Selamat Datang!

Tuisyen Matematik dan Matematik Tambahan ini terbuka untuk para pelajar darjah 1-6, tingkatan 1-3, tingkatan 4-5, yang sedang mengambil subjek UASA, PT3, UPSR, PMR dan SPM di sekitar Taman Molek, Johor Bahru, Pasir Gudang, Johor. Pelajar-pelajar yang mengulang subjek Matematik SPM, untuk kertas Matematik SPM ulangan Julai 2012 (paper July). Sekiranya anda bermasalah untuk mendapatkan individu yang boleh mengajar anda, anda boleh mendapatkan tutor home tution (tuisyen di rumah anda). Tutor mempunyai pengalaman lebih 11 tahun dalam bidang tuisyen di rumah dan di sekolah. Tutor memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Matematik, Sains dan Komputer. Sila hubungi kami di Home Tuiton Johor Bahru (HP): NO. TELEFON (kosong satu dua - tujuh lima tiga, dua lima tujuh tiga)
Showing posts with label Petua Minda. Show all posts
Showing posts with label Petua Minda. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

Bersenam Tingkatkan Kepintaran Matematik

RAHSIA PINTAR MATEMATIK: 
Pelajar Bertambah Pintar Matematik Apabila Kerap Bersenam

BIJAK dalam subjek Matematik menjadi salah satu kelebihan kanak-kanak yang aktif khususnya mereka yang mengalami obesiti.

Senaman biasa boleh menambah kemampuan kanak-kanak obes, yang biasanya hanya duduk diam, untuk berfikir, membuat pelbagai rancangan, bahkan bertambah baik dalam Matematik.

Demikian penemuan oleh pengkaji di Universiti Sains Kesihatan Georgia, Amerika Syarikat (AS).

Mengapa mata pelajaran Matematik? Tidak dijelaskan sebabnya, namun alasan utama kerana Matematik adalah subjek yang memiliki tahap kesukaran yang lebih tinggi berbanding mata pelajaran lain.

Para pengkaji juga berharap agar bukan kanak-kanak obes sahaja yang perlu bersenam setiap hari, bahkan mereka yang bertubuh normal. Penyelidikan tersebut didasarkan pada kajian ke atas 171 orang kanak-kanak terlebih berat badan berusia antara tujuh hingga 11 tahun di AS.

Setelah melakukan senaman setiap hari, terdapat perkembangan yang sangat signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan mereka dalam matematik. Menurut laman web Pysch Central, selepas dilakukan imbasan MRI terhadap otak kanak-kanak tersebut, terdapat peningkatan aktiviti otak di korteks prefrontal iaitu kawasan yang digunakan untuk berfikir.

MATEMATIK memerlukan tumpuan yang lebih untuk menguasainya.

Selain itu, kecerdasan otak (IQ) turut bertambah. Semakin kerap mereka bersenam, semakin tinggi IQ mereka. Rata-rata berlaku peningkatan sebanyak 3.8 mata untuk mereka yang bersenam selama 40 minit sehari selama tiga bulan.

Senaman yang dilakukan adalah pelbagai. Ini termasuk berlari, lompat tali dan bersenam.

Semua aktiviti itu juga merangsang otak. Ini memandangkan senaman membuatkan aliran darah serta oksigen ke otak berjalan lancar.

Faktanya, seseorang tidak mungkin boleh bergerak jika otaknya tidak aktif. Untuk aktif, oksigen diperlukan sekali gus menjadikan kedua-dua aktiviti dan oksigen saling berkait.

Home Tuition Tuisyen Di Rumah Tuisyen Peribadi Tutor Matematik Pasir Gudang Johor Bahru

Monday, July 11, 2011

Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang - Tuition Mathematics Tips


1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.

2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM.

5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).

6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.

7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata ‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab’.

11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.

17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.

19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, “Don’t judge the book by its cover.” Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.

26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak ‘junk-food’. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

Tuisyen Matematik - Ciri-Ciri Pelajar Gagal

1. Mempunyai sifat “malas” yang menjadi musuh utama kejayaan.

2. Tidak bermotivasi.

3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.

4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.

5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.

6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.

7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik. :-(

8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.

9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.

10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.

11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.

12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.

13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah.

14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan di bandar-bandar, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral

15. Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.

16. Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.

17. Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh berdikari.

18. Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.

19. Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.

20. Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.

21. Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran. Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran mereka.

22. Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.

23. Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.

24. Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.

25. Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.

26. Cepat putus asa dan kecewa apabila gagal.

Teknik Belajar Guru Tuisyen Matematik

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang terluang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam – Mencuba soalan tahun lalu
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan – Sentiasa menanya kalau tidak faham
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke dua belas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tiga belas : Belajar mengikut rentak sendiri
Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

Ke empat belas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke lima belas : Elakkan gangguan emosi
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

Ke enam belas : Kurangkan kerja rumah tangga
Jika anda pada tahun peperiksaan , maklumkan hajat anda untuk berjaya dan minta adik-adik anda menolong anda dalam beberapa aspek kerja rumah tangga. Amalkan sikap tolong menolong dalam keluarga. Bila masanya mereka yang menduduki peperiksaan SPM, sama-sama menolong dirinya. Budaya berkongsi beban kerja rumah tangga seperti mencuci kasut, menyapu lantai dan lain-lain akan memberi lebih masa untuk anda belajar.

Ke tujuh belas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke lapan belas : Belajar menyesuikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”

Ke sembilan beas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda
Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Ke dua puluh : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

Ke dua puluh satu : Terokai bakat dan minat anda
Sambil anda berjuang untuk peperiksaan SPM, peruntukkan masa juga untuk bidang yang anda hendak ceburi. Mungkin anda minat dengan bidang kedoktoran, baca majalah dan bahan rujukan am yang berkaitan dengan cita-cita anda tersebut. Gunakan bakat anda untuk berbakti kepada keluarga atau sekolah anda. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan, peruntukkan masa untuk belajar membaiki kereta atau anda juga boleh menolong kawan anda membaiki kereta mereka. Kegiatan sedemikian menjadikan makna pembelajaran lebih nyata. Anda tahu mengapa anda belajar kerana anda mempunyai hala tujuan yang nyata.

Kesimpulan
Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

Petua Atasi Malas - Guru Tuisyen Matematik

Malas belajar, malas buat kerja sekolah, malas buat ulangkaji, bahkan nak solat pun malas. Sifat malas memang penyakit yang sangat kronik dan sukar diubati. Kalau adik-adik ada sifat ini, bermakna adik-adik mempunyai satu masalah yang serius. Tapi jangan risau kerana sifat malas ini boleh di atasi.
  • Amalkan doa mengelak diri dari malas
  • Ingat sasaran dan matlamat diri anda
  • Teknik 10 Minit Aje
  • Banyak membaca bahan motivasi
  • Susun dan mudahkan jadual anda
  • Rehat dan tidur yang cukup
  • Bersenam dan beriadah
  • Berkawan dengan orang yang positif
  • Amalkan teknik pernafasan
  • Suarakan moto anda
Ada satu doa dalam Al Ma’thurat yang bertujuan untuk menghindarkan diri kita dari sifat lemah dan malas.

Sebenarnya adik-adik, apabila kita berdoa kepada Allah (S.W.T), itu menunjukkan bahawa kita memang bersungguh-sungguh untuk berubah. Doa dan kesungguhan itulah yang akhirnya akan menggerakkan seluruh tubuh badan kita untuk berubah menjadi rajin.

Guru Tuisyen Matematik Johor Bahru

PERSEDIAAN ASAS

1. Semangat Yang Tinggi
2. Pembacaan Yang Banyak
3. Kefahaman Yang Jelas
4. Ulangkaji Berterusan
5. Keyakinan Diri

Di dalam menghadapi peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM, satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah persediaan di peringkat awal secara berterusan sehingga tiba masa yang ditetapkan dan akan menjadi lebih berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang betul diamalkan. Namun, ramai juga pelajar yang tidak dapat menghadapi peperiksaan dengan baik walaupun telah menumpukan banyak masa di saat awal hinggalah ke akhirnya. Malahan ramai juga yang pada saat-saat akhirnya menjadi putus asa.

Untuk menjawab pertanyaan ini cubalah bertanya kepada diri anda tentang :-
1. Adakah anda telah menghabiskan topik-topik penting ?
2. Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru atau dibaca sendiri ?
3. Adakah anda menhadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi ?
4. Adakah anda berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas ?
5. Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan nanti ?

UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN PENGGAL

Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh di dalam menghadapi ujian bulanan dan peperiksaan penggal dan ada yang menganggapnya tidak penting. Pada hal ujian dan peperiksaan ini boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan nanti. Akibatnya ramai pelajar yang gagal dan mendapat markah yang rendah di dalam setiap ujian /peperiksaan.

Sikap seperti ini hendaklah dikikiskan. Walaupun demikian, seandainya anda gagal di dalam ujian, jadikanlah ia suatu pengajaran untuk lebih memahami dan bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran. Kegagalan di dalam ujian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti :-

a) Kurang memahami apa yang diajar
b) Tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pelajaran.
c) Tidak mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan.

KEARAH MEMBENTUK KEYAKINAN

Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi oleh pelajar yang sudah betul-betul membuat persiapan yang rapi. Antara persiapan yang perlu diberi perhatian ialah :-

a) Habis mengulangkaji topik-topik yang disoal.
b) Mengingati dengan baik nota-nota yang penting.
c) Mengetahui bentuk-bentuk soalan yang akan disoal.
d) Bertawakkal kepada Allah S.W.T.

BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR

Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur.
Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja atau masalah diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda memulakan pembelajaran/study.
Disiplinkan diri anda. Pastikan anda tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang sia-sia. Tepatilah masa belajar yang anda telah tetapkan dan pastikan anda ada masa untuk merehatkan otak secukupnya. Elakkan daripada memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda letih dan mengantuk.
Elakkan diri anda daripada membaca dan menghafal matematik. Sebaliknya cubalah memperbanyakkan latihan mengira dan memahami formula dan konsepnya.
Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu bertanya.
Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru serta jauhkan sikap mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan tanpa memahami akan maksud dan konsepnya.
Elakkan mengumpulkan nota yang diberikan oleh guru sehingga bertimbun barulah hendak mengulangkajinya.

Sesungguhnya seseorang pelajar akan mencapai tahap penguasaan yang maksimun jika dia mampu mengaplikasikan teknik dan kaedah belajar yang betul. Setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza, janganlah meniru gaya belajar orang lain yang tidak sesuai dengan kita. Nota ini sebagai panduan sahaja, ubahlah ia agar sesuai dengan teknik dan cara anda sendiri. InsyaAllah kejayaan itu milik semua.

Monday, June 6, 2011

Rahsia Merangsang Daya Ingatan

Rahsia merangsang daya ingatan
SUMBER ASAL: KOSMO! (Penulis: DLAN JAAFAR)

KETIKA menuntut di tahun tiga pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Gas Asli, Universiti Teknologi Malaysia, Lim Teck Hoe, 35, mendapati dirinya sukar membahagikan masa antara belajar dan aktiviti kokurikulum.

Sebagai seorang yang aktif dalam debat dan menjadi salah seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar, Teck Hoe berasa amat sukar untuk dirinya fokus dalam pembelajaran. Tambahan pula subjek-subjek yang diajar pada tahun tiga sudah mula fokus pada pengkhususan.

“Dari situ, saya mula memikirkan kaedah bagaimana mengoptimum masa untuk belajar tanpa meninggalkan aktiviti-aktiviti yang saya minat,” katanya ketika ditemui di ibu pejabat Oxford Fajar, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

“Kita pasti berasa pelik mengapa orang lebih mudah mengingati peserta Akademi Fantasia (AF) berbanding dengan senarai formula subjek sains. AF dipersembah dalam bentuk interaktif yang pasti menarik perhatian ramai, manakala mata pelajaran sekolah disampaikan dalam bentuk yang kurang menarik,” ujarnya.

Dalam pembacaannya, Teck Hoe mendapati asas otak manusia terbahagi kepada dua bahagian dengan kedua-dua belah membawa cara dan tempoh simpanan masa mengingat dengan cara yang berbeza.

Bahagian otak

Otak kiri mampu mengingati fakta berbentuk gambar dalam jangka masa lama, manakala otak kanan pula digunakan untuk mengingati pembelajaran berbentuk matematik tetapi dalam tempoh masa yang sekejap.

Menggunakan asas tersebut, dia mengaplikasi proses pembelajaran dengan menggabungkan kedua-dua bahagian otak manusia.

Nota-nota pengajian kejuruteraannya menggunakan pelbagai gambar rajah dan peta minda bagi memudahkan dia mengingat dengan cepat.

BUKU 123 Amalan Belajar Cemerlang yang dihasilkan oleh Teck Hoe dan diterbitkan oleh Oxford Fajar.

Dalam masa yang sama, Teck Hoe masih juga aktif dalam sukan, debat dan perwakilan pelajar sehinggalah dia memperoleh ijazah pada tahun 1999.

Melihatkan potensi dan kebaikan pembelajaran secara optimum, jejaka yang masih bujang itu mengambil keputusan untuk terus serius dalam mengembangkan teknik pembelajarannya.

“Sehingga kini hampir 5,000 orang yang terdiri daripada pelajar universiti dari pelbagai bidang seperti undang-undang dan neurologi serta sekolah pernah mengikuti ceramah saya,” ujar jejaka berasal dari Raub, Pahang itu.

Malah pada tahun 2002, dengan menggunakan teknik mengingat, dia telah berjaya memecah rekod Asia dalam Kejohanan Memori Sedunia di England anjuran Persekutuan Sukan Memori Dunia.

“Saya melakukan persediaan selama tiga bulan untuk pertandingan tersebut dengan sentiasa melakukan senaman berkala dan makan banyak kismis terutama apabila pertandingan semakin dekat.

“Sebanyak 70 buah negara menyertainya dalam 10 buah acara yang berbeza seperti mengingati puisi dalam tempoh masa beberapa minit.

“Rekod yang saya pegang adalah mengingati 129 nama dengan ejaan yang tepat berserta wajah dalam tempoh masa 15 minit,” ujar anak lelaki ketiga daripada lima orang adik-beradik itu.

Teck Hoe juga sempat berkongsi ilmu dengan penulis bagaimana ingin mengingati satu susunan nombor yang mempunyai berbelas-belas angka dalam masa yang singkat.

Kaedah yang digunakan adalah dengan mencipta satu cerita pendek yang berkaitan angka-angka tersebut dan didapati ia lebih mudah dan cepat untuk diingati.

Teck Hoe kemudian menubuhkan Pusat Mental Literasi Minda Malaysia (Mentalist) pada tahun 2004 sebagai salah satu cara mempromosi pembelajaran secara literasi.

“Saya sudah mengumpul lebih 100 tip berkaitan cara untuk belajar dengan cemerlang pada tahun 2009 melalui pembacaan dan kajian.

“Pada mulanya, saya mahu menerbitkan sendiri tetapi tahun lalu, saya mendapat tawaran daripada syarikat penerbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd.,” ujar sambil menunjukkan buku 123 Amalan Belajar Cemerlang.

Dalam buku yang berbentuk kepingan kad itu, Teck Hoe berkongsi 123 amalan belajar cemerlang daripada fasa persediaan belajar sehingga teknik belajar yang betul.

Otak seperti komputer

Salah seorang pelajar yang mengamalkan teknik memori Mentalist, Iman Nazurah Zulkifli, 17, mengakui hanya mengambil masa yang singkat untuk mempelajari teknik meningkatkan memori.

Mula mengoptimum proses pembelajaran sejak berumur 12 tahun ketika menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Iman sering menggunakan perkara di persekitarannya dan aktiviti harian sebagai satu cara untuk belajar.

“Saya sering menggantikan benda-benda yang perlu dihafal dengan perkara-pekara yang mudah diingati dan menjadikan subjek yang bosan seperti sejarah satu keseronokan,” ujarnya.

Pakar Neurologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Raymond Azman Ali berkata, otak manusia berfungsi seperti sebuah komputer dengan proses input, penyimpanan dan mendapatkan semula tetapi ia lebih kompleks.

TECK HOE (kanan) pernah diberi penghormatan oleh Pengasas Kejohanan Memori Dunia, Tony Buzan di ibu negara.

“Sebagai contoh, jika individu mahu menghafaz al-Quran, mengingati gambar atau wajah manusia, dia perlu melihat bagi menerima data.

“Data-data dari mata akan disimpan di korteks oksipital dan korteks posterior temporal di bahagian belakang otak untuk interpretasi,” ulas Raymond ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Tambah Raymond, untuk individu yang mahu mengingati kata-kata atau lagu, maklumat yang dapat dari telinga bergerak ke pangkal otak dan berakhir di neokorteks lateral temporal untuk interpretasi.

“Jika menonton filem pula, kedua-dua aliran akan berfungsi. Selepas maklumat ditafsir dan kita memahaminya, ia akan disimpan ke dalam pusat memori yang dipanggil hipokampus,” katanya.

Apabila seseorang itu mahu menggunakan maklumat yang disimpan, arah aliran bergantung kepada cara yang digunakan untuk mengingat.

“Jika seseorang itu mahu menulis ayat-ayat yang diingati, aliran memori akan bergerak dari hipokampus ke korteks motor yang terletak di lubas frontal supaya tangan dapat digerakkan,” ulasnya.

Kata Raymond lagi, secara saintifik, manusia mampu meningkatkan memori dan mengingat lebih banyak fakta kerana setiap maklumat disimpan dengan sambungan baru antara sel-sel otak.

Genetik

“Kita hanya perlu ada keinginan yang kuat untuk mengingat selain faktor genetik yang memainkan peranan penting. Kerana itu, jika ibu bapa pandai, selalunya anak akan pandai tetapi tidak bermakna ibu bapa yang sederhana, anaknya tidak boleh pandai.

“Terdapat pelbagai cara yang boleh meningkatkan daya memori seseorang seperti sentiasa mempunyai keinginan untuk mengeluarkan semula maklumat yang disimpan.

“Jika kita sentiasa menggunakan maklumat yang disimpan di hipokampus untuk disampaikan kepada orang lain, lama-kelamaan ia akan menjadi lebih mudah untuk dikeluarkan apabila perlu.

“Sebab itu, pensyarah-pensyarah di universiti kelihatan pandai kerana mereka sentiasa mengeluarkan maklumat yang disimpan untuk mengajar,” katanya.

Selain kerap mengeluarkan maklumat, Raymond juga mengamalkan teknik mnemonik dan akronim dalam proses pengajarannya dan ia terbukti memudahkan pelajar mengingat sesuatu fakta.

Menurut beliau, teknik mnemonik menggunakan perkataan atau nama untuk mengingati sesuatu maklumat. Contohnya, untuk mengingati warna-warna pelangi, huruf pertama setiap awalan perkataan dibina menjadi satu kisah ringkas.

“Dianggarkan, manusia biasa hanya menggunakan 10 peratus daripada otak dan ia bersifat keplastikan neuronal. Otak perlu kerap dilatih, dengan cara itu mungkin ia mampu ditingkatkan kepada dua kali ganda daripada biasa,” ujarnya.

Faktor pemakanan

Dalam pada itu, Pakar Dietetik Hospital Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. Shariza Abdul Razak menegaskan, corak pemakanan yang betul sejak peringkat kandungan lagi memainkan peranan penting membentuk keupayaan mental seseorang.

PELAJAR adalah golongan yang perlu mendalami dan mengamalkan teknik meningkatkan daya ingatan.

Namun, Shariza turut mengakui amalan pemakanan untuk menguatkan memori perlu diamalkan sepanjang hayat.

“Sayur-sayuran seperti brokoli, kobis, bok choy serta buah-buahan yang mengandungi pigmen antosianin dan bahan aktif kuarcetin merupakan makanan yang amat baik untuk memori.

“Asid folik dan kumpulan vitamin B seperti B1, B3, B6 dan B12 dikatakan dapat membantu dalam mempercepat pemprosesan maklumat dan proses mengingat,” ulasnya.

Selain itu, menurut Shariza, kajian daripada Universiti Waikato, New Zealand mendapati madu lebah asli dikatakan baik dalam melegakan tekanan dan membaiki daya ingatan.

“Walaubagaimanapun, madu perlu diambil secara terkawal kerana pengambilan berlebihan boleh meningkatkan risiko diabetis,” nasihat Shariza.

Tambahnya lagi, seorang individu itu perlu minum air kosong antara 1.5 hingga 2 liter sehari bagi mengelakkan penyahhidratan.

Penyahhidratan otak dan badan akan memberi masalah kepada memori jangka pendek dan tidak dapat menumpukan perhatian.

“Penggemar minuman diuratik seperti kopi, teh dan minuman beralkohol pula perlu mengambil lebih banyak air kosong,” katanya lagi.

Selain amalan pemakanan yang baik, Shariza turut berkongsi tip meningkatkan daya ingatan iaitu dengan selalu melakukan aktiviti riadah.

“Aktiviti tersebut mampu melancarkan aliran oksigen ke dalam otak,” ujar beliau.

ruangan di bawah ini untuk kegunaan pengurusan blog ini sahaja

Free SEO Tools
Search Engine Optimization and SEO Tools Search Engine Submission - AddMe

Blog Site List
Promote Your Blog
Blog Community & Blogs Directory
Blog List Blog Widgets Alessandra

Glossary of Terms:
(1) Tuition - Tutelage, the act of tutoring or teaching a student (pupil); Fees paid for instruction (especially for higher education). In Malaysia, tuition is more popularly used to denote tutoring rather than fee. Common Malaysian misspellings: Tiution, Tution. *(BM): Tuisyen, Tiusyen, Tusyen, Tuisen, Tiusen, Tuisyan, Tiusyan, Tusyan. | (2) Home Tuition - Tutoring that takes place at students' or tutors' home as opposed to at tuition centers; Also: Home Tutoring, Private Tuition, Private Tutoring. *(BM): Tuisyen Di Rumah, Tuisyen Swasta. | (3) Personal Tuition - Tutoring on the basis of one tutor catering to one student. Also: Personal Tutoring, Individual Tuition, Individual Tutoring, One-to-one Tuition, 1-to-1 Tutoring, One-to-one Tutoring, 1-to-1 Tuition. *(BM): Tuisyen Peribadi, Tuisyen Persendirian, Tuisyen Perseorangan, Tuisyen Individu. | (4) Group Tuition - Tutoring on the basis of one tutor catering to several (small number, but more than one) students. Also: Small Group Tuition, Small Class Tuition, Group Tutoring, Small Group Tutoring, Small Class Tutoring. *(BM): Tuisyen Berkumpulan, Tuisyen Kumpulan Kecil, Tuisyen Kelas Kecil. | (5) Tutors - Tuition Teachers, persons who conduct tuition. In Malaysia, teacher is more popularly used to denote a school teacher whereas tutor usually means a non-school teacher. Also: Tiutors, Tuitors. *(BM): Guru Sekolah, Cikgu Sekolah, Pengajar Tuisyen, Guru Tuisyen, Cikgu Tuisyen. | (6) Home Tutors - Tutors who provide home tuition as opposed to those who teach at tuition centres. Also: Private Tutors, Personal Tutors, Individual Tutors, One-to-one Tutors, 1-to-1 Tutors, Group Tutors, Small Group Tutors, Private Teachers, Personal Teachers, Individual Teachers, One-to-one Teachers, 1-to-1 Teachers, Group Teachers, Small Group Teachers, Private Tuition Teachers, Personal Tuition Teachers, Individual Tuition Teachers, One-to-one Tuition Teachers, 1-to-1 Tuition Teachers, Group Tuition Teachers, Small Group Tuition Teachers. *(BM): Pengajar Di Rumah, Pengajar Swasta, Pengajar Peribadi, Pengajar Persendirian, Pengajar Perseorangan, Guru Di Rumah, Guru Swasta, Guru Peribadi, Guru Persendirian, Guru Perseorangan, Cikgu Di Rumah, Cikgu Swasta, Cikgu Peribadi, Cikgu Persendirian, Cikgu Perseorangan. | (7) Tuition Center - Private institution that conduct tuition on classroom-like settings. Also: Tuition Centres, Tutorial Centers, Tutorial Centres, Tuition Classes, Tutorial Classes, Tutoring Classes. *(BM): Pusat Tuisyen, Pusat Bimbingan, Pusat Tutorial, Kelas Tuisyen. | (8) Home Tuition Jobs - Home tuition vacancies; Posts to be filled by home tutors. Also: Private Tuition Jobs, Home Tutoring Jobs, Private Tutoring Jobs, Home Tuition Assignments, Private Tuition Assignments, Home Tutoring Assignments, Private Tutoring Assignments, Private Tuition Vacancies, Home Tutoring Vacancies, Private Tutoring Vacancies. *(BM): Jawatan Kosong Tuisyen, Pekerjaan Tuisyen, Kerja Tuisyen, Tugasan Tuisyen. | (9) Home Tutees - Home tuition students; Pupils receiving home tuition from home tutors. *(BM): Pelajar Tuisyen, Murid Tuisyen, Penuntut Tuisyen. | *(BM) denotes terms in Bahasa Melayu or Malay Language.