Jenis-jenis Masalah dalam Ujian dan Peperiksaan Matematik
Hari ini, Guru Tuisyen Matematik - Mathematics Tuition Johor Bahru - Pasir Gudang, akan memperkenalkan jenis-jenis masalah dan permasalahan Matematik kepada para pelajar sekalian. Adalah amat penting bagi para pelajar sekalian mengetahui jenis-jenis masalah dalam Matematik. Jika para pelajar tidak tahu apa itu masalah Matematik, maka ini adalah satu bencana besar buat dunia pembelajaran Matematik anda.
Jenis-jenis masalah dalam matematik yang sering kita temui dalam peperiksaan ialah:
- Masalah yang menguji daya ingatan (laksanakan kaedah latih tubi)
- Masalah yang menguji kemahiran (latih-tubi)
- Masalah yang berkaitan penggunaan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
- Masalah yang berkaitan penggunaan kemahiran matematik bukan dalam kehidupan harian.
- Masalah yang memerlukan anda menggunakan teori tertentu untuk menyelesaikanya.
Masalah menguji daya ingatan dalam Matematik, masalah menguji kemahiran tertentu dalam Matematik dan masalah yang melibatkan kemahiran Matematik dalam kehidupan seharian adalah masalah yang biasa kita temui. Jalan penyelesaianya juga adalah tidak panjang. Tetapi untuk masalah berkaitan penggunaan kemahiran matematik bukan dalam kehidupan harian dan masalah yang memerlukan anda menggunakan teori tertentu untuk menyelesaikanya, jalan penyelesaiannya adalah panjang dan kadangkala kita memerlukan pelbagai kemahiran matematik untuk menyelesaikanya.
Tip-tip menyelesaikan masalah Matematik
Aplikasi 4 langkah Polya’s;
- Fahami masalah : Baca keseluruhan soalan dan kenalpasti masalah yang dikemukakan.
- Rancang penyelesaian masalah anda. Kenalpasti kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberi.
- Selesaikan masalah seperti yang dirancang.
- Lihat kembali adakah penyelesaian yang anda perolehi adalah munasabah. Dengan menggunakan kaedah yang sama, cuba selesaikan soalan yang lebih mudah yang anda pasti jawapanya.
Sesetengah masalah memerlukan anda menggunakan pelbagai strategi. Ada yang memerlukan kita melukis gambar, melakar gambarajah, membina jadual, membina senarai, memcipta formula, mengulang-ngulang jalan kerja dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment