Selamat Datang!

Tuisyen Matematik dan Matematik Tambahan ini terbuka untuk para pelajar darjah 1-6, tingkatan 1-3, tingkatan 4-5, yang sedang mengambil subjek UASA, PT3, UPSR, PMR dan SPM di sekitar Taman Molek, Johor Bahru, Pasir Gudang, Johor. Pelajar-pelajar yang mengulang subjek Matematik SPM, untuk kertas Matematik SPM ulangan Julai 2012 (paper July). Sekiranya anda bermasalah untuk mendapatkan individu yang boleh mengajar anda, anda boleh mendapatkan tutor home tution (tuisyen di rumah anda). Tutor mempunyai pengalaman lebih 11 tahun dalam bidang tuisyen di rumah dan di sekolah. Tutor memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Matematik, Sains dan Komputer. Sila hubungi kami di Home Tuiton Johor Bahru (HP): NO. TELEFON (kosong satu dua - tujuh lima tiga, dua lima tujuh tiga)
Showing posts with label BERITA. Show all posts
Showing posts with label BERITA. Show all posts

Saturday, December 29, 2012

DBP diminta pantau penggunaan bahasa ringkas

DBP diminta pantau penggunaan bahasa ringkas
Disediakan oleh Berita Harian

Kuala Lumpur: Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) memantau serta melaksanakan segera program Audit Bahasa Melayu bagi membendung penggunaan bahasa ringkas yang merosakkan keindahan bahasa kebangsaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, penggunaan bahasa ringkas seperti ejaan dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) semakin menular dan mula diguna pakai dalam aktiviti pembelajaran dan peperiksaan di institusi pendidikan.

Beliau berkata, ledakan teknologi digital hari ini membolehkan generasi muda mengakses maklumat di hujung jari dan fenomena penggunaan bahasa ringkas memberi kesan kepada generasi baru jika tidak dipantau.

“Saya juga harap rakyat dapat memupuk sikap cinta kepada bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dengan menggunakan bahasa yang betul setiap masa dalam urusan rasmi atau tidak,” katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011 di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pengarah DBP, Dr Awang Sariyan. 

Home Tuition Tuisyen Di Rumah Tuisyen Peribadi Tutor Matematik Pasir Gudang Johor Bahru

Thursday, September 1, 2011

Tuisyen Matematik Senang Johor Bahru

RAMAI pelajar beranggapan bahawa matematik merupakan subjek yang susah dan melibatkan terlalu banyak pengiraan.

Bagi membetulkan persepsi itu, Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Gombak yang berstatus Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) menganjurkan Program Pemurnian Matematik untuk Murid-murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Melawati di Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini.

Guru Kanan Sains dan Matematik SBP Integrasi Gombak, Fazilah Ibrahim berkata,  program selama tiga minggu berturut-turut itu bertujuan merangsang dan menyemai minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik.

“Tidak ramai murid yang meminati subjek Matematik kerana pada anggapan mereka matematik adalah subjek yang sukar difahami dan banyak melibatkan pengiraan.

“Dengan adanya program ini, diharapkan persepsi positif  murid terhadap Matematik dapat dirangsang dan dibentuk,” ujarnya

Selain memberi pendedahan kepada murid-murid tahun 4 tentang keseronokan belajar matematik, program ini turut memberi idea kepada mereka tentang hala tuju selepas tamat sekolah rendah.

Program disertai 30 murid yang dipilih khas berdasarkan pencapaian yang sederhana dalam mata pelajaran Matematik dan dibimbing oleh  empat  guru bersama enam orang fasilitator dari SBP Integrasi Gombak.

Bagi Guru Besar SK Taman Melawati, Rohaya Abu Samah, program jalinan kerjasama ini amat dialu-alukan kerana ia boleh mewujudkan perkongsian idea untuk menggalakkan murid meminati matematik.

”Melalui program ini, kami dapat mempelajari kaedah-kaedah yang menarik untuk  menjalankan aktiviti Matematik dalam kelas,” katanya.

Murid yang menyertai program ini teruja dengan pelabagai aktiviti yang diadakan seperti pembentukan kumpulan dan logo Matematik,  permainan  stesyen Matematik, melagukan sifir Matematik, kuiz Matematik spontan dan  sukaneka penyelesaian Matematik.

Sementara itu,  Penyelaras Program, Durasni Abdullah memberitahu, program ini akan diteruskan pada tahun hadapan dengan mensasarkan murid-murid yang sama dan pencapaian  Matematik mereka dalam  setiap kali peperiksaan dicatatkan untuk dibuat perbandingan yang akan memberi petunjuk prestasi  keberkesanan program.

“Kami akan teruskan program ini sehingga 30 orang murid  tahun 4 ini menghadapi peperiksaan UPSR pada tahun 2013. Sasaran kami ialah semua murid  ini mendapat A dalam subjek Matematik UPSR 2013.

”Pada  tahun hadapan, program akan diadakan di SBP Integrasi Gombak supaya murid-murid ini dapat merasai suasana di SBP,” katanya.

Secara tidak langsung, jelasnya, ia akan  dapat meningkatkan motivasi mereka untuk mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan UPSR dan seterusnya berjaya menempatkan diri ke sekolah-sekolah elit di seluruh negara.

Sumber: Tutor.Com

Monday, September 27, 2010

PETIKAN BERITA: Anak ambil UPSR, ibu bapa yang gelisah

Anak ambil UPSR, ibu bapa yang gelisah
ARKIB UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Debaran menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini turut dirasai oleh ibu bapa yang mengharapkan anak mereka dapat melakukan yang terbaik dalam peperiksaan itu.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekolah-sekolah sekitar Kuala Lumpur mendapati ramai ibu bapa yang menunggu anak- anak di sekolah termasuk mengadakan bacaan Yasin agar anak mereka dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik.

Seorang ibu di Sekolah Kebangsaan Taman Muda, Ampang, Liza Husin, 33, berkata, dia turut berasa risau dengan peperiksaan tersebut, lebih-lebih lagi anak sulungnya yang akan mengambil UPSR.

"Rasa seperti saya pula yang hendak menjawab UPSR.

"Saya lihat dalam tiga hari sebelum peperiksaan, anak saya telah menumpukan sepenuh perhatian bagi membuat persiapan terakhir,'' katanya ketika ditemui di sekolah tersebut hari ini.

Seorang lagi ibu kepada seorang calon UPSR di sekolah yang sama, Rosina Ahmad, 48, berkata, walaupun anak keduanya yang menduduki peperiksaan itu, perasaan gementar tetap ada padanya.

"Perasaan gementar saya melebihi daripada anak yang menduduki UPSR.

"Saya harap dan mendoakan agar anak dapat menjawab UPSR dengan baik dan cemerlang," ujarnya.

Sementara itu, guru sekolah tersebut, Hazlina Siwok, 43, berkata, perasaannya bercampur baur menjelang UPSR tahun ini.

"Saya doakan murid-murid dapat menjawab dengan betul selepas membuat persediaan sebelum ini termasuk mengikuti gerak gempur, motivasi dan sebagainya,'' ujarnya.

Rakannya, Nor Rosidah Muhamad, 43, berkata, sebagai Setiausaha UPSR bagi SK Taman Muda yang menguruskan pendaftaran calon-calon, dia begitu kenal dengan mereka.

"Saya sangat prihatin kepada mereka dan tidur tidak lena dalam minggu peperiksaan ini.

"Harapan saya agar semuanya berjalan dengan lancar dalam tiga hari ini," katanya.

Sekolah itu juga mengadakan bacaan Yasin selepas pelajar memasuki tempat peperiksaan dan mendoakan agar murid-murid dapat menjawab UPSR dengan cemerlang yang dihadiri lebih 20 orang terdiri daripada ibu bapa dan guru.

Bagi calon UPSR, Tan Jit Lloyd, 12, dia berasa yakin untuk menjawab peperiksaan dengan baik namun tetap berasa gementar juga.

"Saya rasa UPSR ini mencabar. Saya harap dapat mencapai sasaran memperoleh 5A dalam peperiksaan ini," ujarnya.

Seorang lagi calon UPSR, Zatul Haziqah Mohd. Khoiril, 12, dia juga berharap dapat memperoleh keputusan cemerlang iaitu 5A.

"Saya akan buat yang terbaik dan menjawab seperti peperiksaan biasa bagi menghilangkan perasaan takut," katanya.

ruangan di bawah ini untuk kegunaan pengurusan blog ini sahaja

Free SEO Tools
Search Engine Optimization and SEO Tools Search Engine Submission - AddMe

Blog Site List
Promote Your Blog
Blog Community & Blogs Directory
Blog List Blog Widgets Alessandra

Glossary of Terms:
(1) Tuition - Tutelage, the act of tutoring or teaching a student (pupil); Fees paid for instruction (especially for higher education). In Malaysia, tuition is more popularly used to denote tutoring rather than fee. Common Malaysian misspellings: Tiution, Tution. *(BM): Tuisyen, Tiusyen, Tusyen, Tuisen, Tiusen, Tuisyan, Tiusyan, Tusyan. | (2) Home Tuition - Tutoring that takes place at students' or tutors' home as opposed to at tuition centers; Also: Home Tutoring, Private Tuition, Private Tutoring. *(BM): Tuisyen Di Rumah, Tuisyen Swasta. | (3) Personal Tuition - Tutoring on the basis of one tutor catering to one student. Also: Personal Tutoring, Individual Tuition, Individual Tutoring, One-to-one Tuition, 1-to-1 Tutoring, One-to-one Tutoring, 1-to-1 Tuition. *(BM): Tuisyen Peribadi, Tuisyen Persendirian, Tuisyen Perseorangan, Tuisyen Individu. | (4) Group Tuition - Tutoring on the basis of one tutor catering to several (small number, but more than one) students. Also: Small Group Tuition, Small Class Tuition, Group Tutoring, Small Group Tutoring, Small Class Tutoring. *(BM): Tuisyen Berkumpulan, Tuisyen Kumpulan Kecil, Tuisyen Kelas Kecil. | (5) Tutors - Tuition Teachers, persons who conduct tuition. In Malaysia, teacher is more popularly used to denote a school teacher whereas tutor usually means a non-school teacher. Also: Tiutors, Tuitors. *(BM): Guru Sekolah, Cikgu Sekolah, Pengajar Tuisyen, Guru Tuisyen, Cikgu Tuisyen. | (6) Home Tutors - Tutors who provide home tuition as opposed to those who teach at tuition centres. Also: Private Tutors, Personal Tutors, Individual Tutors, One-to-one Tutors, 1-to-1 Tutors, Group Tutors, Small Group Tutors, Private Teachers, Personal Teachers, Individual Teachers, One-to-one Teachers, 1-to-1 Teachers, Group Teachers, Small Group Teachers, Private Tuition Teachers, Personal Tuition Teachers, Individual Tuition Teachers, One-to-one Tuition Teachers, 1-to-1 Tuition Teachers, Group Tuition Teachers, Small Group Tuition Teachers. *(BM): Pengajar Di Rumah, Pengajar Swasta, Pengajar Peribadi, Pengajar Persendirian, Pengajar Perseorangan, Guru Di Rumah, Guru Swasta, Guru Peribadi, Guru Persendirian, Guru Perseorangan, Cikgu Di Rumah, Cikgu Swasta, Cikgu Peribadi, Cikgu Persendirian, Cikgu Perseorangan. | (7) Tuition Center - Private institution that conduct tuition on classroom-like settings. Also: Tuition Centres, Tutorial Centers, Tutorial Centres, Tuition Classes, Tutorial Classes, Tutoring Classes. *(BM): Pusat Tuisyen, Pusat Bimbingan, Pusat Tutorial, Kelas Tuisyen. | (8) Home Tuition Jobs - Home tuition vacancies; Posts to be filled by home tutors. Also: Private Tuition Jobs, Home Tutoring Jobs, Private Tutoring Jobs, Home Tuition Assignments, Private Tuition Assignments, Home Tutoring Assignments, Private Tutoring Assignments, Private Tuition Vacancies, Home Tutoring Vacancies, Private Tutoring Vacancies. *(BM): Jawatan Kosong Tuisyen, Pekerjaan Tuisyen, Kerja Tuisyen, Tugasan Tuisyen. | (9) Home Tutees - Home tuition students; Pupils receiving home tuition from home tutors. *(BM): Pelajar Tuisyen, Murid Tuisyen, Penuntut Tuisyen. | *(BM) denotes terms in Bahasa Melayu or Malay Language.