulah seterusnya.
- Masa menyediakan rangka - 10 – 15 minit daripada keseluruhan masa peperiksaan. Masa keseluruhan peperiksaan: 3 jam (STPM) menulis karangan: 1 ½ jam begitu juga SPM - ( 90 minit - 15 minit ( rangka ) , tinggal masa untuk menulis karangan ialah 75 minit.

Penentuan sudut perbincangan:
Tajuk karangan boleh dibincangkan dari berbagai sudut. Contohnya topik Sebaran Am di atas boleh dibincangkan dari segi jenisnya, peranannya, baik buruknya, pandangan orang terhadapnya dan lain-lain lagi. Penentuan sudut perbincangan memudahkan kita mencari sesuatu yang hendak dibincangkan. Apabila mendapat sesuatu tajuk karangan pelajar harus menentukan dari sudut apakah harus ia membicarakannya . Sudut – sudut yang penting diingat adalah seperti berikut:

i. Asal usul dan perkembangan perkara yang hendak dibincangkan
ii Kedudukan perkara itu sekarang – meningkat, menurun/teruk? Mana buktinya, ke arah mana perkara itu berkembang?
iii Hubungan perkara itu dengan kehidupan manusia. Pentingkah perkara itu kerpada manusia? Apakah peranan yang dimainkannya?

iv. Baik buruknya perkara itu?

a. Jenis-jenis perkara itu – contohnya jenis dadah, kenderaan, senjata, sebaran am dan sebagainya.
b. Pandangan dan layanan orang terhadap perkara itu (misalnya pandangan pro dan kontra, sambutan baik dan bantahan )

Penulis boleh menulis semua aspek di atas atau dua tiga aspek yang dikira penting dewasa itu. Kalau sebaran am sekarang ini boleh dibincangkan tentang penggunaan internet, fax, telex, komputer, TV dan sebagainya.


Bilangan sudut yang hendak disentuh itu biarlah bersesuaian dengan panjang karangan yang diarahkan.
  • Latihan kemahiran berfikir dan peta minda juga boleh digunakan di dalam membuat rangka karangan bergantung kepada kemahiran calon itu sendiri.

4.1 Pengenalan atau Pembukaan karangan:

  • Ia merupakan perenggan permulaan digunakan untuk memperkenalkan tajuk itu secara khusus. Setiap karangan mesti mempunyai pengenalan ini dan ia hendaklah ringkas dan padat.
  • Pengenalan itu merupakan beberapa ayat yang dapat merangkumi apa yang hendak anda sampaikan dalam karangan itu. Ia mungkin berupa definisi tajuk tersebut, perkara yang hendak anda sampaikan, atau suatu pendapat umum berkaitan dengan tajuk itu.
  • Pengenalan itu hendaklah menggambarkan kematangan fikiran dan kefahaman anda tentang tajuk tersebut.
  • Anda hendaklah menulis pengenalan yang dapat menarik perhatian pemeriksa dan sesuai dengan jenis karangan yang akan anda tulis.

4.2 Paragraf ( Perenggan karangan)
  • Satu isi penting yang dibincangkan , elok ditulis dalam satu paragraf.
  • Banyaknya paragraf bergantung kepada banyaknya isi yang ada menurut kepentinganya.
  • Isi yang paling penting diletakkan di dalam paragraf yang pertama dan yang kurang penting di paragraf yang akhir sekali

4.3 Penutup Karangan:
  • Setiap karangan perlu mempunyai penutup atau kesimpulan mengenai segala yang telah anda perkatakan atau merupakan kata putus terhadap pendapat yang telah anda kemukakan
  • Anda perlu berhati-hati apabilamenulis perenggan penutup kerana ia membayangkan dengan jelas tentang sikap dan pandangan anda terhadap tajuk itu. Oleh itu penutup karangan hendaklah membawa kepada satu kesimpulan yang lembut tetapi berkesan.
  • Di dalam bahagian ini anda perlu ingat supaya jangan mengulang isi-isi atau sebahagian daripada isi-isi yang telah anda kemukakan dahulu.

Contoh: Perkembangan Perpustakaan di Malaysia.
Perkembangan perpustakaan di Malaysia amat jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan perkembangan perpustakaan di negara-negara Barat. Jika pengguna-pengguna perpustakaan masih juga berkurangan, selama itu perkembangan perpustakaan di negara kita tidak pesat. Walau bagaimanapun, perpustakaan tetap menjadi simbol untuk meneroka ilmu pengetahuan.

5.0 Menyemak Karangan:
Peringkat ini juga amat penting daripada peringkat yang terdahulu. Oleh kerana anda menulis karangan di dalam waktu yang terhad, sudah tentu terdapat banyak kesilapan yang perlu diperbetulkan.
  • Semak karangan secara keseluruhannya, dari awal hingga akhir dan membaiki sebarang kesilapan sama ada dari segi tata bahasa, perbendaharaan kata dan ejaan
  • Dengan cara sedemikian anda dapat mempersembahkan sebuah karangan yang memuaskan dan merupakan hasil kebolehan anda yang maksimum.
  • Ingat, setiap kesalahan yang ditonjolkan akan dipotong markah seperti ejaan, ayat-ayat tatabahasa, format, urutan isi atau terkeluar terus dari tajuk yang dikemukakan.

Catatan: Esei ini telah diujicuba oleh pihak pengarang di beberapa buah sekolah menengah di Setiu dan Kemaman, Terengganu di dalam beberapa seminar menjawab peperiksaan STPM dan SPM tahun lalu dan hasilnya sungguh memuaskan.

Bahan-bahan Rujukan:
  • Ab. Rahman Ab. Rashid , ( 1997 ), Pengajian Melayu I , Selangor : Siri Pendidikan Longman
  • Asmah Haji Omar, ( 1978 ) Mengarang , Membaca , Membina, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
  • John Arul Phillips, (1997) Pengajaran Kemahiran Berfikir, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
  • Kamarudin Haji Husin, ( 1988 ), Pedagogi Bahasa, Selangor ; Longman Snd. Bhd.
  • (1994 ) KBSM dan Strategi Pengajaran Bahasa, Edisi Baru, Siri Pendidikan Perguruan, Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Snd.Bhd.
  • ( 1989 ) Pedagogi Bahasa, Siri Pendidikan Longmans, Selangor, Longmans Snd. Bhd.
  • Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd Dain, (1980), Kaedah dan Teknik Mengajar Bahasa Melayu: Dengan rujukan khusus kepada pengajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Pustaka Ilmu.
  • Sheikh Othman bin Sheikh Salim, ( 1989 ), Kamus Dewan, (Edisi Baru ), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Ramlah Razali, ( 1982 ), Kursus Lengkap Peperiksaan Bahasa Melayu, Petaling Jaya: Pustaka Delta Pelajaran Snd. Bhd.
  • Tham Ah Mok, Sharidah Sharif, ( 1978 ) Bahasa Malaysia STPM, Selangor: Longman Snd. Bhd.
  • Buku Kerja Bimbingan Bahasa Melayu, ( 1993 ) Selangor: Pan Earth Snd. Bhd.
  • Contoh Jawapan Bahasa Melayu, ( 1975 ) Singapura; Omar Brothers Publications
  • Pakej Pengajaran dan Pembelajaran Teknologi Maklumat, Dip. Perguruan Malaysia ( 1999 ) Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Teknologi Pendidikan, Maktab Perguruan Kuala Terengganu.
  • Siri Buku Kerja Bahasa Malaysia Intensif, ( 1984 ) Petaling Jaya : Supreme Publications

No comments:

Post a Comment

ruangan di bawah ini untuk kegunaan pengurusan blog ini sahaja

Free SEO Tools
Search Engine Optimization and SEO Tools Search Engine Submission - AddMe

Blog Site List
Promote Your Blog
Blog Community & Blogs Directory
Blog List Blog Widgets Alessandra

Glossary of Terms:
(1) Tuition - Tutelage, the act of tutoring or teaching a student (pupil); Fees paid for instruction (especially for higher education). In Malaysia, tuition is more popularly used to denote tutoring rather than fee. Common Malaysian misspellings: Tiution, Tution. *(BM): Tuisyen, Tiusyen, Tusyen, Tuisen, Tiusen, Tuisyan, Tiusyan, Tusyan. | (2) Home Tuition - Tutoring that takes place at students' or tutors' home as opposed to at tuition centers; Also: Home Tutoring, Private Tuition, Private Tutoring. *(BM): Tuisyen Di Rumah, Tuisyen Swasta. | (3) Personal Tuition - Tutoring on the basis of one tutor catering to one student. Also: Personal Tutoring, Individual Tuition, Individual Tutoring, One-to-one Tuition, 1-to-1 Tutoring, One-to-one Tutoring, 1-to-1 Tuition. *(BM): Tuisyen Peribadi, Tuisyen Persendirian, Tuisyen Perseorangan, Tuisyen Individu. | (4) Group Tuition - Tutoring on the basis of one tutor catering to several (small number, but more than one) students. Also: Small Group Tuition, Small Class Tuition, Group Tutoring, Small Group Tutoring, Small Class Tutoring. *(BM): Tuisyen Berkumpulan, Tuisyen Kumpulan Kecil, Tuisyen Kelas Kecil. | (5) Tutors - Tuition Teachers, persons who conduct tuition. In Malaysia, teacher is more popularly used to denote a school teacher whereas tutor usually means a non-school teacher. Also: Tiutors, Tuitors. *(BM): Guru Sekolah, Cikgu Sekolah, Pengajar Tuisyen, Guru Tuisyen, Cikgu Tuisyen. | (6) Home Tutors - Tutors who provide home tuition as opposed to those who teach at tuition centres. Also: Private Tutors, Personal Tutors, Individual Tutors, One-to-one Tutors, 1-to-1 Tutors, Group Tutors, Small Group Tutors, Private Teachers, Personal Teachers, Individual Teachers, One-to-one Teachers, 1-to-1 Teachers, Group Teachers, Small Group Teachers, Private Tuition Teachers, Personal Tuition Teachers, Individual Tuition Teachers, One-to-one Tuition Teachers, 1-to-1 Tuition Teachers, Group Tuition Teachers, Small Group Tuition Teachers. *(BM): Pengajar Di Rumah, Pengajar Swasta, Pengajar Peribadi, Pengajar Persendirian, Pengajar Perseorangan, Guru Di Rumah, Guru Swasta, Guru Peribadi, Guru Persendirian, Guru Perseorangan, Cikgu Di Rumah, Cikgu Swasta, Cikgu Peribadi, Cikgu Persendirian, Cikgu Perseorangan. | (7) Tuition Center - Private institution that conduct tuition on classroom-like settings. Also: Tuition Centres, Tutorial Centers, Tutorial Centres, Tuition Classes, Tutorial Classes, Tutoring Classes. *(BM): Pusat Tuisyen, Pusat Bimbingan, Pusat Tutorial, Kelas Tuisyen. | (8) Home Tuition Jobs - Home tuition vacancies; Posts to be filled by home tutors. Also: Private Tuition Jobs, Home Tutoring Jobs, Private Tutoring Jobs, Home Tuition Assignments, Private Tuition Assignments, Home Tutoring Assignments, Private Tutoring Assignments, Private Tuition Vacancies, Home Tutoring Vacancies, Private Tutoring Vacancies. *(BM): Jawatan Kosong Tuisyen, Pekerjaan Tuisyen, Kerja Tuisyen, Tugasan Tuisyen. | (9) Home Tutees - Home tuition students; Pupils receiving home tuition from home tutors. *(BM): Pelajar Tuisyen, Murid Tuisyen, Penuntut Tuisyen. | *(BM) denotes terms in Bahasa Melayu or Malay Language.