Selamat Datang!

Tuisyen Matematik dan Matematik Tambahan ini terbuka untuk para pelajar darjah 1-6, tingkatan 1-3, tingkatan 4-5, yang sedang mengambil subjek UASA, PT3, UPSR, PMR dan SPM di sekitar Taman Molek, Johor Bahru, Pasir Gudang, Johor. Pelajar-pelajar yang mengulang subjek Matematik SPM, untuk kertas Matematik SPM ulangan Julai 2012 (paper July). Sekiranya anda bermasalah untuk mendapatkan individu yang boleh mengajar anda, anda boleh mendapatkan tutor home tution (tuisyen di rumah anda). Tutor mempunyai pengalaman lebih 11 tahun dalam bidang tuisyen di rumah dan di sekolah. Tutor memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Matematik, Sains dan Komputer. Sila hubungi kami di Home Tuiton Johor Bahru (HP): NO. TELEFON (kosong satu dua - tujuh lima tiga, dua lima tujuh tiga)
Showing posts with label Petua Matematik. Show all posts
Showing posts with label Petua Matematik. Show all posts

Tuesday, September 6, 2011

MITOS - ADA CARA TERLALU CEPAT DAN MUDAH UNTUK BELAJAR JADUAL SIFIR

KEMAHIRAN MENDARAB DAN MEMBAHAGI MEMERLUKAN LATIHAN - TIDAK ADA JALAN PINTAS.

Matematik melibatkan kepantasan otak. Kita boleh mengira Matematik dengan pantas. Itu benar. Namun, jangan mudah percaya jika ada mana-mana pengajar Matematik yang mengatakan bahawa jadual sifir Matematik boleh dikuasai dalam beberapa minit sahaja. Ini pasti memberi tekanan kepada pelajar.

Anggaplah konsep menguasai jadual sifir Matematik itu sebagai latihan berlari. Selaju mana pun kita berlari, akan ada batas-batas tertentu dalam pergerakan kaki kita. Begitu juga nisbah kelajuan langkah kaki antara ahli sukan lari pecut dunia. Jangan terlalu taksub dengan kepantasan super atau kepantasan laju bak kilat dalam menguasai jadual sifir.

Sebagaimana latihan berlari pecut, begitu juga latihan mendarab atau membahagi dalam Matematik. Pelajar-pelajar perlukan latihan. Menerusi latihan demi latihan ini, maka kepantasan mengira akan meningkat. Stamina ahli pecut meningkat, kepantasan mengira Matematik pelajar meningkat. Begitulah kias bahasanya mengenai pembelajaran Matematik.

Jika seseorang pelajar itu mahu menguasai Matematik, mereka perlukan latihan demi latihan. Seperti pelari pecut, kalau berlari tanpa henti dan tanpa pemulihan pasti sel-sel otot kaki akan tercedera, begitu juga Matematik. Para pelajar tidak perlu belajar Matematik secara berterusan sampai otak pun penat.

Untuk menguasai pendaraban dan pembahagian, lakukanlah latihan setiap hari. Bukannya mengharap keajaiban bahawa dalam beberapa saat atau minit sahaja dapat menguasai pendaraban atau pembahagian Matematik. Tanpa latihan, kemahiran pendaraban dan pembahagian Matematik akan kembali lemah dan lembab. Oleh itu, tidak ada cuti berbulan madu dalam kamus belajar Matematik. Ingat pesan Cikgu.

Untuk maklumat lanjut mengenai tuisyen Matematik - tuition Mathematics Johor Bahru - Pasir Gudang, anda boleh menghubungi Cikgu Amien.

Home Tuition Tuisyen Di Rumah Tuisyen Peribadi Tutor Matematik Pasir Gudang Johor Bahru

Monday, September 5, 2011

MITOS - KEBANYAKAN PELAJAR TIDAK ADA KEBOLEHAN MENGUASAI JADUAL DARAB SIFIR?

Berdasarkan penelitian saya terhadap pandangan beberapa orang guru muda atau guru baru yang mengajar Matematik, ramai yang berpendapat bahawa pelajar tidak mampu untuk menguasai jadual sifir Matematik. Ini satu pandangan yang tidak benar.

Semua pelajar sekolah yang dilahirkan sihat akal fikirannya mampu menguasai semua asas pendaraban dalam lingkungan 100. Ini bergantung pada cepat atau lambatnya sahaja. Memang ada pelajar yang tidak mahir sifir Matematik walaupun mereka sudah berada di peringkat darjah enam sekolah rendah atau sekolah menengah. Hal ini berlaku kerana mereka tidak diajar untuk belajar. Sebagai guru, kita bukan mengajar konsep Matematik semata-mata, tetapi juga mengajar pelajar cara untuk mempelajari Matematik. Kesilapan inilah yang sering berlaku di kalangan guru-guru baru Matematik.

Selain itu, ada pelajar yang langsung tidak mahu belajar Matematik, tidak mahu membuat kerja rumah dan latiham Matematik, oleh itu mereka langsung tidak mengingati sifir-sifir Matematik. Ini adalah masalah disiplin pembelajaran. Salah satu faktor, kenapa ada ibu bapa mendapatkan perkhidmatan guru tuisyen Matematik untuk memerhati tingkah laku pembelajaran anak mereka di Matematik. Salah satu faktor kenapa tindakan tegas perlu diambil ke atas para pelajar yang malas menyiapkan kerja rumah dan latihan Matematik.

Secara umumnya, jika seseorang pelajar itu berminat untuk menguasai jadual sifir pendaraban, pembahagian, kuasa dua atau punca kuasa dua, mereka boleh menguasainya menerusi tunjuk ajar guru. Jadual sifir Matematik 9 x 9 adalah teknik menguasai sifir yang digalakkan. Jadual bukan sekadar jadual, tetapi melibatkan juga bilangan petak-petak. Libatkan kedua-dua konsep ini semasa mengajar pelajar mengenai jadual sifir. Pasti kejayaan menemui anda semua.

Ikhlas daripada Cikgu Amien, guru tuisyen Matematik Johor Bahru - Pasir Gudang.





Home Tuition Tuisyen Di Rumah Tuisyen Peribadi Tutor Matematik Pasir Gudang Johor Bahru

Sunday, September 4, 2011

MITOS DALAM MATEMATIK - Teknik Menghafal Sifir 20x20 Tidak Wajar

 Sebagai seorang guru tuisyen Matematik yang berpengalaman lebih daripada 11 tahun, sehingga tulisan ini dibuat, saya amat tidak menggalakkan para pelajar untuk menghafal sifir sehingga sifir 20 x 20. Para pelajar perlu faham bahawa sifir darab atau pun sifir bahagi adalah satu bentuk pernyataan yang diungkap dalam bentuk persamaan setelah melalui pengiraan yang biasa.

Oleh itu kenapa pelajar mesti menghafal sifir seperti 15 x 11, 13 x 19 dan sebagainya?

Jika pelajar telah menguasai jadual sifir 9 x 9, semua proses pendaraban yang melibatkan angka-angka melebihi dua digit akan menjadi mudah. Ingat, menghafal adalah kaedah burung kakak tua. Para pelajar bukan burung kakak tua. Menghayati konsep pengiraan pendaraban Matematik itu adalah perkara penting.

Para pelajar juga diingatkan untuk membiasakan diri menggunakan pen atau pensil dan kertas untuk membuat latihan pengiraan sifir. Anda mungkin boleh menggunakan kalkulator sebagai rujukan. Kenapa menghafal sifir  berjadual sehingga 9 x 9 ini penting? 

Pada dasarnya, ia bertujuan mempercepatkan lagi proses pengiraan, namun pada peringkat yang lebih tinggi, ia memudahkan pelajar menyelesaiakan soalan-soalan yang melibatkan anu (unknown).

Ketahui lebih lanjut tentang teknik pendaraban pantas Cikgu Tuisyen Matematik Johor Bahru Pasir Gudang.



Home Tuition Tuisyen Di Rumah Tuisyen Peribadi Tutor Matematik Pasir Gudang Johor Bahru

Saturday, September 3, 2011

Kepentingan Kerja Rumah Latihan Matematik - Tutor Tuisyen

 Hari ini Cikgu Tuisyen Matematik ( Tuition Mathematics ) Johor Bahru - Pasir Gudang akan menerangkan tentang kepentingan kerja rumah atau latihan Matematik di rumah.

Para pelajar digalakkan untuk menyiapkan kerja rumah dengan penuh penghayatan atau fokus supaya daya ingatan pelajar terhadap prosedur atau langkah-langkah penyelesaian Matematik sama ada secara teori, konsep, sifir atau kepenggunaan rumus meningkat dengan cepat.

Latihan Matematik umpama satu senaman, semakin kerap para pelajar bersenam, semakin cergas. Semakin kerap pelajar membuat latihan Matematik, maka semakin cekaplah pelajar tersebut menjawab dan menyelesaikan masalah-masalah dalam Matematik.

Melakukan kerja rumah adalah satu langkah yang baik untuk membantu memahirkan diri dalam menyelesaikan masalah matematik. Jika anda membuat kerja rumah berkaitan dengan masalah di atas, anda dinasihatkan melakukan jalan kerja dengan sepenuhnya. Kekerapan melakukan latihan seperti kerja rumah akan meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah.


Home Tuition Tuisyen Di Rumah Tuisyen Peribadi Tutor Matematik Pasir Gudang Johor Bahru

Tips Menyelesaikan Soalan Matematik Berbentuk Ayat

Hari ini Tutor Tuisyen Matematik Johor Bahru - Pasir Gudang akan memberikan satu lagi panduan berguna untuk para pelajar yang sering mengunjungi laman blog Tutor Tuisyen Matematik ini.

Tip menyelesaikan masalah soalan berbentuk tulisan (word problem). Apabila melihat soalan yang panjang dihuraikan, murid biasanya akan meninggalkan soalan tersebut. Ini kerana ramai yang beranggapan yang soalan sebegini sukar. Sekarang mari kita lihat bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini.
  • Mula-mula kita perlu membaca keseluruhan soalan. 
  • Kenalpasti masalah yang diutarakan. 
  • Lukis gambarajah jika perlu. 
  • Ubah soalan tadi ke dalam bentuk ayat matematik. 
  • Selesaikan masalah matematik yang telah anda bentuk tadi. 
  • Tulis kembali jawapanya dalam bentuk ayat.
Sesetengah pelajar memerlukan khidmat guru tuisyen Matematik untuk membantu mereka memahirkan diri dengan teknik di atas. Latihan untuk jenis-jenis masalah Matematik berbentuk ayat atau perkataan hendaklah dibuat setiap hari bagi meningkatkan kemahiran memahami kehendak soalan dan langkah-langkah penyelesaiannya.
 
Home Tuition Tuisyen Di Rumah Tuisyen Peribadi Tutor Matematik Pasir Gudang Johor Bahru

Thursday, September 1, 2011

Jenis-jenis Masalah Ujian Matematik - Tuition Mathematics

 Jenis-jenis Masalah dalam Ujian dan Peperiksaan Matematik

 Hari ini, Guru Tuisyen Matematik - Mathematics Tuition Johor Bahru - Pasir Gudang, akan memperkenalkan jenis-jenis masalah dan permasalahan Matematik kepada para pelajar sekalian. Adalah amat penting bagi para pelajar sekalian mengetahui jenis-jenis masalah dalam Matematik. Jika para pelajar tidak tahu apa itu masalah Matematik, maka ini adalah satu bencana besar buat dunia pembelajaran Matematik anda.

Jenis-jenis masalah dalam matematik yang sering kita temui dalam peperiksaan ialah:
  •     Masalah yang menguji daya ingatan (laksanakan kaedah latih tubi)
  •     Masalah yang menguji kemahiran (latih-tubi)
  •     Masalah yang berkaitan penggunaan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.
  •     Masalah yang berkaitan penggunaan kemahiran matematik bukan dalam kehidupan harian.
  •     Masalah yang memerlukan anda menggunakan teori tertentu untuk menyelesaikanya.
Masalah menguji daya ingatan dalam Matematik, masalah menguji kemahiran tertentu dalam Matematik dan masalah yang melibatkan kemahiran Matematik dalam kehidupan seharian adalah masalah yang biasa kita temui. Jalan penyelesaianya juga adalah tidak panjang. Tetapi untuk masalah berkaitan penggunaan kemahiran matematik bukan dalam kehidupan harian dan masalah yang memerlukan anda menggunakan teori tertentu untuk menyelesaikanya, jalan penyelesaiannya adalah panjang dan kadangkala kita memerlukan pelbagai kemahiran matematik untuk menyelesaikanya.

Tip-tip menyelesaikan masalah Matematik

Aplikasi 4 langkah Polya’s;
  1. Fahami masalah : Baca keseluruhan soalan dan kenalpasti masalah yang dikemukakan.
  2. Rancang penyelesaian masalah anda. Kenalpasti kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberi.
  3. Selesaikan masalah seperti yang dirancang.
  4. Lihat kembali adakah penyelesaian yang anda perolehi adalah munasabah. Dengan menggunakan kaedah yang sama, cuba selesaikan soalan yang lebih mudah yang anda pasti jawapanya.
Sesetengah masalah memerlukan anda menggunakan pelbagai strategi. Ada yang memerlukan kita melukis gambar, melakar gambarajah, membina jadual, membina senarai, memcipta formula, mengulang-ngulang jalan kerja dan sebagainya. 

Monday, August 29, 2011

Petua Makan Coklat Dalam Tuisyen Matematik

Cokelat selalu dikreditkan sebagai pengurang stress hingga risiko penyakit jantung. Namun, ada fakta lain mengenai cokelat.

Menurut kajian peneliti Northumbria University Inggris pada 2009, cokelat boleh membantu orang mengerjakan matematik. Studi menunjukkan, orang boleh mengira mundur lebih baik setelah memakan cokelat panas yang mengandung 500 mg flavanols atau lima batang cokelat.

Selain itu, antioksidan pada cokelat boleh meningkatkan aliran darah ke otak. Kajian lain menunjukkan, sedikit cokelat hitam boleh mengubah tingkat protein C-reaktif yang berhubungan dengan peradangan di dalam tubuh.

“Pengaruh terbaik diperoleh ketika memakan rata-rata 6,7 gram coklat per hari atau setara kotak kecil coklat dua atau tiga kali sepekan,” papar penulis utama studi Northumbria Romina di Giuseppe.

Selama beberapa tahun, studi juga menguak manfaat cokelat bagi kesehatan. Menurut kajian pada 44 ribu orang baru-baru ini, orang yang tiap minggu makan coklat, 22% lebih kebal stroke. Temuan ini dipresentasikan di pertemuan tahunan American Academy of Neurology di Toronto.

Meski cokelat terbukti kaya antioksidan flavonoid yang boleh menangkal stroke, kajian Sarah Sahib dari McMaster University, Kanada, mencatat, penelitian ‘lebih lanjut diperlukan untuk menentukan cokelat benar-benar menurunkan risiko stroke, atau apakah orangt cukup dengan makan coklat”.

Pada 2009, kajian menemukan, orang yang dinilai sangat tertekan mengalami penurunan tingkat hormon stress setelah makan cokelat tiap hari selama dua minggu. Di Nestle Research Center Swiss, 30 orang makan 40 gram coklat hitam tiap hari.

Kajian Sunil Kochhar ini menunjukkan, relawan mengalami ‘pengurangan kadar hormon stres dan normalisasi metabolik stres sistemik’ secara signifikan. Mungkin alasan ilmiah inilah yang membuat cokelat disebut sebagai ‘makanan para dewa’ di Yunani.

Tutor Tuisyen: Adakah Anda Mencari Perkhidmatan Tuisyen?
Home Tuition Tuisyen Di Rumah Tuisyen Peribadi Tutor Matematik Pasir Gudang Johor Bahru

Sunday, December 5, 2010

Teknik Belajar Matematik Berkesan Cikgu Amien

Teknik Belajar Matematik Daripada Cikgu Amien Guru Tuisyen Matematik dan Matematik Tambahan

Tanam Minat Terhadap Subjek Matematik
Untuk mempelajari Matematik, mesti ada minat. Jika tidak ada minat, perlu usaha pupuk minat. Bagaimana hendak usaha pupuk minat? Cubalah dengan cara berlakon. Cuba jangan berpisah dengan buku-buku latihan dan rujukan Matematik. Cakap Matematik, dengar Matematik, lawak Matematik dan sebagainya.


Rajin-rajinkan Diri Menghafal Sifir Matematik
Kalau tak hafal sifir, memang susah nak ajar Matematik. Umpama orang yang tidak menghafal panduan memandu kereta, tak hafal isyarat jalan, tak hafal kedudukan gear 1 di mana, gear Reverse di mana, brek di mana, pedal minyak di mana. Hancur! Hafallah sifir Matematik.


Latihan Matematik, Buat Ikut Kemampuan Diri
Latihan tambahan Matematik tidak semestinya sampai berpuluh-puluh soalan. Cubalah dahulu setakat yang terdaya. Untuk berlatih Matematik, pastikan ada kertas dan pen, dan kalkulator bagi soalan yang membenarkan penggunaan kalkulator. Latihan Matematik hendaklah dibuat, bukan sekadar dibaca atau dihafal. Ingat, Matematik bukan subjek hafal, tetapi subjek yang memerlukan kemahiran berfikir.


Latihan Matematik Melatih Disiplin Diri
Cuba perhatikan. Kebanyakan pelajar kelas pandai, pandai Matematik. Kebanyakan pelajar kelas pandai, boleh dikatakan hampir semua senang mengikut arahan dan siap kerja rumah. Matematik memerlukan disiplin, pengurusan masa dan bijak strategi. Faham konsep tidak bermaksud boleh dapat A dalam Matematik. Pengurusan masa adalah sangat penting. Walaupun pelajar sudah pandai Matematik, mesti cuba berlatih untuk meningkatkan kepantasan menjawab soalan Matematik tanpa ada kecuaian semasa menjawab!

Wednesday, December 16, 2009

Cara Mudah Mengira Matematik Melibatkan Sifir 11

Cara Mudah Pengiraan Matematik : Sifir 11

Teknik ini digunakan untuk nombor 2 digit. Sebagai contoh : 11 x 43 = ?
  1. Pisahkan 4 dan 3 : ( 4_3 )
  2. Keadaan ini akan mewujudkan satu ruang (digariskan _ ) antara 4 dan 3.
  3. Campurkan 4 dan 3 : 4 + 3 = 7
  4. Letakkan 7 di tengah-tengah 4_3 supaya menjadi 473.

Teknik ini tidak boleh digunakan untuk mendapat jawapan bagi sifir 11 sekiranya hasil tambah dua nombor yang dilibatkan dalam pengiraan langkah 3 lebih besar daripada 9.

Sekiranya hasil tambah dua nombor di dalam langkah 3 adalah lebih besar daripada 9, kita gunakan kaedah seperti contoh di bawah:

Contoh : 11 x 57 = ?
  1. Asingkan 5 dan 7 : ( 5_7 )
  2. Nampak ruang di antara 2 nombor tersebut?
  3. Campurkan 5 dan 7 : 5 + 7 = 12
  4. Asingkan pula hasil tersebut menjadi 1_2.
  5. Nombor 1 kita campurkan dengan nombor awalan iaitu 5 menjadikannya 6.
  6. Nombor 2 pula kita letakkan di tengah-tengah ruang kosong tadi menjadikan jawapan akhir bersamaan dengan enam puluh dua = 62

ruangan di bawah ini untuk kegunaan pengurusan blog ini sahaja

Free SEO Tools
Search Engine Optimization and SEO Tools Search Engine Submission - AddMe

Blog Site List
Promote Your Blog
Blog Community & Blogs Directory
Blog List Blog Widgets Alessandra

Glossary of Terms:
(1) Tuition - Tutelage, the act of tutoring or teaching a student (pupil); Fees paid for instruction (especially for higher education). In Malaysia, tuition is more popularly used to denote tutoring rather than fee. Common Malaysian misspellings: Tiution, Tution. *(BM): Tuisyen, Tiusyen, Tusyen, Tuisen, Tiusen, Tuisyan, Tiusyan, Tusyan. | (2) Home Tuition - Tutoring that takes place at students' or tutors' home as opposed to at tuition centers; Also: Home Tutoring, Private Tuition, Private Tutoring. *(BM): Tuisyen Di Rumah, Tuisyen Swasta. | (3) Personal Tuition - Tutoring on the basis of one tutor catering to one student. Also: Personal Tutoring, Individual Tuition, Individual Tutoring, One-to-one Tuition, 1-to-1 Tutoring, One-to-one Tutoring, 1-to-1 Tuition. *(BM): Tuisyen Peribadi, Tuisyen Persendirian, Tuisyen Perseorangan, Tuisyen Individu. | (4) Group Tuition - Tutoring on the basis of one tutor catering to several (small number, but more than one) students. Also: Small Group Tuition, Small Class Tuition, Group Tutoring, Small Group Tutoring, Small Class Tutoring. *(BM): Tuisyen Berkumpulan, Tuisyen Kumpulan Kecil, Tuisyen Kelas Kecil. | (5) Tutors - Tuition Teachers, persons who conduct tuition. In Malaysia, teacher is more popularly used to denote a school teacher whereas tutor usually means a non-school teacher. Also: Tiutors, Tuitors. *(BM): Guru Sekolah, Cikgu Sekolah, Pengajar Tuisyen, Guru Tuisyen, Cikgu Tuisyen. | (6) Home Tutors - Tutors who provide home tuition as opposed to those who teach at tuition centres. Also: Private Tutors, Personal Tutors, Individual Tutors, One-to-one Tutors, 1-to-1 Tutors, Group Tutors, Small Group Tutors, Private Teachers, Personal Teachers, Individual Teachers, One-to-one Teachers, 1-to-1 Teachers, Group Teachers, Small Group Teachers, Private Tuition Teachers, Personal Tuition Teachers, Individual Tuition Teachers, One-to-one Tuition Teachers, 1-to-1 Tuition Teachers, Group Tuition Teachers, Small Group Tuition Teachers. *(BM): Pengajar Di Rumah, Pengajar Swasta, Pengajar Peribadi, Pengajar Persendirian, Pengajar Perseorangan, Guru Di Rumah, Guru Swasta, Guru Peribadi, Guru Persendirian, Guru Perseorangan, Cikgu Di Rumah, Cikgu Swasta, Cikgu Peribadi, Cikgu Persendirian, Cikgu Perseorangan. | (7) Tuition Center - Private institution that conduct tuition on classroom-like settings. Also: Tuition Centres, Tutorial Centers, Tutorial Centres, Tuition Classes, Tutorial Classes, Tutoring Classes. *(BM): Pusat Tuisyen, Pusat Bimbingan, Pusat Tutorial, Kelas Tuisyen. | (8) Home Tuition Jobs - Home tuition vacancies; Posts to be filled by home tutors. Also: Private Tuition Jobs, Home Tutoring Jobs, Private Tutoring Jobs, Home Tuition Assignments, Private Tuition Assignments, Home Tutoring Assignments, Private Tutoring Assignments, Private Tuition Vacancies, Home Tutoring Vacancies, Private Tutoring Vacancies. *(BM): Jawatan Kosong Tuisyen, Pekerjaan Tuisyen, Kerja Tuisyen, Tugasan Tuisyen. | (9) Home Tutees - Home tuition students; Pupils receiving home tuition from home tutors. *(BM): Pelajar Tuisyen, Murid Tuisyen, Penuntut Tuisyen. | *(BM) denotes terms in Bahasa Melayu or Malay Language.