Selamat Datang!

Tuisyen Matematik dan Matematik Tambahan ini terbuka untuk para pelajar darjah 1-6, tingkatan 1-3, tingkatan 4-5, yang sedang mengambil subjek UASA, PT3, UPSR, PMR dan SPM di sekitar Taman Molek, Johor Bahru, Pasir Gudang, Johor. Pelajar-pelajar yang mengulang subjek Matematik SPM, untuk kertas Matematik SPM ulangan Julai 2012 (paper July). Sekiranya anda bermasalah untuk mendapatkan individu yang boleh mengajar anda, anda boleh mendapatkan tutor home tution (tuisyen di rumah anda). Tutor mempunyai pengalaman lebih 11 tahun dalam bidang tuisyen di rumah dan di sekolah. Tutor memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Matematik, Sains dan Komputer. Sila hubungi kami di Home Tuiton Johor Bahru (HP): NO. TELEFON (kosong satu dua - tujuh lima tiga, dua lima tujuh tiga)
Showing posts with label BLOG. Show all posts
Showing posts with label BLOG. Show all posts

Sunday, December 25, 2011

Kejayaan Guru Tuisyen Matematik Pasir Gudang - Johor Bahru

Sebagai guru tuisyen Matematik di rumah atau home tuition Mathematics in Johor Bahru, saya berasa bangga apabila pelajar tuisyen saya yang saya ajar sejak beberapa bulan lalu kini sudah mula menunjukkan potensi terpendam dalam bidang Matematik. Usianya baru 14 tahun, tetapi setelah melalui latihan demi latihan dalam sesi tuisyen Matematik saya, pelajar ini kini mempunyai pemikiran Matematik yang luar biasa. Beliau sudah mampu mencipta rumus untuk menyelesaikan satu-satu kes atau permasalahan Matematik.

Bangga, inilah yang dapat saya katakan sebagai Guru Tuisyen Matematik beliau. Pada awalnya, pelajar ini sebenarnya sudah jauh ketinggalan dalam Matematik, namun, latihan demi latihan, ujian demi ujian dengan teknik khas yang saya gunakan untuk pelajar tuisyen saya ini, telah berjaya membantu mengubahnya menjadi seorang yang luar biasa dalam Matematik.

Kini, pelajar ini lebih yakin untuk menjawab mana-mana permasalahan atau soalan Matematik. Malah, pada ketika ini beliau masih di tingkatan 2, saya sudah mula mengajar Matematik Tingkatan 3 kepada beliau. Kebanyakan topik berjaya difahami beliau dalam masa sehari sahaja. Saya anggarkan kami akan menghabiskan silibus Matematik Tingkatan 3 sekitar bulan 4 nanti. Kemudian, saya akan terus fokus terhadap peningkatan gred 100% betul untuk Matematik PMR.

Saya masih ingat minggu pertama saya mengenali pelajar tuisyen Matematik saya ini. Beliau dahulu seorang yang tidak ada keyakinan diri, dan pendiam. Barangkali kerana sering bersendirian di rumah tanpa rakan-rakan, menyebabkan beliau kurang kemahiran berkomunikasi. Kini setelah beberapa bulan belajar menerusi tuisyen Matematik bersama saya, beliau sudah mula boleh berbual dan menyatakan idea. Sebagai guru tuisyen Matematik, tugas saya tidak ada bezanya dengan ibu bapa, saya sentiasa mendorong pelajar tuisyen saya untuk membentuk personaliti dinamik, pandai berdikari dan berkeyakinan.

Ada pelajar tuisyen saya yang dahulunya sangat pendiam, mempunyai ibu bapa yang sangat sibuk dengan kerjaya di pejabat, tetapi kini sudah mula mampu berbicara dengan orang lain. Ibunya memberitahu saya, sejak mengikuti kelas tuisyen di rumah, belajar Matematik bersama saya, anaknya kini sudah mula mampu berinteraksi dengan lebih baik dan kelihatan ceria. Sebagai guru tuisyen Matematik di rumah, selain mengajar tuisyen Matematik, saya juga membantu pelajar tuisyen saya untuk mempelajari dan menguasai subjek-subjek lain seperti Bahasa Melayu, English, Sejarah, Pendidikan Islam, Geografi, Lukisan, Sains dan sebagainya.

Bagi saya, perkhidmatan tuisyen di rumah, persendirian atau home tuition bukan sekadar mengajar pelajar Matematik atau subjek-subjek UPSR, PMR dan SPM tetapi juga sebagai pembimbing anak-anak untuk menempuhi kehidupan dengan lebih baik. Saya pernah menerima pelajar tuisyen yang bermasalah di sekolah berasrama. Pelajar ini sering ponteng, keputusan peperiksaannya semakin merudum, dan akhirnya tidak dibenarkan tinggal di asrama. Akibatnya, pelajar ini terpaksa melalui perjalanan yang jauh untuk ke sekolah.

Kita tidak mampu mengubah orang lain, melainkan orang lain mengubah dirinya sendiri. Saya membimbing pelajar ini dari hari ke hari, sehinggalah beliau akhirnya memiliki personaliti yang disenangi. Pada mulanya, pelajar ini kurang menyenangi ibu bapanya, dan ini berpunca dari salah faham kerana pemikiran si anak yang belum matang. Tahap pemikiran seorang anak remaja terhadap tindakan ibu bapa dan sekolah kadangkala di luar logik. Saya membetulkan tanggapan pelajar ini terhadap ibu bapa dan tindakan pihak sekolah. Saya menerangkan satu demi satu tujuan tindakan yang diambil oleh ibu bapa beliau dan pihak sekolah. Pelajar ini mula memahami. Sejak itu, hubungannya dengan ibu bapa dan sekolah bertambah baik. Apa yang lebih membanggakan saya, ialah apabila pihak sekolah sendiri ada menghubungi saya dan memberi pujian atas kejayaan membantu pelajar ini mengubah tingkah lakunya kepada lebih positif. Saya juga ditawarkan untuk mengajar kelas tambahan di sekolah tersebut. Namun begitu, disebabkan kekangan masa dan jarak, saya dengan berat hati terpaksa menolak tawaran tersebut.

Sebagai guru tuisyen Matematik, saya mendapati bahawa masalah pembelajaran pelajar tidak semestinya berpunca daripada kesukaran mereka untuk mempelajari konsep bagi satu-satu topik dalam subjek Matematik, tetapi adakalanya masalah pembelajaran Matematik ini berpunca daripada faktor sosial dan persekitaran mereka. Emosi terganggu, hilang tumpuan, kepenatan, berasa tertekan, bosan dan sebagainya boleh menjadi faktor pelajar ini tidak bermotivasi untuk belajar, dan seterusnya menyebabkan keputusan akademik mereka tidak begitu memuaskan.

Menyedari hakikat ini, maka saya sebagai guru tuisyen Matematik tidak boleh sekadar pergi mengajar di rumah pelajar, mengajar, mengambil upah dan kemudian balik begitu sahaja. Sebenarnya, apabila saya membantu memberi bimbingan, dorongan dan sokongan moral kepada pelajar tuisyen saya, secara tidak langsung saya telah membantu pelajar tuisyen Matematik saya untuk menjadi lebih bermotivasi. Kadangkala ada pelajar tuisyen Matematik saya yang sebelum ini dimaklumkan oleh ibu bapa mereka mempunyai ketagihan bermain permainan komputer atau permainan video, sering melepak dengan kawan sehingga larut malam, sering tidur dan kepenatan. Semua masalah ini berpunca dari rasa bosan, kemurungan dan rasa sunyi kerana ditinggalkan di rumah tanpa perhatian ibu bapa. Apabila saya hadir dalam kehidupan pelajar seperti ini, secara tidak langsung saya berperanan sebagai ibu bapa ketiga kepada pelajar-pelajar saya. Jika saya ibu bapa ketiga, siapakah ibu bapa kedua? Sudah tentu guru-guru yang mengajar di sekolah.

Selalunya pelajar yang ditinggalkan bersendirian di rumah atau tanpa ibu bapa, memiliki sikap tidak peduli akan masyarakat sekitar. Pemikiran mereka kaku, sering berasa sunyi, murung dan bosan. Mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat, tetapi tidak tahu kepada siapa hendak ditanyakan tentang apa yang mereka ingin tahu. Kenapa ibu bapa mereka bersikap begitu, kepada guru di sekolah bertindak sedemikian rupa, kenapa jiran di sebelah rumah sikapnya begitu, kenapa kawan-kawan di sekolah suka itu dan ini dan sebagainya. Sebagai guru tuisyen atau tutor Matematik persendirian di rumah, saya membantu pelajar-pelajar ini mendapatkan jawapannya.

Menjadi Cikgu Tuisyen bagi subjek Matematik di Pasir Gudang dan Johor Bahru sememangnya satu tugas yang paling saya gemari. Kadangkala, saya menerima panggilan daripada ibu bapa yang berada di luar kawasan Johor Bahru dan Pasir Gudang yang memerlukan khidmat Guru Tuisyen Matematik Persendirian untuk mengajar tuisyen di rumah mereka. Memandangkan jarak yang sangat jauh, saya terpaksa menolaknya.

Sudah menjadi tradisi, pelajar yang belajar tuisyen Matematik dengan saya biasanya akan bermula dari kecil sehinggalah tamat SPM. Sekiranya pelajar-pelajar ini masuk ke MRSM, sekolah berasrama penuh, sekolah sains, sekolah teknik dan sebagainya, mereka biasanya akan datang belajar pada masa cuti sekolah. Bagi saya, ini adalah satu bentuk penjenamaan guru tuisyen. Jika ada peminat Adidas, Nike dan sebagainya, maka guru tuisyen pula boleh menjadi guru tuisyen popular yang digemari keluarga dan masyarakat sekitar, yang sentiasa mendatangkan kegembiraan kepada mana-mana keluarga.

This article is about Home Tuition in Johor Bahru for UPSR, PMR, PBS and SPM. Artikel ini adalah mengenai guru tuisyen Matematik UPSR di rumah di sekitar kawasan Johor Bahru dan Pasir Gudang untuk subjek Matematik UPSR, PMR dan SPM.

Wednesday, December 21, 2011

Cikgu Tuisyen Subjek Matematik - Catatan

Tahun depan, 2012, genap 12 tahun saya mengajar Matematik. Setiap pelajar tuisyen yang saya ajar memiliki keunikan tingkah laku, latar belakang dan masalah peribadi. Tuisyen untuk pelajar sekolah rendah atau peringkat UPSR begini, tuisyen untuk pelajar sekolah menengah, PMR dan SPM pula begini.

Sejak akhir-akhir ini saya mendapat banyak permintaan daripada ibu bapa pelajar yang mahukan saya mengajar tuisyen Sains atau Sciences, tuisyen Bahasa Inggeris atau English, tuisyen Sejarah, tuisyen Geografi, tuisyen Bahasa Melayu, dan sebagainya. Buat masa ini saya mengajar Matematik dan Matematik Tambahan, tetapi nampak gayanya pada masa akan datang, kemungkinan besar saya akan mengajar subjek-subjek lain juga. Ini kerana kemahiran saya semakin hari bertambah, dan terus bertambah menyebabkan saya sendiri pun rasa saya kini berkebolehan hampir dalam semua subjek.

Tahu dan ajar adalah dua perkara berbeza. Pandai belajar dan pandai mengajar juga adalah dua perkara berbeza. Mengajar merupakan satu kemahiran. Saya telah mengasah kemahiran mengajar selama 12 tahun. Setakat ini, saya bersyukur kerana pelajar-pelajar yang mengikuti tuisyen saya dapat memahami apa yang saya ajar dengan mudah.

Dahulu saya sentiasa hadkan bilangan pelajar, namun kini, saya rasa saya mula mampu mengendalikan jadual harian dengan lebih berkesan. Kini, saya semakin fleksibel dalam pengambilan pelajar. Sebagai guru tuisyen Matematik di sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru ini, saya sentiasa mengkaji pelajar-pelajar yang saya ajar. Pelbagai jenis teknik yang telah saya gunakan, saya mengajar pelajar saya untuk mengaplikasikan konsep Matematik dalam kehidupan seharian.

Mengajar Matematik boleh jadi satu bentuk pendidikan kemanusiaan. Kita sentiasa mahu melihat anak kita menjadi orang yang berguna. Oleh itu, saya mengajar tuisyen Matematik bukan sekadar mengajar pelajar untuk pandai dalam Matematik atau Matematik Tambahan, tetapi saya juga sebagai ibu bapa ketiga pelajar tuisyen saya, memastikan pelajar tuisyen saya dididik secara tidak langsung tentang adab, tentang cita-cita, tentang membalas jasa ibu bapa, tentang betapa bersyukurnya dapat hidup sebagai rakyat Malaysia dan sebagainya.

Jika dahulu saya sering memilih jenis pelajar tuisyen, iaitu dari kalangan kes istimewa seperti pelajar lembam Matematik, pelajar lemah Matematik, namun, selepas saya mengajar seorang pelajar MRSM tingkatan dua baru-baru ini, saya mula sedar bahawa bukan pelajar lemah atau lembam atau ketinggalan banyak bulan dalam kelas Matematik sahaja yang perlu mengikuti kelas Matematik, tetapi juga pelajar yang berada di sekolah ternama.

Jangan sangka pelajar pandai, duduk di kelas depan, tidak ada masalah dalan pembelajaran Matematik. Mereka mungkin ada masalah dalam Matematik, atau mungkin dalam subjek-subjek lain atau perkara-perkara lain dalam hidup mereka.

Setiap panggilan ibu bapa atau pelajar yang meminta saya mengajar Matematik sebenarnya amat bermakna. Dahulu, saya cepat-cepat menolak bila mendapat tahu bakal pelajar tuisyen saya itu dari kelas depan atau kelas pandai, namun sekarang selepas mengajar pelajar di sebuah sekolah elit, saya mula sedar, bahawa pelajar bijak juga sebenarnya ada yang memerlukan perkhidmatan tuisyen peribadi atau tuisyen di rumah.

Bila terkenang kembali betapa ramai permintaan ibu bapa yang mahu saya mengajar anak mereka telah saya tolak, tiba-tiba saya dilanda perasaan sedih. Dahulu saya begitu taksub akan konsep Matematik, saya lupa peranan saya sebagai guru tuisyen adalah untuk memberi perkhidmatan tuisyen peribadi di rumah kepada mana-mana pelajar atau invididu yang tercari-cari guru atau cikgu tuisyen Matematik yang boleh mengajar anak mereka.

Nampaknya, mulai hari ini, saya perlu lebih fleksibel. Kasihan ibu bapa yang betul-betul tercari-cari guru untuk membimbing anak mereka. Kini, saya menerima mana-mana pelajar tuisyen Matematik. Mungkin kita rasa mereka bijak dan pandai, namun sebenarnya mungkin mereka ada masalah lain dalam kehidupan harian mereka yang telah menyebabkan mereka ketinggalan dalam mata pelajaran Matematik. Oleh sebab itu, mereka sangat-sangat memerlukan bantuan cikgu tuisyen Matematik untuk membantu mereka memahami dan menguasai konsep-konsep Matematik.



Saya gembira, kerana menerusi pakej tuisyen Matematik cuti sekolah yang saya perkenalkan, saya telah dapat membantu seorang pelajar MRSM untuk menguasai banyak konsep Matematik yang tidak dapat dikuasainya sebelum ini. Saya bersyukur, kerana dapat membantu meringankan beban seorang pelajar pintar dalam Matematik tetapi tidak dapat menguasai banyak konsep Matematik sebelum ini kerana ada masalah lain dalam hidupnya.

Hari ini hari terakhir pakej tuisyen Matematik cuti sekolah antara saya dengan pelajar ini.  Esok lusa dia akan sibuk mencari barang-barang dan membuat persiapan untuk kembali ke MRSM. Terasa sayu sedikit. Sayu, kerana saya memikirkan masalah pelajar ini semasa di MRSM, sayu kerana memikirkan mungkin pelajar-pelajar pandai yang pernah memohon untuk belajar tuisyen Matematik dengan saya yang telah saya tolak sebelum ini. Saya berkata kepada diri saya sendiri:


"Anak orang tu betul-betul nak cari cikgu tuisyen yang boleh ajar Matematik, tapi awak sebagai guru tusiyen, awak tolak pula. Tak semestinya budak tu belajar di sekolah pandai, automatik akan pandai Matematik. Kadangkala, pelajar pandai ada masalah yang kita takkan tahu, dalam Matematik, kalau kita tak ajar mereka."


Hari ini saya rasa betul-betul sayu... harapan ibu bapa... harapan pelajar... pelajar tercari-cari orang yang boleh membantu dirinya... saya tolak semata-mata pelajar tersebut belajar di sekolah pandai atau kelas pandai... semua ini bermain di fikiran saya. Kesal dan sedih apabila mengingati ada ibu bapa yang agak kecewa apabila saya menolak atau tidak dapat memenuhi permintaan mereka untuk mengajar anak mereka.


Masalah orang sukar untuk diduga...

Ayah kepada pelajar MRSM ini memberitahu saya bahawa nanti kalau anaknya bercuti sekolah, tahun 2012 nanti, dia akan menjemput saya datang untuk mengajar anaknya lagi. Sebelum balik, ayahnya meminta anaknya mengiringi saya sampai ke kereta, anaknya memberitahu saya, tahun depan, saya akan mengajarnya lagi, semasa cuti sekolah. Saya tersenyum.


Tiba-tiba saya rasa seolah-olah 'dosa' saya kerana menolak begitu banyak permintaan daripada ibu bapa kepada anak-anak yang belajar di sekolah pandai atau yang tidak bermasalah dalam pelajaran terubat. Ini sebenarnya adalah permulaan, saya mengubah pendirian saya sebagai Cikgu Tuisyen Persendirian, daripada cikgu tuisyen Matematik yang begitu selektif, kepada guru tuisyen yang terbuka menerima mana-mana pelajar yang memerlukan bantuan tutor peribadi di rumah.

Home Tuition Tuisyen Di Rumah Tuisyen Peribadi Tutor Matematik Pasir Gudang Johor Bahru

Sunday, December 11, 2011

Tuisyen Matematik Dari Sudut Psikologi Pembelajaran Matematik

Sepanjang sebelas tahun saya mengajar tuisyen Matematik, saya ada beberapa kali bertemu dengan pelajar kategori lembam, memiliki daya ingatan yang sangat lemah, daya kefahaman yang lemah, kurang mahu berfikir dan kurang fokus.

Terbaru, saya diminta untuk mengajar seorang pelajar tingkatan menengah rendah yang sangat lemah dalam Matematik, khususnya sifir. Sebenarnya terdapat banyak teknik untuk mengingati sifir. Ada kaedah menghafal dan ada kaedah untuk menghayati sifir. Apa bezanya kaedah menghafal dan menghayati sifir.

Kaedah menghafal sifir adalah kaedah yang biasa dilakukan oleh pelajar-pelajar yang baru mahu mengingati sifir. Namun kaedah menghayati sifir adalah satu kemahiran beberapa langkah lebih tinggi berbanding kemahiran menghafal sifir. Pelajar yang menghayati sifir akan dapat melihat pola dan turutan dari satu nilai angka ke satu nilai angka yang lain.

Saya gunakan kaedah ini untuk mengajar pelajar menengah rendah yang sangat lemah ini. Ayah pelajar ini merasakan anaknya tidak ada harapan lagi untuk menguasai Matematik. Benar, tahap kesabaran untuk mengajar pelajar lembam seperti ini perlu tinggi. Ramai tutor akan sesak nafas dan berputus asa untuk menerima pelajar lembam seperti ini. Sebagai seorang guru tuisyen Matematik dan juga pencinta ilmu pendidikan Matematik, saya melihat sebaliknya. Pelajar lembam yang lemah Matematik ini saya anggap sebagai satu usaha untuk memantapkan lagi kemahiran, pengetahuan dan pengalaman mengajar Matematik saya.

Pada masa yang sama, saya menilai pelajar tuisyen Matematik saya ini dari sudut psikologi pembelajarannya. Ilmu yang saya dapati dalam bidang bimbingan kaunseling, psikologi pendidikan, sosiologi, komunikasi berkesan, sejarah dan falsafah Matematik, serta beberapa disiplin Matematik yang lain saya gunakan untuk merekabentuk satu teknik pengajaran khusus dan unik untuk pelajar lembam.
Hasilnya pelajar ini menunjukkan peningkatan dari segi pemahaman dan kemahiran untuk menjawab dan menyelesaikan soalan Matematik. Pelajar ini lemah serba serbi dalam semua mata pelajaran. Ini satu cabaran yang besar sebenarnya. Memandangkan teks Matematik pada ketika ini masih dalam Bahasa Inggeris, pelajar ini menghadapi masalah untuk memahami soalan-soalan berbentuk penyelesaian masalah dalan subjek Matematik. Saya difahamkan pelajar ini mendapat markah kurang daripada 10 untuk subjek Bahasa Inggeris, dan ini merupakan cabaran besar bagi saya untuk memastikan pelajar ini memahami apa yang dikehendaki dalam soalan Matematik.

Daya ingatan pelajar ini pula sangat lemah. Pelajar ini mudah lupa apa yang dipelajarinya biarpun dia sudah memahami dengan cukup baik apa yang telah dipelajarinya sebelum ini. Ini adalah kes yang sangat berat sebenarnya. Memandangkan kes pembelajaran pelajar tuisyen Matematik saya ini sangat berat, saya perlu memahami personalitinya dengan lebih dalam.

Hasil penelitian saya mendapati adanya kelebihan dalam diri pelajar ini, dan kelebihan tersebut saya gunakan untuk membantunya mengingati konsep dan kemahiran dalam Matematik dengan lebih lama. Dalam seminggu saya perlu memastikan pelajar ini tidak berhenti membuat ulangkaji Matematik, dan ini juga sebenarnya merupakan satu cabaran berat.

Jika hendak berjaya, mesti perlu ada usaha. Sebagai guru tuisyen Matematik di Pasir Gudang dan Johor Bahru, skop perjalanan perkhidmatan saya cuma terhad di sekitar kawasan Pasir Gudang dan Johor Bahru sahaja. Jika boleh, saya mahu meluaskan lagi kawasan perkhidmatan tetapi masa yang ada tidak mengizinkan. Dengan menganjurkan perkhidmatan tuisyen Matematik di sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru ini juga, memberi peluang kepada saya untuk merisik dan mengkaji teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran Matematik yang dilaksanakan di sekolah-sekolah sekitar Johor Bahru dan Pasir Gudang. Dalam erti kata lain, apabila saya mengajar tuisyen Matematik untuk pelajar-pelajar di serata daerah Pasir Gudang dan Johor Bahru, saya juga berpeluang untuk mengkaji dan memahami senario pengajaran dan pembelajaran Matematik di dua daerah ini.

Sebagai tutor Matematik, saya membimbing pelajar dalam memahami satu-satu konsep sama ada yang belum atau sudah dipelajari. Saya membuka pandangan pelajar tentang konsep Matematik pada peringkat yang lebih luas. Saya mencadangkan pelbagai idea tentang kegunaan dan aplikasi konsep Matematik dalam kehidupan harian dan dalam penyelesaian masalah kehidupan harian. Pendekatan yang saya gunakan ini tampak berjaya dalam menarik minat pelajar tuisyen saya untuk mempelajari Matematik. Wujudnya minat mereka terhadap Matematik adalah kerana saya menggunakan teknik kenal dan mesra Matematik. Matematik bukan sekadar satu subjek, tetapi satu bidang, satu inspirasi, satu kemahiran yang boleh dipelbagaikan fungsinya dalam kehidupan manusia. Semua ini adalah berasaskan kajian saya terhadap pendekatan dalam pengajaran Matematik sepanjang sebelas tahun berkhidmat sebagai tutor tuisyen Matematik.

Kaedah pembelajaran, personaliti pelajar, kemudahan asas, latar belakang disiplin, genetik dan sebagainya menarik perhatian untuk saya kaji dan merumuskan kaedah pengajaran yang baru. Sebagai tutor tuisyen Matematik, saya bukan sekadar memberi peluang kepada pelajar-pelajar lemah Matematik untuk memperbaiki tahap penguasaan kemahiran Matematik, tetapi saya juga berpeluang mempraktikkan teknik-teknik mengajar Matematik yang diilhamkan berdasarkan teknik-teknik pengajaran Matematik daripada beberapa negara.

Sebenarnya saya menaruh hajat untuk mengembara ke serata negara di dunia untuk melihat teknik pengajaran dan pembelajaran Matematik di beberapa buah negara lain. Pemerhatian dan kajian yang bakal dilakukan ini akan membantu saya untuk merumuskan kaedah pengajaran dan pembelajaran Matematik yang lebih unggul pada kemudian hari.

Walaupun sudah sebelas tahun menjadi tutor Matematik, saya juga masih mengikuti atau menghadiri mana-mana kursus Matematik yang dianjurkan, tidak kira di sekitar Johor atau di luar negeri Johor. Bagi saya, menghabiskan wang beratus-ratus ringgit bukan satu masalah, kerana minat untuk belajar kaedah-kaedah mengajar Matematik itu adalah datang dari rasa cinta saya terhadap dunia pengajaran Matematik. Seperti cawan yang kosong, saya akan terus memburu ilmu-ilmu Matematik yang baru untuk dikaji dan diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik.

Salah satu sebab kenapa saya masih terus menjadi tutor Matematik, adalah kerana dengan menjadi tutor Matematik, saya mendapat peluang untuk merisik pelbagai teknik dan kemahiran mengajar dan mempelajari Matematik, selain saya dapat terus memahami situasi pelajar-pelajar masa kini dalam mempelajari Matematik. Dengan menjadi tutor Matematik juga, saya dapat memantapkan lagi kemahiran Matematik secara lebih spesifik. Ini kerana saya dapat melihat perkembangan setiap pelajar Matematik saya dengan lebih jelas. Saya dapat melihat tingkah laku pembelajaran pelajar-pelajar tuisyen saya terhadap Matematik dengan lebih teliti. Setiap kejayaan yang dicapai dalam proses pengajaran dan pembelajaran Matematik menjadi satu kepuasan bagi saya sebagai pencinta dunia pengajaran Matematik.

Monday, September 26, 2011

Satu Penghormatan: Dihubungi Semula Pelajar Tuisyen Lama Selepas Berpindah

Sekitar tahun 2008-2009 dahulu, sebelum berhijrah ke Johor Bahru, saya ada mengajar tuisyen di rumah untuk seorang pelajar Tingkatan 2, di Pengkalan Chepa, Kelantan. Subjek Matematik. Kini saya telah berpindah ke Johor. Sekarang, keluarga beliau pula telah berpindah ke Pasir Gudang, Johor.

Kemudian, keluarga beliau menghubungi saya semula, dan khidmat saya untuk mengajar tuisyen di rumah diperlukan kembali. Sebagai bekas guru tuisyen beliau, saya rasa sangat gembira kerana beliau dan keluarganya masih mengingati saya, dan menjadikan saya pilihan pertama sebaik sahaja mereka menjejakkan kaki ke negeri Johor. Saya berasa sangat sukacita kerana mereka masih menyimpan nombor telefon saya.

Apakah rasanya apabila seorang bekas pelajar tuisyen kita menghubungi kita semula selepas berpindah ke tempat yang sama? Sebagai guru tuisyen, saya berasa dihargai. Bagi saya, ini bermaksud perkhidmatan mengajar tuisyen di rumah yang telah saya lakukan selama ini, mendapat kepercayaan daripada pelajar dan ibu bapa beliau.

Setelah hampir tiga tahun berpisah, guru tuisyen yang dicari, tetap adalah saya. Bukan bermaksud untuk berbangga diri, tetapi saya berasa puas hati kerana ada pelajar dan ibu bapa pelajar yang mempercayai saya, untuk sekali lagi memberi perkhidmatan tuisyen di rumah walaupun selepas beberapa tahun berpisah. Satu kepercayaan yang membuatkan saya tersenyum gembira pada hari ini.

Sudah pasti, mudah sahaja saya menerima pelajar ini sebagai pelajar tuisyen saya. Ia mengingatkan semula saya ke zaman ketika mengajar di Kelantan pada tahun 2009 dan sebelumnya, sebelum saya berhijrah ke Johor.

Tuesday, September 6, 2011

MITOS - ADA CARA TERLALU CEPAT DAN MUDAH UNTUK BELAJAR JADUAL SIFIR

KEMAHIRAN MENDARAB DAN MEMBAHAGI MEMERLUKAN LATIHAN - TIDAK ADA JALAN PINTAS.

Matematik melibatkan kepantasan otak. Kita boleh mengira Matematik dengan pantas. Itu benar. Namun, jangan mudah percaya jika ada mana-mana pengajar Matematik yang mengatakan bahawa jadual sifir Matematik boleh dikuasai dalam beberapa minit sahaja. Ini pasti memberi tekanan kepada pelajar.

Anggaplah konsep menguasai jadual sifir Matematik itu sebagai latihan berlari. Selaju mana pun kita berlari, akan ada batas-batas tertentu dalam pergerakan kaki kita. Begitu juga nisbah kelajuan langkah kaki antara ahli sukan lari pecut dunia. Jangan terlalu taksub dengan kepantasan super atau kepantasan laju bak kilat dalam menguasai jadual sifir.

Sebagaimana latihan berlari pecut, begitu juga latihan mendarab atau membahagi dalam Matematik. Pelajar-pelajar perlukan latihan. Menerusi latihan demi latihan ini, maka kepantasan mengira akan meningkat. Stamina ahli pecut meningkat, kepantasan mengira Matematik pelajar meningkat. Begitulah kias bahasanya mengenai pembelajaran Matematik.

Jika seseorang pelajar itu mahu menguasai Matematik, mereka perlukan latihan demi latihan. Seperti pelari pecut, kalau berlari tanpa henti dan tanpa pemulihan pasti sel-sel otot kaki akan tercedera, begitu juga Matematik. Para pelajar tidak perlu belajar Matematik secara berterusan sampai otak pun penat.

Untuk menguasai pendaraban dan pembahagian, lakukanlah latihan setiap hari. Bukannya mengharap keajaiban bahawa dalam beberapa saat atau minit sahaja dapat menguasai pendaraban atau pembahagian Matematik. Tanpa latihan, kemahiran pendaraban dan pembahagian Matematik akan kembali lemah dan lembab. Oleh itu, tidak ada cuti berbulan madu dalam kamus belajar Matematik. Ingat pesan Cikgu.

Untuk maklumat lanjut mengenai tuisyen Matematik - tuition Mathematics Johor Bahru - Pasir Gudang, anda boleh menghubungi Cikgu Amien.

Home Tuition Tuisyen Di Rumah Tuisyen Peribadi Tutor Matematik Pasir Gudang Johor Bahru

Monday, September 5, 2011

MITOS - KEBANYAKAN PELAJAR TIDAK ADA KEBOLEHAN MENGUASAI JADUAL DARAB SIFIR?

Berdasarkan penelitian saya terhadap pandangan beberapa orang guru muda atau guru baru yang mengajar Matematik, ramai yang berpendapat bahawa pelajar tidak mampu untuk menguasai jadual sifir Matematik. Ini satu pandangan yang tidak benar.

Semua pelajar sekolah yang dilahirkan sihat akal fikirannya mampu menguasai semua asas pendaraban dalam lingkungan 100. Ini bergantung pada cepat atau lambatnya sahaja. Memang ada pelajar yang tidak mahir sifir Matematik walaupun mereka sudah berada di peringkat darjah enam sekolah rendah atau sekolah menengah. Hal ini berlaku kerana mereka tidak diajar untuk belajar. Sebagai guru, kita bukan mengajar konsep Matematik semata-mata, tetapi juga mengajar pelajar cara untuk mempelajari Matematik. Kesilapan inilah yang sering berlaku di kalangan guru-guru baru Matematik.

Selain itu, ada pelajar yang langsung tidak mahu belajar Matematik, tidak mahu membuat kerja rumah dan latiham Matematik, oleh itu mereka langsung tidak mengingati sifir-sifir Matematik. Ini adalah masalah disiplin pembelajaran. Salah satu faktor, kenapa ada ibu bapa mendapatkan perkhidmatan guru tuisyen Matematik untuk memerhati tingkah laku pembelajaran anak mereka di Matematik. Salah satu faktor kenapa tindakan tegas perlu diambil ke atas para pelajar yang malas menyiapkan kerja rumah dan latihan Matematik.

Secara umumnya, jika seseorang pelajar itu berminat untuk menguasai jadual sifir pendaraban, pembahagian, kuasa dua atau punca kuasa dua, mereka boleh menguasainya menerusi tunjuk ajar guru. Jadual sifir Matematik 9 x 9 adalah teknik menguasai sifir yang digalakkan. Jadual bukan sekadar jadual, tetapi melibatkan juga bilangan petak-petak. Libatkan kedua-dua konsep ini semasa mengajar pelajar mengenai jadual sifir. Pasti kejayaan menemui anda semua.

Ikhlas daripada Cikgu Amien, guru tuisyen Matematik Johor Bahru - Pasir Gudang.





Home Tuition Tuisyen Di Rumah Tuisyen Peribadi Tutor Matematik Pasir Gudang Johor Bahru

Sunday, September 4, 2011

MITOS DALAM MATEMATIK - Teknik Menghafal Sifir 20x20 Tidak Wajar

 Sebagai seorang guru tuisyen Matematik yang berpengalaman lebih daripada 11 tahun, sehingga tulisan ini dibuat, saya amat tidak menggalakkan para pelajar untuk menghafal sifir sehingga sifir 20 x 20. Para pelajar perlu faham bahawa sifir darab atau pun sifir bahagi adalah satu bentuk pernyataan yang diungkap dalam bentuk persamaan setelah melalui pengiraan yang biasa.

Oleh itu kenapa pelajar mesti menghafal sifir seperti 15 x 11, 13 x 19 dan sebagainya?

Jika pelajar telah menguasai jadual sifir 9 x 9, semua proses pendaraban yang melibatkan angka-angka melebihi dua digit akan menjadi mudah. Ingat, menghafal adalah kaedah burung kakak tua. Para pelajar bukan burung kakak tua. Menghayati konsep pengiraan pendaraban Matematik itu adalah perkara penting.

Para pelajar juga diingatkan untuk membiasakan diri menggunakan pen atau pensil dan kertas untuk membuat latihan pengiraan sifir. Anda mungkin boleh menggunakan kalkulator sebagai rujukan. Kenapa menghafal sifir  berjadual sehingga 9 x 9 ini penting? 

Pada dasarnya, ia bertujuan mempercepatkan lagi proses pengiraan, namun pada peringkat yang lebih tinggi, ia memudahkan pelajar menyelesaiakan soalan-soalan yang melibatkan anu (unknown).

Ketahui lebih lanjut tentang teknik pendaraban pantas Cikgu Tuisyen Matematik Johor Bahru Pasir Gudang.



Home Tuition Tuisyen Di Rumah Tuisyen Peribadi Tutor Matematik Pasir Gudang Johor Bahru

Monday, August 29, 2011

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA DARI TUTOR TUISYEN JOHOR BAHRU - PASIR GUDANG

TUTOR TUISYEN JOHOR BAHRU - PASIR GUDANG mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL FITRI
KEPADA SEMUA UMAT ISLAM

DAN

SALAM KEMERDEKAAN
KEPADA SEMUA WARGANEGARA
MALAYSIA.

Tuesday, August 23, 2011

Kepakaran IT Seorang Guru Tuisyen Matematik

Sudah lama saya tidak memprogram pangkalan data. Hari ini saya bercadang untuk mengangkat status saya dari seorang tutor atau guru tuisyen kepada agen tutor atau agen tuisyen. Ini akan memberi peluang kepada ramai tutor untuk membantu mana-mana ibu bapa yang memerlukan khidmat tutor.

Sunday, August 21, 2011

Hari Ini Saya Kehilangan Seorang Anak Saudara

Hari ini saya kehilangan seorang anak saudara,
dan saya berasa sangat sedih.

Friday, August 19, 2011

Tuisyen Percubaan PMR Johor Bahru

Peperiksaan Percubaan PMR 2011 baru sahaja berlalu. Saya gembira melihat seorang pelajar tuisyen saya yang baru beberapa kali mengikuti sesi tuisyen saya sejak dua minggu lepas sudah menunjukkan prestasi yang baik. Keputusan beliau dalam ujian percubaan meningkat mendadak. Buat pertama kali, beliau lulus Matematik, selepas empat kali pertemuan sekitar dua minggu lalu.

Pelajar tuisyen saya yang terbaru ini (pelajar perempuan) tidak pernah lulus Matematik PMR sebelum ini. Pada peringkat permulaan saya mengenal pasti masalah utama beliau. Pelajar ini merupakan pelajar kelas belakang, dan persekitaran pembelajarannya di sekolah tidak memberangsangkan. Beliau dikelilingi oleh pelajar-pelajar yang kurang berminat dalam pelajaran.

Sebagai seorang guru, saya memiliki ego (ego yang baik). Saya mahu melihat pelajar saya mampu menjawab apa sahaja soalan atau permasalahan yang diberi, bukan menghafal jalan kerja semata-mata. Ego ini, kerana saya mahu melahirkan pakar Matematik setanding Al-Khawarizmi, bukannya pelajar gred A Matematik bertaraf kakak tua. Kerana itu, saya sangat suka mengajar subjek Matematik.
Memandangkan pelajar ini merupakan pelajar yang bakal menduduki Peperiksaan PMR tidak lama lagi, maka saya dengan mudah menerimanya sebagai pelajar tuisyen saya. Beliau berhajat untuk belajar di Sekolah Menengah Teknik selepas ini. Tuisyen Matematik saya dengan pelajar yang tinggal di kawasan Johor Bahru ini merangkumi masa sekitar 1 sesi sahaja. Namun, atas permintaan beliau, sesi tuisyen telah dilanjutkan menjadi 2 sesi.

Memandangkan saya telah pun mengikuti bengkel penandaan kertas PMR - Matematik sebelum ini (yang merupakan idaman guru-guru Matematik), maka mudahlah bagi saya untuk meletakkan objektif bimbingan atau proses tutor dan hasil pembelajaran untuk pelajar tuisyen Matematik saya.

Maruah seorang guru, tidak kira guru sekolah atau pun guru tuisyen Matematik boleh diandaikan menerusi kejayaan anak murid untuk berdikari menjawab soalan peperiksaan Matematik dengan sendiri. Selepas mengajar beberapa topik penting untuk PMR, saya berbangga melihat hasil kerja pelajar tuisyen saya ini. Kebanyakan topik penting berjaya dijawabnya, jauh lebih baik daripada awal-awal saya mengenali beliau, jauh lebih baik daripada sebelum ini.
Sebagai seorang guru Matematik, saya memiliki ego (ego yang baik). Saya mahu melihat pelajar saya mampu menjawab apa sahaja soalan atau permasalahan yang diberi, bukan menghafal jalan kerja semata-mata. Ego ini, kerana saya mahu melahirkan pakar Matematik setanding Al-Khawarizmi, bukannya pelajar gred A Matematik bertaraf kakak tua. Kerana itu, saya sangat suka mengajar subjek Matematik.

Pelajar tuisyen saya ini memberitahu saya bahawa sebelum ini beliau amat bermasalah untuk mencari orang yang boleh memberi bimbingan tambahan dalam subjek Matematik. Kawan-kawan sekelas pula tidak begitu bermotivasi untuk belajar.

Saya juga menasihat beliau supaya sentiasa menghormati guru Matematik di sekolah, dan jangan sesekali memberi apa-apa komen yang tidak elok terhadap guru di sekolah. Memang benar, masa untuk guru-guru sekolah membimbing pelajar di sekolah terhad kerana ramai murid yang perlu dibimbing dalam satu-satu masa di sekolah. Namun menerusi kelas-kelas tuisyen, apa lagi menerusi khidmat tuisyen peribadi di rumah, barulah pelajar-pelajar dapat membantu diri sendiri untuk memahami dengan lebih mendalam bagi satu-satu topik menerusi bimbingan daripada guru tuisyen.

Guru tuisyen Matematik dan guru sekolah seharusnya menjadi rakan seperjuangan. Guru tuisyen Matematik dan Guru Matematik Sekolah, kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk membimbing pelajar-pelajar supaya berjaya dalam pelajaran.

Wednesday, August 17, 2011

Program Pemulihan Matematik - Tuisyen Matematik Di Rumah

Program Pemulihan Matematik Menunjukkan Kejayaan
MENERUSI TUISYEN MATEMATIK

Seorang pelajar dengan mimik muka hampir menangis memberitahu saya, "Cikgu, sekarang saya baru tahu betapa senangnya Matematik. Dulu saya tak boleh buat, sekarang dah boleh! Terima kasih, Cikgu."

Pelajar ini merupakan salah seorang pelajar kelas tuisyen Matematik PMR saya. Beliau telah diajar semula asas-asas Matematik untuk membolehkan beliau menduduki peperiksaan Matematik PMR dengan lebih yakin dan efektif.

Rata-rata guru berpendapat, tuisyen Matematik merupakan satu-satunya cara untuk mengisi kekurangan dari segi masa bimbingan di sekolah. Bayangkan satu kelas sahaja sudah ada sekitar 30-40 orang pelajar, manakala masa yang diperuntukkan untuk membimbing adalah kurang daripada 20 minit jika ditolak dari masa mengajar di papan hitam.

Sebagai seorang guru tuisyen Matematik, melihat kejayaan pelajar dan kegembiraan hati ibu bapa terhadap kejayaan anak-anak mereka, adalah kepuasan sebenar bagi seorang guru tuisyen Matematik.

Sunday, January 30, 2011

BUKU LATIHAN TUISYEN MATEMATIK DAN DOKTOR FALSAFAH

Tahun lepas aku dilamar penerbit buku terkenal untuk terlibat sebagai penulis buku rujukan dan latih tubi Matematik khusus untuk pelajar-pelajar sekolah. Tawaran itu memang menarik dan seterusnya akan melonjakkan lagi populariti aku sebagai seorang guru tuisyen.

Buat masa ini, aku memang sedang mengkaji dan menyusun sendiri modul-modul Matematik berdasarkan kajian yang aku jalankan di sekolah-sekolah. Modul ini bertujuan membantu pelajar-pelajar lemah dalam Matematik.

Setakat ini modul-modul yang aku gunakan telah menunjukkan bukti, mampu membantu pelajar-pelajar dari kelas paling belakang, untuk mendapat A dalam Matematik, biarpun sebelum ini mereka sering gagal dalam ujian bulanan dan peperiksaan.

Ilmu-ilmu yang aku perolehi dari Ijazah Sarjana (Bachelor Degree) Pendidikan Matematik dan kini ilmu-ilmu di peringkat Sarjana (Masters) aku gunakan untuk membantu para pelajar dalam menguasai Matematik. Dalam beberapa tahun lagi, aku akan berangkat ke luar negara untuk melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dan agaknya ketika itu, aku akan mengajar anak-anak orang Barat pula.

Nampaknya dalam setahun dua ini, aku harus mula mengkaji silibus Matematik sekolah-sekolah di Barat untuk memudahkan aku merancang modul dan perancangan mengajar untuk subjek Matematik berdasarkan silibus orang-orang Barat. Atau mungkin aku akan membuka kelas Bahasa Melayu di universiti, atau mungkin aku akan fokus terhadap pengkajian kejuruteraan perisian sahaja.

Buat masa ini, fokus aku adalah terhadap modul-modul khas untuk pelajar lemah Matematik. Modul-modul ini akan memudahkan pembelajaran, pengajaran dan sesi tutorial yang akan dilaksanakan. Seperti biasa, aku amat menjaga kualiti masa dan tenaga. Bilangan pelajar yang kuambil sangat sedikit. Ini kerana, mengajar tuisyen adalah satu hobi untukku selain untuk mengkaji tingkah laku pelajar pada zaman ini terhadap pembelajaran secara lebih dekat.

Sunday, September 12, 2010

Kepentingan Menguasai Matematik Selepas UPSR

TAWARAN: Tuisyen Matematik untuk PASCA UPSR
KELEBIHAN: Pelajar lepasan UPSR akan dapat menguasai Matematik peringkat PMR dengan lebih pantas dan seterusnya berusaha untuk mencapai tahap markah 95 peratus dan ke atas untuk subjek Matematik di peringkat PMR dan SPM.

TAWARAN: Tuisyen Matematik atau Matematik Tambahan untuk PASCA PMR
KELEBIHAN: Pelajar lepasan PMR akan dapat menguasai Matematik peringkat SPM dengan lebih pantas dan seterusnya berusaha untuk mencapai tahap markah 95 peratus dan ke atas untuk subjek Matematik di peringkat SPM.

Pelajar-pelajar yang berminat untuk bekerja di bidang kejuruteraan atau sains dan teknologi tentu tahu betapa pentingnya subjek Matematik Tambahan sebagai subjek pilihan yang penting untuk masuk ke aliran Sains Tulen. Sekiranya selepas PMR, mereka mendapat pendedahan awal untuk subjek Matematik Tambahan, maka peluang untuk pelajar mencapai cita-cita sebagai jurutera, saintis atau ahli Matematik tentu lebih cerah.

Jadual Pendaraban Petak Sifir - Multiplication Table

Jika anda sebagai ibu bapa mendapati anak anda lemah dalam pelajaran, sebelum atau selepas UPSR maka langkah yang bijak untuk membantu anak anda adalah dengan mencari tutor atau pengajar untuk membantu anak anda secara peribadi atau menerusi tuisyen di rumah. Kebanyakan ibu bapa memberitahu saya, sebagai ibu bapa, mereka berharap jika mereka boleh mengajar anak mereka sendiri, tetapi masalahnya, mereka sibuk dengan kerja dan tidak tahu bagaimana cara untuk mengajar anak mereka supaya berjaya dalam pelajaran. Di luar sana, terdapat ramai tutor yang memiliki ijazah dalam bidang pendidikan yang mampu mengatasi masalah yang dihadapi ibu bapa.

Subjek Matematik dan Sains merupakan dua subjek penting yang menentukan aliran mana pelajar tersebut akan berada. Selalunya, pelajar yang pintar Matematik dan Sains akan diletakkan di kelas depan atau kelas Sains. Ini kerana pada peringkat SPM, kelas Sains selalunya dianggap sebagai kelas pandai. Sesiapa yang pintar Sains dan Matematik, biasanya akan dapat mengikuti pembelajaran subjek-subjek aliran Sains Tulen dengan lebih mudah seperti Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi dan Kimia. Subjek-subjek ini jugalah yang menentukan bidang pembelajaran pelajar di peringkat institusi pengajian tinggi. Kegagalan menguasai subjek Matematik dan Sains ini pada usia awal remaja akan seterusnya mengurangkan peluang untuk seseorang pelajar mencapai cita-citanya sebagai doktor, jurutera, saintis dan sebagainya.

Kebiasaannya, pelajar akan mengambil UPSR pada usia sekitar 11-13 tahun. Kemudian melangkah ke tingkatan 1 dengan usia yang selangkah ke alam remaja. Alam remaja, di mana pengaruh rakan sebaya begitu kuat dan boleh mengubah sikap dan pemikiran satu-satu remaja. Jika remaja itu terdedah kepada perilaku remaja lain yang baik, maka selalunya baiklah dia.

Kebanyakan remaja yang berkelakuan baik dan rajin akan berada di kelas hadapan, atau kelas pandai, manakala remaja yang berkelakuan kurang baik atau malas akan berada di kelas belakang atau kelas corot.

Jika anak anda mendapat keputusan yang baik semasa UPSR berkemungkinan besar dia akan dapat masuk ke kelas depan, dan jika anak anda tidak mendapat keputusan yang baik, berkemungkinan besar dia akan diletakkan di kelas corot. Bahayanya kelas corot, ialah kesan pengaruh negatif rakan-rakan sekelas yang selalunya malas, tidak bermotivasi atau kurang minat belajar.

Ibu bapa yang prihatin akan masalah ini akan mengambil keputusan untuk menghantar anak mereka ke kelas tuisyen atau mengikuti sesi tutor awal-awal lagi untuk mengelakkan anak mereka daripada diletakkan di kelas corot.

Biasanya, pada awal tahun. Akan ada satu ujian diognastik untuk menentukan semula kedudukan pelajar di sekolah. Jika mereka berjaya melepasi ujian diognastik ini dengan baik, mereka akan diletakkan di kelas yang baik. Ibu bapa biasanya menaruh harapan terakhir mereka pada ujian diognastik seperti ini.

Mungkin keputusan UPSR anak mereka tidak bagus, tetapi kerana mereka mengambil langkah dengan mencari tutor atau pengajar untuk membimbing anak mereka, keajaiban mungkin boleh berlaku. Dengan cara ini, anak mereka tidak berada di kelas corot. Mungkin di kelas pertengahan atau kelas depan. Dan seterusnya mereka akan cuba meningkatkan lagi pencapaian anak-anak mereka supaya dapat masuk dan bergaul dengan pelajar kelas hadapan dan mencontohi budaya minat belajar yang baik.

Apabila anak mereka berada di kelas hadapan, anak mereka dapat bergaul dan berkongsi pengalaman dengan pelajar-pelajar yang bermotivasi untuk belajar. Ini akan dapat membantu anak-anak mereka membentuk konsep kendiri yang lebih baik pada awal remaja. Betapa pentingnya usia awal remaja ini dalam menentukan hala tuju seseorang anak dalam kehidupannya. Jadi tidak hairanlah kenapa kebanyakan ibu bapa sanggup mengorbankan masa dan wang untuk mencari tutor atau pembimbing akademik untuk anak-anak mereka.

Wednesday, September 8, 2010

Lagi Kisah Pelajar Cemerlang

NOTA: Sebelum saya menceritakan kisah seorang pelajar tuisyen saya, terlebih dahulu saya ingin menjelaskan pendirian saya sebagai seorang tutor. Sebagai seorang tutor, saya amat mengutamakan kesungguhan ibu bapa atau pelajar semasa menghubungi saya. Mungkin sesetengah orang kata saya seorang guru tuisyen yang jual mahal dan tindakan saya itu merugikan diri sendiri kerana melepaskan bakal-bakal pelanggan saya. Jadi, di sini saya harus berterus-terang.

Secara tersuratnya, setiap tutor, home tutor, guru tuisyen dan apa-apa yang seangkatan dengannya akan meletakkan nilai harga atau rate price untuk perkhidmatan mereka. Masa itu emas, masa itu duit. Kita menjadikan masa kita untuk berkhidmat kepada orang lain sebagai punca pendapatan kita. Begitu juga dengan saya. Saya juga meletakkan nilai harga untuk perkhidmatan saya sebagaimana tutor-tutor yang lain. Namun semuanya boleh berubah bergantung kepada jarak perjalanan, kesungguhan keluarga, kesungguhan pelajar dan kekangan masa. Pernah saya menguji beberapa keluarga yang duduk sangat jauh daripada kedudukan saya dengan nilai bayaran yang agak mahal. Secara tersiratnya, saya hanya mahu menguji kesungguhan mereka. Kebanyakan tawaran yang saya terima adalah secara begini. Saya menapis tawaran demi tawaran sehinggalah tinggal beberapa pilihan yang kemudiannya saya terima.

Setakat ini saya berpuas hati dengan kaedah saya memilih tawaran. Dapat bertemu dengan keluarga yang menarik sehinggakan anak yang pada mulanya memang tidak berminat belajar menjadi berminat. Malah ada yang sanggup berdiri di depan pintu rumah sambil tertoleh-toleh ke luar rumah untuk melihat saya. Saya melangkah masuk ke rumah mereka dengan hati yang gembira kerana disambut dengan baik setiap kali saya datang mengajar. Mereka menghargai saya, oleh itu saya juga wajib menghargai mereka.

Saya mengajar tuisyen kerana saya suka mengajar. Malah bagi saya, mengajar tuisyen bukan sebagai satu bebanan tetapi sebagai satu hobi. Mengajar tuisyen membuatkan saya lupa dengan tekanan di tempat kerja. Saya seolah-olah berada dalam satu dunia baru yang penuh dengan keseronokan.

Saya suka membantu orang yang mahu membantu diri sendiri. Jika ibu bapa bersungguh-sungguh mahukan saya mengajar anak mereka, mereka pasti akan menghubungi saya beberapa kali. Selalunya saya tidak mengangkat telefon jika saya sedang mengajar atau ada urusan lain. Dan saya juga tidak lagi akan menelefon kembali kerana saya akan menunggu panggilan kedua daripada bakal pelanggan saya. Jika ada, maka dengan izin Allah, itulah rezeki saya. Jika tidak ada, mungkin rezeki orang lain. Biasanya saya tidak akan terus mengajar, saya akan melihat dulu bagaimana sikap pelajar dan sikap ibu bapanya terhadap pelajaran anaknya.

Jika ibu bapa didapati ikhlas atau bersungguh-sungguh mahu menolong anaknya, maka akan hadir rasa simpati dalam diri saya dan pasti saya akan menolong anaknya. Cuma ibu bapa dan pelajar yang pernah mengambil saya sebagai tutor yang akan mengetahui hal yang sebenarnya. Sesungguhnya saya mengajar tuisyen kerana saya seronok mengajar, saya sentiasa mahu menjadikan setiap sesi tutor itu sesuatu yang menarik dan tidak memenatkan. Bersemangat!

Pernah juga saya mengajar seorang dua anak yang main-main dalam pelajarannya. Jika ikutkan hati mahu sahaja saya pulangkan wang tuisyen dan berhenti mengajar anaknya, namun kesungguhan ibu bapanya membuatkan saya simpati dan berusaha untuk mengubah anaknya daripada suka main-main kepada serius dalam pembelajaran. Oleh itu, terlebih dahulu saya rasa saya perlu memohon maaf sekiranya saya agak garang dan tegas semasa mengajar jika keadaan memerlukan saya berbuat demikian.

Apa pun setakat ini, semua ibu bapa yang saya temui boleh menerima cara saya. Alhamdulillah, akhirnya anak mereka menunjukkan perubahan.


KISAH BENAR: Beberapa bulan lepas, seorang ibu, juga merupakan seorang guru meminta saya mengajar anaknya Matematik UPSR. Anaknya ini merupakan pelajar darjah 6 yang bakal menduduki UPSR 2010.

Disebabkan rasa ingin membantu, saya menerima pelajar tersebut. Pada pertemuan pertama, seperti biasa, saya melakukan diagnostik ringkas untuk mengenal pasti apakah punca pelajar tersebut gagal mendapat A dalam Matematik.

Dalam pertemuan kali ke-2, saya menggunakan beberapa pendekatan untuk pelajar terbabit selain membantu meningkatkan minat belajar dan fokusnya terhadap subjek Matematik. Usaha ini tampak membuahan hasil. Pada pertemuan ketiga, pelajar ini menunjukkan perubahan yang luar biasa dari segi minatnya terhadap Matematik.

Saya rasa saya telah bertemu orang lain, tetapi di depan mata saya, dia adalah pelajar yang pernah saya temui dua kali sebelum ini. Kali ini mengajarnya beberapa topik lagi dan kemudian memintanya menjawab satu set soalan UPSR sebenar.

Beliau berjaya mendapat markah sekitar 92 peratus. Saya memintanya agar berusaha mendapat markah lebih daripada 95 peratus.

Sekali lagi, saya berasa puas hati kerana usaha kami berjaya. Saya juga memuji ibu bapanya yang banyak memberi sokongan moral kepada anaknya. Ibu bapa memberi sokongan moral, dan saya sebagai tutor, bertindak sebagai doktor Matematik, membantu mencari punca kelemahan dan kemudian memberi tunjuk ajar yang sesuai berdasarkan Perancangan Mengajar.

Ya, sebagai pengajar, rancangan mengajar itu sangat penting. Ini adalah strategi seorang guru terhadap satu-satu anak murid, atau satu-satu kelas. Jauhari juga yang mengenal manikam.


Iklan Tutor Tution Tuisyen sekitar Johor Bahru, Pasir Gudang, Taman Pelangi, Mount Austin

Friday, May 1, 2009

Tiga Minggu Kemudian... Sebagai Guru Sebenar Di Sebuah Sekolah Menengah

Dalam tempoh tiga minggu ini, saya telah diberi kepercayaan oleh pihak pentadbir untuk memegang beberapa jawatan penting. Terbaru, saya kini sebagai seorang penyelaras untuk aktiviti Hari Guru. Sebelum ini, pasukan pelajar yang saya bantu dan beri tunjuk ajar dalam bidang grafik berjaya mendapat markah yang tinggi untuk bahagian grafik dan persembahan multimedia untuk satu pertandingan melibatkan PowerPoint di Pasir Gudang.

Selepas itu jawatan-jawatan baru pula menyusul. Saya diberi kepercayaan untuk turut serta dalam bidang editorial bagi sidang redaksi sekolah. Komen-komen positif daripada pihak pentadbiran membantu memotivasikan saya untuk meningkatkan lagi mutu kerja.

Entah kenapa, sejak menjadi guru rasmi, saya tidak berminat lagi dengan kerja-kerja sebagai guru tuisyen. Mana-mana pelajar di sekolah saya yang lemah dalam akademik, saya tawarkan tunjuk ajar secara percuma. Walau bagaimana pun, untuk tiga bulan pertama ini, saya perlu berjaga-jaga dengan perbelanjaan bulanan; sewa rumah, makan minum, bil air, bil telefon, bil elektrik, servis dan pengisian minyak kereta yang memerlukan kos yang agak tinggi.

Saya mungkin akan meminta izin untuk mengajar tuisyen daripada pengetua, tetapi hati saya kata, jangan. Sebab pelajar di sekolah saya berjumlah 2300 orang, dan mereka semua berada di sekeliling saya. Saya tidak sampai hati untuk mengenakan bayaran tuisyen terhadap pelajar sekolah saya. Kalau boleh, biarlah pelajar tuisyen saya itu bukan pelajar dari sekolah saya.

Sekian dahulu, daripada seorang guru tuisyen dan tutor di rumah, kini saya bergelar seorang guru secara rasmi, dan memburu kejayaan dalam karier baru saya. Hasrat saya, untuk berbakti dengan cemerlang kepada masyarakat, mendidik anak bangsa.

Monday, April 6, 2009

Tawaran Guru Rasmi - Meninggalkan Kelantan Menuju Ke Bandar Raya Selatan

Setelah hampir 9 tahun bergelar home tutor, iaitu sejak saya masih belajar di universiti, dan setelah beberapa bulan menunggu tawaran kerja, akhirnya saya telah mendapat tawaran penempatan sebagai guru sekolah tetap. Buat masa ini saya sedang mencari pengganti untuk meneruskan kerja-kerja mengajar pelajar tuisyen saya di Kelantan ini.

Cepat juga. Sekitar 1-2 bulan menunggu tawaran, sudah dapat tawaran penempatan. Teknologi pengurusan tenaga kerja di Malaysia semakin canggih. Saya baru sahaja ditemuduga bulan Februari 2009 lepas.

Saya akan berangkat meninggalkan negeri Kelantan, menuju ke satu bandar raya. Bandar raya, bermaksud, kos sara hidup yang tinggi. Di sana saya akan menghadapi 3 bulan pertama tanpa gaji. Gaji akan dibayar pada hujung bulan ketiga. Oleh itu, saya merancang untuk melakukan sesuatu bagi menampung sewa rumah, bil air, bil elektrik, minyak kereta, makan dan minum sepanjang 3 bulan nanti.

Menurut undang-undang, seorang guru sekolah tidak boleh melakukan kerja sampingan melebihi 4 jam seminggu. Dalam erti kata lain, saya perlu memanfaatkan 4 jam tersebut dengan sebaik-baiknya untuk hidup dalam 3 bulan pertama ini. 3 bulan pertama yang mencabar akan bermula minggu depan. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu berhutang, sebab seumur hidup saya, saya tidak mahu berhutang.

Lokasi terbaru saya kini ialah di Johor Bahru/Pasir Gudang.

Wednesday, March 25, 2009

CATATAN KELIMA Menjadi Tutor Kelab Komputer Sekolah - Adobe Photoshop


Hari ini saya mendapat tawaran mengajar komputer di sebuah sekolah di Kota Bharu pada waktu petang untuk Kelab Komputer Sekolah. Saya pernah mencipta modul pengajaran komputer untuk subjek grafik peringkat universiti, bagi pelajar-pelajar kategori dewasa, jadi saya tidak ada masalah untuk mengajar murid sekolah.

Bagi saya mengajar murid sekolah lebih mudah kerana kaedah pedagogi (pembelajaran kanak-kanak) lebih terkawal berbanding kaedah androgogi (pembelajaran dewasa) yang lebih fleksibel. Mulai hari ini saya mencipta modul khusus untuk mengajar subjek perisian grafik di sekolah-sekolah.

Semasa masih belajar di universiti dahulu, ramai pelajar tersalah anggap saya sebagai pensyarah universiti. Ini kerana saya banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang menjurus ke arah bidang pendidikan. Hakikatnya saya banyak memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar universiti (junior-junior saya) dalam subjek komputer dan psikologi. Saya mungkin tutor untuk subjek Matematik, Matematik Tambahan dan Bahasa Melayu untuk pelajar sekolah, tetapi pada masa yang sama ramai pelajar universiti yang datang berjumpa saya untuk mendapatkan tunjuk ajar daripada saya untuk subjek komputer, multimedia, teknologi informasi, kaunseling dan psikologi. Tambahan pula saya juga merupakan graduan dalam bidang Sains dan Komputer serta Pendidikan Matematik. Dalam bidang pengajian ijazah kepujian saya, saya ada mempelajari subjek-subjek khusus untuk mengajar subjek komputer dan multimedia seperti Multimedia Technology, Instructional Design and Software Development, Multimedia Development, Computer Literacy, Teaching Methods in Computer Science, Authoring Language and Programming yang turut memberikan saya kelayakan yang diiktiraf untuk bergelar tutor/guru komputer atau tutor/guru multimedia.

Pencapaian saya dalam bidang multimedia ialah menjadi animator, pereka montaj dan Pengarah Seni untuk persembahan animasi dan montaj multimedia tiga dimensi peringkat negeri pada setengah sedekad yang lalu, dan pernah mendapat pujian dan hadiah daripada Dekan fakulti semasa masih bergelar mahasiswa universiti.

Oleh kerana saya meminati bidang psikologi dan pendidikan, maka saya juga amat berminat untuk mengkaji perbezaan antara cara pembelajaran kanak-kanak dan remaja dengan cara pembelajaran orang dewasa.

Apa yang perlu saya lakukan sekarang adalah merekabentuk modul pengajaran untuk pelajar sekolah yang berada dalam kelompok usia 12 hingga 17 tahun. Masa pengajaran adalah satu jam. Kelas akan bermula setiap hari Rabu, jam 4.30 petang.

Saya perlu menyusun bilangan objektif pembelajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sepadan dengan masa yang diberikan.

Maka jadual pengajaran saya yang terkini ialah:

Kelas Tutorial Komputer Perisian Grafik: Setiap Hari Rabu: 4.30pm-5.30pm
(dengan margin masa: 4:00pm-6.00pm)

Tuisyen Matematik Tingkatan 2: Setiap Hari Jumaat: 9.30am-11.30am
(dengan margin masa: 8:00am-12.00pm)

Tuisyen Matematik SPM: Setiap Hari Sabtu: 10.00am-12.00pm
(dengan margin masa: 8.30am-1.00pm)

Maka kini, dalam masa 19 hari atau hampir 3 minggu, objektif tutor dan tuisyen saya telah pun lengkap. Saya kini mengajar tuisyen dan pada yang sama merupakan seorang tutor yang mengajar kelas untuk subjek komputer. Alhamdulillah.

Seorang pendidik bukan sahaja mengajar anak didiknya tentang cara memimpin dan membimbing diri untuk mencapai satu-satu matlamat, tetapi juga harus menjadi contoh dan teladan dengan membuktikan apa yang diajarnya itu adalah benar. Saya telah berjaya menunaikan objektif saya. Ini adalah detik permulaan, tutor dan tuisyen.

Monday, March 23, 2009

CATATAN KEEMPAT - seorang lagi pelajar tuisyen (Tingkatan 5 - SPM)

Hari ini saya mendapat seorang lagi pelajar tuisyen. Kali ini ialah seorang pelajar Tingkatan 5 yang bakal menghadapi SPM pada tahun ini. Selepas perundingan dengan ibunya, saya akan mengajar dua subjek iaitu Matematik Tambahan (Additional Mathematics) dan Matematik (Mathematics). Kelas akan bermula pada Jumaat ini pada pukul 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Pelajar ini merupakan pelajar perempuan dan ibunya pula seorang suri rumah sepenuh masa. Memandangkan jarak dari rumahnya ke rumah saya adalah kurang daripada 8 kilometer, maka tidak ada cas tambahan yang dikenakan.

Maka jadual tuisyen saya pada hari Sabtu dan Jumaat adalah seperti berikut:

Pelajar 1: Setiap Hari Jumaat: 9.30am-11.30am
(dengan margin masa: 8:00am-12.00pm)

Pelajar 2: Setiap Hari Sabtu: 10.00am-12.00pm
(dengan margin masa: 8.30am-1.00pm)


Pelajar 1: Jarak perjalanan kurang 8 kilometer. Maka masa untuk persediaan ke kelas mengajar boleh tercapai dalam masa kurang daripada 30 minit. Jika diambil kira faktor lampu isyarat trafik, saya boleh sampai ke rumah pelajar dalam tempoh 10 ke 15 minit bagi setiap perjalanan selamat.

Pelajar 2: Jarak perjalanan sekitar 23 kilometer. Maka masa untuk persediaan ke kelas mengajar perlu satu jam atau lebih awal, kerana perlu melalui banyak lampu isyarat serta jarak yang agak jauh. Purata masa perjalanan selamat ialah sekitar 40-50 minit.

Perjalanan selamat bermaksud saya tidak perlu memecut atau memandu melebihi had laju 60 kilometer sejam.


Topik-topik Matematik SPM yang sukar dikuasai pelajar
Pada petang tadi, saya berbincang dengan pelajar terbabit mengenai topik-topik yang sukar difahaminya. Saya juga meneliti kertas-kertas jawapan pelajar terbabit untuk melihat di manakah kesilapan atau kelemahan pelajar tersebut dalam memahami konsep dan menjawab soalan-soalan bagi kertas peperiksaan Mathematics dan Additional Mathematics. Saya juga sempat memberikan tips dan panduan mudah untuk memahami dan mengingati konsep-konsep tertentu dalam matematik. Pelajar tersebut mengangguk-ngangguk tanda faham dan memberitahu saya punca-punca kenapa dia tidak faham akan sesuatu konsep dalam subjek-subjek Matematik sebelum ini.

Pelajar tersebut memberitahu saya dia sukar memahami subjek tersebut dalam Bahasa Inggeris, jadi saya akan menggunakan pendekatan Bahasa Melayu untuk mengajarnya nanti. Berikut adalah senarai topik-topik pilihan yang akan difokuskan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran nanti:

Mathematics SPM
  • Straight Line - Garis Lurus (topik untuk kelas 27.3.2009)
  • Lines and Planes in 3-Dimension - Garis dan Satah Dalam 3 Dimensi
  • Circle III - Bulatan III
  • Transformation III - Transformasi III
  • Trigonometri II
  • Statistic III - Statistik III
  • Algebra
  • Solid Geometry II, III - Surfaces area and volume of solids

Additional Mathematics
  • Differentiation
  • Integration
  • Progression
  • Linear Law
  • Indices and Logarithms
  • Vectors
  • Statistics - Variances, Standard Deviation
  • Coordinate Geometry

Rancangan Mengajar Matematik SPM
Memandangkan masa pengajaran dan pembelajaran tuisyen saya bersama pelajar Tingkatan 5 (SPM) ini ialah 2 jam sahaja, maka saya perlu menyusun rancangan mengajar saya mengikut tahap yang sesuai dengan pelajar tersebut. Pelajar ini mahu mempelajari topik Straight Line dan Lines and Planes in 3-Dimension. Jika mengikut standard rancangan mengajar yang biasa, adalah mustahil untuk melaksanakan kedua-dua topik dalam tempoh 2 jam yang terhad. Namun apabila mempertimbangkan pengetahuan sedia ada pelajar terbabit, saya perlu lebih kepada menjelaskan lagi konsep-konsep tertentu dalam subjek tersebut.

Saya perlu mengadakan dua rancangan mengajar iaitu rancangan mengajar untuk topik Straight Line dan topik Lines and Planes in 3-Dimension seara berasingan. Kedua-dua subjek ini memerlukan penglibatan kecerdasan spatial. Maka saya perlu kreatif dalam mempelbagaikan contoh untuk menerangkan konsep-konsep yang terlibat dalam kedua-dua topik ini. Namun berkemungkinan besar saya akan mengajar satu topik sahaja dahulu.

Lalu, saya meneliti cara pelajar tersebut menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan topik 'Straight Line' dan 'Lines and Planes in 3-Dimension'.

Saya mencari apa faktor-faktor yang menyebabkan pelajar ini tidak menguasai topik-topik tersebut. Saya melihat jalan pengiraan yang telah dibuat oleh pelajar tersebut, dan meminta pelajar tersebut menerangkan konsep-konsep yang berkaitan untuk melihat sejauh mana kefahaman pelajar tersebut dalam kedua-dua topik ini.

Akhirnya saya memutuskan untuk kelas pada Jumaat ini, saya akan mengajar topik Straight Line dahulu. Ini kerana masih terdapat beberapa sub-topik yang perlu diperjelaskan lagi dan objektif-objektif pelajaran yang akan disusun nanti memperlihatkan jumlah masa pengajaran yang diperlukan untuk membolehkan pelajar ini menguasai satu-satu topik.

Sukatan Pelajaran Matematik KBSM Tingkatan 4 dan 5
Rancangan yang saya buat ini adalah berdasarkan sukatan pelajaran KBSM untuk subjek Matematik peringkat SPM. Saya perlu memahami objektif-objektif yang ditetapkan oleh KBSM bagi menyelaraskan hasil pembelajaran pelajar itu nanti dengan kehendak kurikulum Matematik peringkat SPM yang sebenar.

Rancangan pengajaran saya mengenai topik 'Straight Line' ini nanti akan memfokus pada konsep-konsep yang belum dikuasai oleh pelajar terbabit. Selain itu saya juga akan menyediakan latihan dan latih tubi yang berkaitan berkenaan dengan rumus-rumus yang perlu digunakan semasa menjawab soalan-soalan berkaitan dengan 'Straight Line' ini nanti.

Saturday, March 21, 2009

CATATAN KETIGA - motivasi dalam diri anak didik tuisyen saya

Walaupun sudah 8 tahun saya terlibat dalam dunia tuisyen di rumah, ada satu babak yang paling menakutkan buat diri saya. Saya takut untuk menerima bayaran. Mungkin kerana masih ada sifat perfectionist dalam diri saya. Saya sentiasa rasa ada kekurangan dalam perkhidmatan saya. Setiap kali melihat wang yang beralih ke tangan saya, setiap kali itu juga saya rasa sungguh terharu.

Kelas ketiga minggu ini semakin baik. Pelajar atau tutee yang saya ajar menunjukkan peningkatan dari segi keyakinan diri dan motivasi. Ibunya memberitahu saya bahawa anaknya ini seorang yang susah untuk mengeluarkan suara. Namun hari ini saya lihat pelajar ini sudah berupaya mengeluarkan pandangannya tanpa diminta untuk satu-satu perbincangan.

Perbincangan kami mengenai Matematik menjadi semakin rancak pada kelas yang ketiga ini. Tiga hari kelas tuisyen saya bersama pelajar ini menunjukkan hasil. Seorang pelajar pendiam berubah menjadi proaktif. Bagi setiap pengajar, inilah satu rahmat yang dikehendaki dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Apabila seseorang pelajar itu aktif melibatkan diri dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, itu bermakna suasana ilmu itu sudah terbentuk. Kami membincangkan setiap masalah-masalah yang ada, dan membuat rumusan tentang hasil pembelajaran pada hari ini.

Saya juga meminta pelajar tuisyen saya ini mengimbas kembali apa yang dipelajari dalam dua kelas yang lepas. Pelajar ini sudah kurang bermasalah. Bagi saya setiap sesi kelas tuisyen saya adalah bengkel matematik peribadi. Saya juga mengajar berpusatkan pelajar tuisyen saya. Saya suka mendengar pelajar tuisyen saya mengemukakan soalan dan pendapat.

Kerja-kerja mengajar tuisyen pada hari ketiga ini ternyata lancar dan mudah biarpun anak didik tuisyen saya ini dilanda demam selsema. Seperti biasa, kerana melihat motivasi dan minat belajar yang ada dalam diri pelajar tuisyen saya ini, saya memberikan sekitar 1 jam waktu tutorial percuma.

Bagi saya, untuk setiap kelas tuisyen saya, saya bukan sahaja mengajar Matematik tetapi juga membentuk ciri-ciri asas seorang pemimpin dalam diri anak didik tuisyen saya. Perkara ini sudah dilaksanakan sejak lapan tahun lepas.

Seorang pelajar bukan sekadar belajar mengenali ilmu, tetapi juga belajar untuk mengenali dirinya sendiri dan apa yang dia boleh lakukan dengan dirinya untuk memberikan sumbangan kepada manusia dan alam. Ini prinsip saya sebagai seorang pendidik.

ruangan di bawah ini untuk kegunaan pengurusan blog ini sahaja

Free SEO Tools
Search Engine Optimization and SEO Tools Search Engine Submission - AddMe

Blog Site List
Promote Your Blog
Blog Community & Blogs Directory
Blog List Blog Widgets Alessandra

Glossary of Terms:
(1) Tuition - Tutelage, the act of tutoring or teaching a student (pupil); Fees paid for instruction (especially for higher education). In Malaysia, tuition is more popularly used to denote tutoring rather than fee. Common Malaysian misspellings: Tiution, Tution. *(BM): Tuisyen, Tiusyen, Tusyen, Tuisen, Tiusen, Tuisyan, Tiusyan, Tusyan. | (2) Home Tuition - Tutoring that takes place at students' or tutors' home as opposed to at tuition centers; Also: Home Tutoring, Private Tuition, Private Tutoring. *(BM): Tuisyen Di Rumah, Tuisyen Swasta. | (3) Personal Tuition - Tutoring on the basis of one tutor catering to one student. Also: Personal Tutoring, Individual Tuition, Individual Tutoring, One-to-one Tuition, 1-to-1 Tutoring, One-to-one Tutoring, 1-to-1 Tuition. *(BM): Tuisyen Peribadi, Tuisyen Persendirian, Tuisyen Perseorangan, Tuisyen Individu. | (4) Group Tuition - Tutoring on the basis of one tutor catering to several (small number, but more than one) students. Also: Small Group Tuition, Small Class Tuition, Group Tutoring, Small Group Tutoring, Small Class Tutoring. *(BM): Tuisyen Berkumpulan, Tuisyen Kumpulan Kecil, Tuisyen Kelas Kecil. | (5) Tutors - Tuition Teachers, persons who conduct tuition. In Malaysia, teacher is more popularly used to denote a school teacher whereas tutor usually means a non-school teacher. Also: Tiutors, Tuitors. *(BM): Guru Sekolah, Cikgu Sekolah, Pengajar Tuisyen, Guru Tuisyen, Cikgu Tuisyen. | (6) Home Tutors - Tutors who provide home tuition as opposed to those who teach at tuition centres. Also: Private Tutors, Personal Tutors, Individual Tutors, One-to-one Tutors, 1-to-1 Tutors, Group Tutors, Small Group Tutors, Private Teachers, Personal Teachers, Individual Teachers, One-to-one Teachers, 1-to-1 Teachers, Group Teachers, Small Group Teachers, Private Tuition Teachers, Personal Tuition Teachers, Individual Tuition Teachers, One-to-one Tuition Teachers, 1-to-1 Tuition Teachers, Group Tuition Teachers, Small Group Tuition Teachers. *(BM): Pengajar Di Rumah, Pengajar Swasta, Pengajar Peribadi, Pengajar Persendirian, Pengajar Perseorangan, Guru Di Rumah, Guru Swasta, Guru Peribadi, Guru Persendirian, Guru Perseorangan, Cikgu Di Rumah, Cikgu Swasta, Cikgu Peribadi, Cikgu Persendirian, Cikgu Perseorangan. | (7) Tuition Center - Private institution that conduct tuition on classroom-like settings. Also: Tuition Centres, Tutorial Centers, Tutorial Centres, Tuition Classes, Tutorial Classes, Tutoring Classes. *(BM): Pusat Tuisyen, Pusat Bimbingan, Pusat Tutorial, Kelas Tuisyen. | (8) Home Tuition Jobs - Home tuition vacancies; Posts to be filled by home tutors. Also: Private Tuition Jobs, Home Tutoring Jobs, Private Tutoring Jobs, Home Tuition Assignments, Private Tuition Assignments, Home Tutoring Assignments, Private Tutoring Assignments, Private Tuition Vacancies, Home Tutoring Vacancies, Private Tutoring Vacancies. *(BM): Jawatan Kosong Tuisyen, Pekerjaan Tuisyen, Kerja Tuisyen, Tugasan Tuisyen. | (9) Home Tutees - Home tuition students; Pupils receiving home tuition from home tutors. *(BM): Pelajar Tuisyen, Murid Tuisyen, Penuntut Tuisyen. | *(BM) denotes terms in Bahasa Melayu or Malay Language.