Tanam Minat Terhadap Subjek Matematik
Untuk mempelajari Matematik, mesti ada minat. Jika tidak ada minat, perlu usaha pupuk minat. Bagaimana hendak usaha pupuk minat? Cubalah dengan cara berlakon. Cuba jangan berpisah dengan buku-buku latihan dan rujukan Matematik. Cakap Matematik, dengar Matematik, lawak Matematik dan sebagainya.
Rajin-rajinkan Diri Menghafal Sifir Matematik
Kalau tak hafal sifir, memang susah nak ajar Matematik. Umpama orang yang tidak menghafal panduan memandu kereta, tak hafal isyarat jalan, tak hafal kedudukan gear 1 di mana, gear Reverse di mana, brek di mana, pedal minyak di mana. Hancur! Hafallah sifir Matematik.
Latihan Matematik, Buat Ikut Kemampuan Diri
Latihan tambahan Matematik tidak semestinya sampai berpuluh-puluh soalan. Cubalah dahulu setakat yang terdaya. Untuk berlatih Matematik, pastikan ada kertas dan pen, dan kalkulator bagi soalan yang membenarkan penggunaan kalkulator. Latihan Matematik hendaklah dibuat, bukan sekadar dibaca atau dihafal. Ingat, Matematik bukan subjek hafal, tetapi subjek yang memerlukan kemahiran berfikir.
Latihan Matematik Melatih Disiplin Diri
Cuba perhatikan. Kebanyakan pelajar kelas pandai, pandai Matematik. Kebanyakan pelajar kelas pandai, boleh dikatakan hampir semua senang mengikut arahan dan siap kerja rumah. Matematik memerlukan disiplin, pengurusan masa dan bijak strategi. Faham konsep tidak bermaksud boleh dapat A dalam Matematik. Pengurusan masa adalah sangat penting. Walaupun pelajar sudah pandai Matematik, mesti cuba berlatih untuk meningkatkan kepantasan menjawab soalan Matematik tanpa ada kecuaian semasa menjawab!
No comments:
Post a Comment