Beza antara hafal dan faham konsep ilmu
Oleh Cikgu Amien - Tutor Tuisyen
Sebagai Guru Tuisyen Matematik Johor Bahru - Pasir Gudang, saya amat menekankan para pelajar saya supaya berfikir, menganalisis dan memahami konsep, bukan menghafal. Sekiranya ada pelajar yang begitu sukar mengubah tabiat menghafal konsep atau jalan kerja, maka biasanya saya akan mengambil langkah tegas menegurnya secara terus.
Rata-rata pelajar yang baru dihantar atau diamanahkan kepada saya untuk diajar dan diberi bimbingan tuisyen peribadi atau tuisyen di rumah menghadapi masalah sukar untuk membezakan antara menghafal dan memahami atau menghayati satu-satu konsep dalam ilmu. Melatih pelajar untuk berfikir memerlukan teknik. Apa lagi apabila seseorang pelajar itu sudah terbiasa selama bertahun-tahun untuk belajar secara menghafal.
Satu-satu kelemahan pelajar yang berorientasikan peperiksaan ialah mereka menghafal jalan kerja menjawab soalan peperiksaan dan bukannya menggunakan konsep ilmu untuk disesuaikan dengan masalah semasa. Hal ini menimbulkan golongan pelajar yang tidak mampu memiliki kebolehan untuk memahami isu-isu kemasyarakatan, sensitiviti budaya, agama dengan lebih berkesan.
Dalam kes ini saya mengamalkan teknik berbeza untuk membantu pelajar belajar menggunakan akal fikiran dalam menyelesaikan satu-satu masalah. Untuk mengubah tabiat pelajar yang suka menghafal ini kadangkala memerlukan ketegasan dan kegarangan pada tahap tertentu, bagi mematikan elemen berasaskan behaviourisme dalam pembelajaran.
Dengan mematikan tindak balas reflek otak semasa dalam mod pembelajaran, saya akan membantu pelajar menggantikan tabiat menghafal kepada tabiat berfikir. Ini adalah teknik yang didasarkan pada pengalaman mengajar pelajar selama bertahun-tahun.

Hafal punca pelajar tak kreatif berfikir
2011/08/27: ARKIB BERITA HARIAN
KETIKA Konvensyen Guru-Guru Muda 2011 baru-baru ini, Perdana Menteri ada menyatakan pelajar sekolah pada hari ini perlu dielakkan daripada belajar secara menghafal atau rote learning.
Golongan guru pula perlu memiliki kebolehan tinggi dalam soal adaptasi dan melakukan penambahbaikan dalam tugas supaya pelajar tidak menjadi bosan dalam proses pembelajaran lebih-lebih lagi dalam era globalisasi ini.
Sebagai ahli akademik, saya amat bersetuju dengan saranan Datuk Seri Najib Razak dan saya melihat belajar secara menghafal mendatangkan banyak kesan negatif kepada pelajar.
Belajar secara menghafal ini kebiasaannya sesuai dipraktikkan kepada kanak-kanak yang mindanya masih dalam proses perkembangan. Mereka menghafal tanpa memahami apa sebenar dihafalnya.
Lazimnya, kanak-kanak ini lebih ke hadapan berbanding rakan sebaya mereka yang tidak belajar langsung disebabkan maklumat yang disimpan dalam minda kesan daripada hafalan.
Bagaimanapun, cara ini tidak sesuai dipraktikkan di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Ia meminta pelajar mengingat sesuatu fakta secara berulangan.
Impaknya, pelajar malas berfikir dan tidak memahami apa sebenar dihafalnya. Sedangkan kebanyakan sukatan pelajaran begitu menekankan proses berfikir. Contohnya matlamat pelajaran Matematik umpamanya melahirkan pelajar berkebolehan berfikir secara matematik dan mampu mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
Justeru, apabila kaedah belajar secara hafalan ini terus diaplikasikan, sistem pendidikan pada hari ini akan terus melahirkan generasi pelajar tidak berpengetahuan.
Ada beberapa kajian lepas yang menunjukkan pelajar yang mengamalkan kaedah belajar secara hafalan menghadapi masalah pada peringkat universiti. Ini disebabkan segala maklumat yang dihafal pelajar disimpan dalam ruang ingatan jangka pendek dan tidak bertahan untuk jangka panjang.
Kaedah belajar secara menghafal juga membosankan pelajar kerana tidak diberi peluang meneroka sendiri konsep itu. kehadiran pelbagai teknologi pendidikan boleh digunakan dalam bilik darjah untuk mengelak belajar secara menghafal.
ABDUL HALIM ABDULLAH,
Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
No comments:
Post a Comment