Selamat Datang!

Tuisyen Matematik dan Matematik Tambahan ini terbuka untuk para pelajar darjah 1-6, tingkatan 1-3, tingkatan 4-5, yang sedang mengambil subjek UASA, PT3, UPSR, PMR dan SPM di sekitar Taman Molek, Johor Bahru, Pasir Gudang, Johor. Pelajar-pelajar yang mengulang subjek Matematik SPM, untuk kertas Matematik SPM ulangan Julai 2012 (paper July). Sekiranya anda bermasalah untuk mendapatkan individu yang boleh mengajar anda, anda boleh mendapatkan tutor home tution (tuisyen di rumah anda). Tutor mempunyai pengalaman lebih 11 tahun dalam bidang tuisyen di rumah dan di sekolah. Tutor memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Matematik, Sains dan Komputer. Sila hubungi kami di Home Tuiton Johor Bahru (HP): NO. TELEFON (kosong satu dua - tujuh lima tiga, dua lima tujuh tiga)
Showing posts with label Tuisyen Matematik. Show all posts
Showing posts with label Tuisyen Matematik. Show all posts

Sunday, March 13, 2011

Tuisyen Matematik Di Johor Bharu 2011

Buat masa ini, saya fokus terhadap penulisan modul-modul Matematik Pemulihan untuk pelajar-pelajar peringkat PMR dan SPM. Ini kerana sasaran saya adalah untuk membantu pelajar-pelajar sekolah yang paling lemah dalam Matematik supaya mampu lulus atau kredit dalam subjek Matematik dan mendapat tempat yang baik di peringkat pendidikan yang lebih tinggi.

Ada ibu bapa yang menelefon dari jauh. Ada juga ibu bapa yang menelefon kerana berdasarkan saranan atau cadangan ibu bapa yang pernah menghantar anak mereka belajar dengan saya. Sejujurnya saya adalah guru tuisyen yang mengajar Matematik bukan sahaja Matematik tetapi mengajar anak didik saya untuk menjadi seorang yang hebat di sekolah.

Pendek kata, saya bukan sekadar tutor tuisyen Matematik tetapi juga adalah Mentor yang mengubah pelajar yang tidak bermatlamat kepada pelajar bermatlamat. Ketika ini juga, saya sedang melatih beberapa orang remaja lelaki dan perempuan untuk menjadi pemimpin generasi baru yang hebat bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga dalam bidang kepimpinan dan sukan selain sahsiah yang cemerlang. Pakej lengkap yang sempurna ini memang penat dan bagi sesetengah orang dirasakan kurang berbaloi kerana ia bukan bersifat keuntungan, tetapi ini adalah tanggungjawab saya sebagai seorang pendidik.

Buat masa ini, saya adalah guru tuisyen jutawan. Begitu dalam kias maksudnya.

Mathematics Tuition Johor Bahru Pasir Gudang Desa Tebrau Mount Austin Taman Johor Jaya

Sunday, February 20, 2011

Mathematics Tuition - Tuisyen Matematik - Johor Bahru

TUISYEN MATEMATIK JOHOR BAHRU / PASIR GUDANG
Tuisyen Matematik - Tuition Mathematics (Recovery) - Johor Bahru
Kelas Matematik Pemulihan UPSR, PMR dan SPM
Johor Bahru and Pasir Gudang


Kelemahan kemahiran asas dalam Matematik kadangkala menjadi punca kenapa pelajar berputus asa untuk mempelajari Matematik, lalu menimbulkan masalah di sekolah. Salah satu cara untuk mengembalikan minat pelajar terhadap subjek Matematik ialah dengan memperbaiki atau melakukan pemulihan terhadap asas-asas kemahiran Matematik yang gagal mereka kuasai pada tahun-tahun sebelumnya. - Cikgu Amien.


Tuisyen Matematik untuk membantu pelajar-pelajar lemah asas Matematik ini ditawarkan kepada para pelajar yang berada di Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1, Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5 - Standard 4, Standard 5, Standard 6, Form 1, Form 2, Form 3, Form 4 and Form 5


Tuisyen Matematik (Pemulihan) bertujuan membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam kemahiran-kemahiran asas Matematik bagi membolehkan pelajar-pelajar tersebut menguasai Matematik dengan lebih mudah.

Pelajar-pelajar yang mengikuti Tuisyen Matematik (Pemulihan) akan terlebih dahulu mengambil beberapa set ujian diagnostik bagi mengetahui tahap kelemahan satu-satu pelajar dalam subjek Matematik. Dengan cara ini, pemulihan berfokus dapat dilakukan, masa yang diperlukan menjadi lebih singkat, hasil pembelajaran akan semakin cepat.

Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka mengikuti Tuisyen Matematik Pemulihan boleh menghubungi Cikgu Amien menerusi nombor telefon yang disediakan.

Mathematics Tuition Recovery aims to help students who are weak in basic skills in Mathematics to enable students to master the Mathematics easier.

Students who attend Tuition Mathematics (Recovery) will first take a set number of diagnostic tests to determine the weaknesses of any one student in Mathematics. In this way, recovery can be focused, the time required to be shorter, the faster the learning outcomes.
Anda mungkin juga meminati:

Mathematics Tuition - Tuisyen Matematik - Johor Bahru

Tuisyen Matematik - Tuition Mathematics (Recovery) - Johor Bahru
Kelas Matematik Pemulihan UPSR, PMR dan SPM
Darjah 4, Darjah 5, Darjah 6, Tingkatan 1 Tingkatan 2, Tingkatan 3, Tingkatan 4, Tingkatan 5
Standard 4, Standard 5, Standard 6, Form 1, Form 2, Form 3, Form 4, Form 5
Hubungi Cikgu Amien  KLIK DI SINI
Johor Bahru and Pasir Gudang

Tuisyen Matematik (Pemulihan) bertujuan membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam kemahiran-kemahiran asas Matematik bagi membolehkan pelajar-pelajar tersebut menguasai Matematik dengan lebih mudah.

Pelajar-pelajar yang mengikuti Tuisyen Matematik (Pemulihan) akan terlebih dahulu mengambil beberapa set ujian diagnostik bagi mengetahui tahap kelemahan satu-satu pelajar dalam subjek Matematik. Dengan cara ini, pemulihan berfokus dapat dilakukan, masa yang diperlukan menjadi lebih singkat, hasil pembelajaran akan semakin cepat.

Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka mengikuti Tuisyen Matematik Pemulihan boleh menghubungi Cikgu Amien menerusi nombor telefon yang disediakan.

Mathematics Tuition Recovery aims to help students who are weak in basic skills in Mathematics to enable students to master the Mathematics easier.

Students who attend Tuition Mathematics (Recovery) will first take a set number of diagnostic tests to determine the weaknesses of any one student in Mathematics. In this way, recovery can be focused, the time required to be shorter, the faster the learning outcomes.

Wednesday, September 8, 2010

Lagi Kisah Pelajar Cemerlang

NOTA: Sebelum saya menceritakan kisah seorang pelajar tuisyen saya, terlebih dahulu saya ingin menjelaskan pendirian saya sebagai seorang tutor. Sebagai seorang tutor, saya amat mengutamakan kesungguhan ibu bapa atau pelajar semasa menghubungi saya. Mungkin sesetengah orang kata saya seorang guru tuisyen yang jual mahal dan tindakan saya itu merugikan diri sendiri kerana melepaskan bakal-bakal pelanggan saya. Jadi, di sini saya harus berterus-terang.

Secara tersuratnya, setiap tutor, home tutor, guru tuisyen dan apa-apa yang seangkatan dengannya akan meletakkan nilai harga atau rate price untuk perkhidmatan mereka. Masa itu emas, masa itu duit. Kita menjadikan masa kita untuk berkhidmat kepada orang lain sebagai punca pendapatan kita. Begitu juga dengan saya. Saya juga meletakkan nilai harga untuk perkhidmatan saya sebagaimana tutor-tutor yang lain. Namun semuanya boleh berubah bergantung kepada jarak perjalanan, kesungguhan keluarga, kesungguhan pelajar dan kekangan masa. Pernah saya menguji beberapa keluarga yang duduk sangat jauh daripada kedudukan saya dengan nilai bayaran yang agak mahal. Secara tersiratnya, saya hanya mahu menguji kesungguhan mereka. Kebanyakan tawaran yang saya terima adalah secara begini. Saya menapis tawaran demi tawaran sehinggalah tinggal beberapa pilihan yang kemudiannya saya terima.

Setakat ini saya berpuas hati dengan kaedah saya memilih tawaran. Dapat bertemu dengan keluarga yang menarik sehinggakan anak yang pada mulanya memang tidak berminat belajar menjadi berminat. Malah ada yang sanggup berdiri di depan pintu rumah sambil tertoleh-toleh ke luar rumah untuk melihat saya. Saya melangkah masuk ke rumah mereka dengan hati yang gembira kerana disambut dengan baik setiap kali saya datang mengajar. Mereka menghargai saya, oleh itu saya juga wajib menghargai mereka.

Saya mengajar tuisyen kerana saya suka mengajar. Malah bagi saya, mengajar tuisyen bukan sebagai satu bebanan tetapi sebagai satu hobi. Mengajar tuisyen membuatkan saya lupa dengan tekanan di tempat kerja. Saya seolah-olah berada dalam satu dunia baru yang penuh dengan keseronokan.

Saya suka membantu orang yang mahu membantu diri sendiri. Jika ibu bapa bersungguh-sungguh mahukan saya mengajar anak mereka, mereka pasti akan menghubungi saya beberapa kali. Selalunya saya tidak mengangkat telefon jika saya sedang mengajar atau ada urusan lain. Dan saya juga tidak lagi akan menelefon kembali kerana saya akan menunggu panggilan kedua daripada bakal pelanggan saya. Jika ada, maka dengan izin Allah, itulah rezeki saya. Jika tidak ada, mungkin rezeki orang lain. Biasanya saya tidak akan terus mengajar, saya akan melihat dulu bagaimana sikap pelajar dan sikap ibu bapanya terhadap pelajaran anaknya.

Jika ibu bapa didapati ikhlas atau bersungguh-sungguh mahu menolong anaknya, maka akan hadir rasa simpati dalam diri saya dan pasti saya akan menolong anaknya. Cuma ibu bapa dan pelajar yang pernah mengambil saya sebagai tutor yang akan mengetahui hal yang sebenarnya. Sesungguhnya saya mengajar tuisyen kerana saya seronok mengajar, saya sentiasa mahu menjadikan setiap sesi tutor itu sesuatu yang menarik dan tidak memenatkan. Bersemangat!

Pernah juga saya mengajar seorang dua anak yang main-main dalam pelajarannya. Jika ikutkan hati mahu sahaja saya pulangkan wang tuisyen dan berhenti mengajar anaknya, namun kesungguhan ibu bapanya membuatkan saya simpati dan berusaha untuk mengubah anaknya daripada suka main-main kepada serius dalam pembelajaran. Oleh itu, terlebih dahulu saya rasa saya perlu memohon maaf sekiranya saya agak garang dan tegas semasa mengajar jika keadaan memerlukan saya berbuat demikian.

Apa pun setakat ini, semua ibu bapa yang saya temui boleh menerima cara saya. Alhamdulillah, akhirnya anak mereka menunjukkan perubahan.


KISAH BENAR: Beberapa bulan lepas, seorang ibu, juga merupakan seorang guru meminta saya mengajar anaknya Matematik UPSR. Anaknya ini merupakan pelajar darjah 6 yang bakal menduduki UPSR 2010.

Disebabkan rasa ingin membantu, saya menerima pelajar tersebut. Pada pertemuan pertama, seperti biasa, saya melakukan diagnostik ringkas untuk mengenal pasti apakah punca pelajar tersebut gagal mendapat A dalam Matematik.

Dalam pertemuan kali ke-2, saya menggunakan beberapa pendekatan untuk pelajar terbabit selain membantu meningkatkan minat belajar dan fokusnya terhadap subjek Matematik. Usaha ini tampak membuahan hasil. Pada pertemuan ketiga, pelajar ini menunjukkan perubahan yang luar biasa dari segi minatnya terhadap Matematik.

Saya rasa saya telah bertemu orang lain, tetapi di depan mata saya, dia adalah pelajar yang pernah saya temui dua kali sebelum ini. Kali ini mengajarnya beberapa topik lagi dan kemudian memintanya menjawab satu set soalan UPSR sebenar.

Beliau berjaya mendapat markah sekitar 92 peratus. Saya memintanya agar berusaha mendapat markah lebih daripada 95 peratus.

Sekali lagi, saya berasa puas hati kerana usaha kami berjaya. Saya juga memuji ibu bapanya yang banyak memberi sokongan moral kepada anaknya. Ibu bapa memberi sokongan moral, dan saya sebagai tutor, bertindak sebagai doktor Matematik, membantu mencari punca kelemahan dan kemudian memberi tunjuk ajar yang sesuai berdasarkan Perancangan Mengajar.

Ya, sebagai pengajar, rancangan mengajar itu sangat penting. Ini adalah strategi seorang guru terhadap satu-satu anak murid, atau satu-satu kelas. Jauhari juga yang mengenal manikam.


Iklan Tutor Tution Tuisyen sekitar Johor Bahru, Pasir Gudang, Taman Pelangi, Mount Austin

Friday, June 25, 2010

Tuisyen Johor Bahru - Kisah Pelajar Cemerlang

Suatu ketika dahulu, Ahmad Khairuddin Rozani bukanlah pelajar yang meminati subjek Matematik. Dia sering gagal dalam ujian dan peperiksaan Matematik. Keputusan Matematiknya semasa di peringkat UPSR adalah E.

Semasa di tingkatan 1, Ahmad Khairuddin ditempatkan di kelas corot. Berikutan itu beliau berharap untuk masuk ke kelas hadapan. Menurut guru di sekolahnya, Ahmad Khairuddin boleh masuk ke kelas depan, dengan syarat dia mesti mendapat A dalam banyak subjek yang dipelajarinya sekarang, dan Matematik adalah salah satu subjek yang dimaksudkan.

Ahmad Khairuddin pada mula mengikut kelas-kelas di pusat tuisyen, tetapi beliau tetap gagal. Guru tuisyen mencadangkan dia agar belajar tuisyen secara peribadi (private tuition atau home tuition) supaya tumpuan lebih dapat diberikan kepada dirinya.

Akhirnya, selepas beberapa hari mencari, Ahmad Khairuddin berjaya mendapatkan beberapa orang tutor untuk mengajarnya tuisyen di rumah. Guru-guru tuisyen dapat memahami keperluan Ahmad Khairuddin. Hari demi hari, satu demi satu kelemahan Ahmad Khairuddin dalam subjek Matematik diperbaiki. Ahmad Khairuddin seperti seorang ahli sukan yang diberikan latihan khas oleh jurulatih khusus.

Sekitar tiga bulan belajar tuisyen di rumah, Ahmad Khairuddin akhirnya berjaya meraih gred B dalam ujian pertengahan tahun tingkatan 1. Hanya 2 jam seminggu, dengan bayaran sekitar RM80 satu sesi atau RM320 sebulan, Ahmad Khairuddin kini tidak berpaling ke belakang lagi. Beliau terus mendapat latihan khusus untuk subjek Matematik.

Dalam ujian pencapaian ke-2, Ahmad Khairuddin berjaya mendapat A, dengan markah keputusan 95 dalam subjek Matematik. Apabila ditanya bagaimana Ahmad Khairuddin mampu mengubah dirinya daripada pelajar yang lemah kepada pelajar cemerlang dalam subjek Matematik, beliau menjawab.

"Kaedah Matematik yang diajar Cikgu Amien sangat unik. Cikgu Amien mampu memanfaatkan apa sahaja di sekelilingnya untuk menerangkan konsep-konsep Matematik."

Menurut Cikgu Amien, Matematik wujud dalam semua perkara dalam kehidupan ini. Setiap perkara yang kita lakukan pada setiap hari, biarpun dianggap remeh-temeh, ada Matematik di dalamnya.

ruangan di bawah ini untuk kegunaan pengurusan blog ini sahaja

Free SEO Tools
Search Engine Optimization and SEO Tools Search Engine Submission - AddMe

Blog Site List
Promote Your Blog
Blog Community & Blogs Directory
Blog List Blog Widgets Alessandra

Glossary of Terms:
(1) Tuition - Tutelage, the act of tutoring or teaching a student (pupil); Fees paid for instruction (especially for higher education). In Malaysia, tuition is more popularly used to denote tutoring rather than fee. Common Malaysian misspellings: Tiution, Tution. *(BM): Tuisyen, Tiusyen, Tusyen, Tuisen, Tiusen, Tuisyan, Tiusyan, Tusyan. | (2) Home Tuition - Tutoring that takes place at students' or tutors' home as opposed to at tuition centers; Also: Home Tutoring, Private Tuition, Private Tutoring. *(BM): Tuisyen Di Rumah, Tuisyen Swasta. | (3) Personal Tuition - Tutoring on the basis of one tutor catering to one student. Also: Personal Tutoring, Individual Tuition, Individual Tutoring, One-to-one Tuition, 1-to-1 Tutoring, One-to-one Tutoring, 1-to-1 Tuition. *(BM): Tuisyen Peribadi, Tuisyen Persendirian, Tuisyen Perseorangan, Tuisyen Individu. | (4) Group Tuition - Tutoring on the basis of one tutor catering to several (small number, but more than one) students. Also: Small Group Tuition, Small Class Tuition, Group Tutoring, Small Group Tutoring, Small Class Tutoring. *(BM): Tuisyen Berkumpulan, Tuisyen Kumpulan Kecil, Tuisyen Kelas Kecil. | (5) Tutors - Tuition Teachers, persons who conduct tuition. In Malaysia, teacher is more popularly used to denote a school teacher whereas tutor usually means a non-school teacher. Also: Tiutors, Tuitors. *(BM): Guru Sekolah, Cikgu Sekolah, Pengajar Tuisyen, Guru Tuisyen, Cikgu Tuisyen. | (6) Home Tutors - Tutors who provide home tuition as opposed to those who teach at tuition centres. Also: Private Tutors, Personal Tutors, Individual Tutors, One-to-one Tutors, 1-to-1 Tutors, Group Tutors, Small Group Tutors, Private Teachers, Personal Teachers, Individual Teachers, One-to-one Teachers, 1-to-1 Teachers, Group Teachers, Small Group Teachers, Private Tuition Teachers, Personal Tuition Teachers, Individual Tuition Teachers, One-to-one Tuition Teachers, 1-to-1 Tuition Teachers, Group Tuition Teachers, Small Group Tuition Teachers. *(BM): Pengajar Di Rumah, Pengajar Swasta, Pengajar Peribadi, Pengajar Persendirian, Pengajar Perseorangan, Guru Di Rumah, Guru Swasta, Guru Peribadi, Guru Persendirian, Guru Perseorangan, Cikgu Di Rumah, Cikgu Swasta, Cikgu Peribadi, Cikgu Persendirian, Cikgu Perseorangan. | (7) Tuition Center - Private institution that conduct tuition on classroom-like settings. Also: Tuition Centres, Tutorial Centers, Tutorial Centres, Tuition Classes, Tutorial Classes, Tutoring Classes. *(BM): Pusat Tuisyen, Pusat Bimbingan, Pusat Tutorial, Kelas Tuisyen. | (8) Home Tuition Jobs - Home tuition vacancies; Posts to be filled by home tutors. Also: Private Tuition Jobs, Home Tutoring Jobs, Private Tutoring Jobs, Home Tuition Assignments, Private Tuition Assignments, Home Tutoring Assignments, Private Tutoring Assignments, Private Tuition Vacancies, Home Tutoring Vacancies, Private Tutoring Vacancies. *(BM): Jawatan Kosong Tuisyen, Pekerjaan Tuisyen, Kerja Tuisyen, Tugasan Tuisyen. | (9) Home Tutees - Home tuition students; Pupils receiving home tuition from home tutors. *(BM): Pelajar Tuisyen, Murid Tuisyen, Penuntut Tuisyen. | *(BM) denotes terms in Bahasa Melayu or Malay Language.